Sunday

Cinta, mitos paling besar dalam kepala hang.

[cinta boleh pergi makan najis dan mati] [atau boleh saja duduk melengung atas landasan LRT dan tunggu pengawal datang kejar sebab dia lupa beli syiling biru] [mungkin juga, cinta boleh mereput dikurung dalam rumah flat dan bila ada pegawai imigresen datang periksa kalau kalau ada PATI, yang dia akan jumpa cuma cinta yang sudah mati]

  • sms dari brader yang putus cinta masuk dalam peti mesej telefon tak ada kamera aku. Tak ada kamera, tak ada lagu empitri dan tak ada gambar makwe pakai kain lilit kepala sampai leher dan kembang di dada macam ular tedung.
  • aku tak tahu nak balas apa. Aku bukannya selalu putus cinta, bercinta pun tak selalu. Pernah bercinta tiga kali, dua kali putus dan bila cinta nombor tiga masuk ketuk pintu hati, nombor satu dengan nombor dua punya cinta automatik masuk folder amnesia.
  • tapi brader ni punya putus cinta dia punya kronik sampai maki cinta instead of maki bekas makwe. Mana boleh maki bekas makwe, chor. Sayang tu ada lagi dua tiga baldi dalam hati.
  • padahal hati dah bocor, retak sana sini. Makwe tiba tiba lari dan cakap ada satu lagi lelaki tengah isi hati dia dengan coklat Cadbury, bunga tulip segar dari kedai bunga di KL Sentral dan tiket pergi balik ke Langkawi.
  • brader ni mana ada semua tu. Dia cuma ada intro kepada usaha-saya-akan-cari-duit-untuk-kahwin dan kematangan yang baru luruh dari langit. Tuhan bagi free bila dia dapat epifani hidup tidak sekadar hadapi benda benda fun dan fikir diri sendiri. Ayat mudah, dia terserempak dengan realiti.

[waktu mula mula jumpa cinta, kami hanya tahu ketawa] [dia tak ada sebut sikit pun pasal apa yang kurangnya aku] [Chor! Tiba tiba sekarang aku jadi OKU!]

  • jadi OKU sebab cinta. Tapi sebenarnya kekurangan itu dah lama ada. Cuma inilah cliché-nya cinta - buta dan membutakan. Tahu tahu kita dah kena lintas jalan sambil pegang tangan orang lain.
  • orang kata cinta buat kita bahagia. Orang banyak tipu kita. Banyak benda yang melompat dari mulut ke mulut bawa cerita cinta, tak lebih dari sekadar mitos atau lagenda.
  • cinta tak bahagiakan kita. Tapi cinta bangkitkan kita dari tidur yang selesa dan libas cemeti ke belakang badan sambil jerkah “kerja! Kerja! Cinta tak pakai ayat manis saja!”
  • kadang kadang cinta tak pakai cemeti, dia babap bontot manja.
  • brader ini tahu cinta tak boleh duduk dan ketawa saja. Dia usaha macam macam. Waktu makwe dia marah sampai merah padam muka, dia panggil bomba. Waktu makwe dia menangis sampai banjir satu daerah Jitra, dia beli kapal layar, bawa makwe tu pusing pusing pekan dan berlabuh atas sebuah pasaraya untuk tengok sunset.
  • tapi last last sekarang makwe dia pergi Langkawi naik feri.


[kenapa Tuhan bagi cinta kalau dia nak tarik balik cinta?] [kenapa makwe aku tak peduli orang kata dia celaka dan macam macam lagi?] [kenapa dunia tak pernah adil macam mahkamah dekat Indonesia yang orang cerita dalam fesbuk kumpulkan duit semua orang bagi pada seorang makcik yang miskin?]

  • pertama, bekas makwe. Kedua, bersyukurlah Tuhan tarik cinta macam tu saja. Bukannya dengan upah dua orang lelaki berbadan sasa, tepuk bonet kereta kau sampai terlucut bumper dan minta kunci lalu memecut laju laju heret cinta kau jauh jauh.
  • ketiga, dunia tak perlu adil. Dunia kena tegas dan garang, supaya kita tak senang lenang dan ambil mudah semua bukit bukit dia bagi suruh daki, sungai laut dia kasi suruh renangi dan kadang kadang kepala plug atas lantai rumah untuk kita elak bukannya pijak.
  • Kahlil Gibran cakap ada dua hukum dalam dunia. Hukum alam dan hukum duniawi.
  • Hukum alam telah membenarkan makwe ini mencintai orang lain sebab just like that, dia telah jatuh cinta.
  • Hukum duniawi pula manusia cipta, katanya tak boleh nak suka suka putus dan pergi pada orang lain even dah jatuh cinta because that is cruel and masuk nerakalah kau.
  • macam lah buku pendaftaran masuk neraka ada pada manusia.


[aku tak tahu nak buat apa] [rasa nak bunuh diri tapi takut sakit] [google cara suicide tak sakit, keluar link mati bunuh diri nanti kena bakar dengan api neraka] [fuck google]

  • bunuh diri ni fucking loser, chor.
  • orang kalau betul dah tak nak hidup, dia akan bunuh orang yang menyusahkan hidup dia, masuk penjara, kena gantung. Tak bunuh diri, tak masuk neraka sebab bunuh diri. Mungkin akan masuk department lain, neraka level tiga, bunuh orang dengan niat entah apa apa.
  • teruskan hidup. Macam aku, kalau aku putus asa lepas cinta nombor satu dulu, bunuh diri dengan lintas federal highway sambil pejam mata, mesti aku tak jumpa nombor dua dan belajar yang cinta tak boleh ada monyet. Dan sekarang aku jumpa nombor tiga. At least buka masa sekarang, aku bahagia.
  • kau akan jumpa orang lain. Cuma ambil masa dan kau pun kena rilek rilek sikit. Pergi tengok movie ke apa.

-          
[tolonglah aku] [sumpah aku helpless]

  • jangan lupa, aku ini anjing. Aku tak akan masuk campur pergi nasihat bekas makwe kau itu ini. Sebagai kawan, aku boleh doakan dan ajak kau pergi mandi pantai sekali sekala, hisap ganja dan kutuk orang tulis puisi sama sama.
  • tak ada orang helpless dalam dunia. Tuhan ada.
  • you will also find that help will always be given at Hogwarts to those who ask for it.
  • sorry aku tak banyak tolong. Kalau Kahlil Gibran ada, dia pun akan cakap “kata kataku tak mampu memujuk hatimu yang luka dan ilmuku bukanlah obor yang boleh menerangi dirimu yang suram”
  • so, kau sendiri kena bangkit dari rasa entah apa apa ini. Cuma aku akan tetap ada dekat sebelah, bagi kata kata semangat dan mencarut pada kau bila perlu.
  • okay?



[Okay]


[tadi dia hantar mesej cakap I Love You][cinta aku nak berputik balik ke ni?] [ :) ]

  •  ha baguslah tu. Tapi jangan terus peluk balik dan pegang tangan jalan jalan menghadap matahari.
  •  buat la post mortem, apa yang tak kena dengan cinta dulu.


[takpelah][dia kata dia silap send]

  • ouch.

Tuesday

Jalan yang tenang, jangan disangka tiada bonggol.

Tinggal di rumah berseorangan ni buat aku rasa sunyi betul sampai kadang kadang terpaksa berbual dengan kucing dan arahkan mereka tukar channel TV, kadang kadang berborak dengan kacang rebus tentang direbus pun lupakan kulit juga, dan pagi ini entah macam mana boleh bersembang dengan makcik jual nasi lemak tentang bonggol jalan yang terlalu tinggi dalam kawasan perumahan.
"Makcik perasan tak bonggol jalan dalam taman kita ni tinggi betul." Aku memulakan perbualan sambil buku bekas berisi kuih muih.
"Betul juga. Makcik selalu naik kereta ramai ramai nak ke masjid, mesti sangkut. Padahal yang naik kereta semua BMI di tahap yang stabil," kata makcik tersebut.
"Eh saya naik kereta sorang sorang pun sangkut makcik. Padahal BMI saya pun berada di tahap yang memuaskan juga rasanya"
Untuk mengelakkan topik bonggol jalan bertukar menjadi topik berat badan ideal dan mengguris hati aku sendiri, maka aku pun menyambung, "Hal hal bonggol jalan terlalu tinggi ni bukan boleh dipandang mudah makcik. Silap silap sebab bonggol ni la nanti negara kita kembali dijajah Inggeris"
Makcik tersebut mengerutkan dahi sebagai respon. "Makcik rasa tak sampai ke situ. Paling teruk pun boleh eksiden. Kalau tak eksiden, mungkin akan ada barang dapur yang terkeluar dari raga motor tanpa dirancang"
"Betul juga kata makcik itu. Jadi takkan kita nak borak borak begini saja. Apa tindakan kita seterusnya?" kata aku sambil membungkus tiga biji karipap dengan harga seringgit. Ini kalau kita leka sikit, esok esok karipap jadi satu seringgit la ni.
"Entahlah. Rasanya lebih molek jika saudara sebagai anak muda yang menyelesaikan masalah ini. Muka pun nampak macam bijaksana." Balas makcik itu. Wajahnya bertukar serius.
"Betul tekaan makcik itu. Saya ini memang bijaksana. Dan untuk pengetahuan makcik juga, selain bijaksana, saya juga merendah diri orangnya" balas aku sambil tertunduk tunduk sedikit sebagai tanda merendah diri.
"Jadi anak muda yang bijaksana dan merendah diri, apakah solusi diskusi kita pagi ini mengenai bonggol jalan yang terlalu tinggi?" Tanya makcik tersebut.
Aku menggelengkan kepala perlahan lahan. "Makcik. Hal bonggol jalan terlalu tinggi ini bukan ke satu masalah rakyat. Umum sedia maklum masalah rakyat ini mana ada orang cari solusi. Habis habis kuat pun, orang bawa ke Parlimen, bahas sikit sikit, bergaduh, lepas itu lawan tuding jari."
Makcik itu pun mengangguk angguk kan kepala. Aku tersenyum puas. Lepas bayar 3 ringgit, aku terus melangkah pulang. Dalam perjalanan pulang itu tiba tiba aku dapat epifani, sekaligus menyelesaikan masalah bonggol jalan terlalu tinggi tadi.

"Jalan kaki je la senang, jumpa bonggol, langkah je la. Barang dapur tak jatuh, bontot tak sangkut. Kah kah kah" bisik hati kecil aku sambil aku tersengih sendirian. Kalau ditengokkan dari gaya aku menyelesaikan masalah rakyat ni, esok esok jadi menteri la aku.


Sunday

Senja merah jambu.

Senja hari ini merah jambu.

Matahari menggesel punggung langit. Kumpulan awan mula menjadi sebuah lukisan. Rasa hangat lalu menjauhi tubuh tubuh gelendangan dan dingin malam menyapa setiap yang bernyawa. Saat jendela ditutup dan pintu rumah dikatup kemas, ada seorang lelaki sedang berdiri di pinggir jalan. 

Dia belum pernah mengamati senja merah jambu. Dalam kepalanya, langit sentiasa biru dan malam harus kelam.  Senja dan mata lelaki ini mula intim. Ada burung melintas di hujung mata, perlahan lahan  menghilang. Mengingatkannya pada susuk susuk yang pernah hadir kemudian melakukan perkara yang serupa. Dalam fikirannya, harga sebuah pertemuan tidak pernah percuma. Perpisahan juga, tidak pernah terjual.

Lelaki ini terus berdiri. Dia seolah olah menunggu malam menghalaunya dari pinggir jalan. Mungkin juga mengharapkan bintang boleh melangkah masuk, menukarkan senja merah jambu menjadi sebuah pesta. Tapi dia tahu sendiri, dengung manusia mahupun cahaya keramaian semeriah mana pun tidak akan membantunya. 

Seekor anjing hitam merenung kotak berisi kain lusuh di seberang jalan. Entah kenapa, yang ditinggalkan untuknya adalah sisa pakaian yang tak akan membantu ia menjalani hari hari mendatang. Ia juga mendongak, melihat senja merah jambu. Seolah olah menunggu jawapan kepada semua persoalan yang menghurung kepala.
Tapi ia mengerti, langit cuma langit. Yang menggerakkan semua perkara ialah kudrat. Yang menimbulkan kudrat adalah fikiran yang kuat. Lalu sebagai anjing, bersendiri sepatutnya tidak menjadi masalah. Ia boleh saja memilih antara dua hal. Terus hidup dan hadapi esok sendiri sendiri. Atau langsung mati. Boleh juga ia memilih untuk tidak memilih. Takdir akan hadir membolot segala keputusan hidup (dan mati). 

Lelaki tadi terus berdiri. Anjing hitam masih merenung kotak. Tuhan memanggil sayup sayup. Lalu kedua duanya berlalu pergi, menggonggong sepi. 


Tuesday

Pak Menteri, tolong jangan baca cerita ini!


Tadi petang saya bawa segerombolan menteri melawat masyarakat jagaannya. Ini kerana para menteri telah terlupa atau mungkin juga tidak pernah tahu jalan jalan menuju ke rumah rumah kecil, kedai runcit beratap nipah, warung warung daif serta reban keluarga keluarga fakir.

Pertama sekali saya bawa mereka ke satu kawasan semak dan kebetulan ada sebuah keluarga keluar dari celah semak, melintas jalan dan masuk ke dalam semak seberang. Seorang pak menteri yang melihat kejadian itu terperanjat besar sampai terloncat loncat ke belakang. Soalnya apa mereka buat dalam semak?

Saya tersenyum kecil dan berkata, semak itu adalah kediaman mereka. Malah hampir semua semak yang tuan dapat lihat dalam kawasan pentadbiran tuan ini didiami oleh keluarga keluarga seperti itu. Ini adalah kerana tuan sendiri yang menempatkan mereka di sana dengan menaikkan harga hampir semua benda dalam negara. Lalu tinggal cuma satu benda yang murah, malah percuma untuk dimiliki.

Apa? Tanya pak menteri tadi.

Kemiskinan, jawab saya.

Kami menyambung perjalanan, kali ini melintasi sekumpulan kanak kanak yang duduk dalam kelas memandang papan hitam, kosong. Kumpulan menteri tadi melambai, tapi tak ada seorang pun yang membalas. Kumpulan menteri tadi menjerit kecil hai anak anak! Tapi tak seorang pun menyahut. Sampai seorang menteri hilang sabar, meluru ke arah ketua kelas, merenggut kolar bajunya dan bertanya, kenapa enggan respon?

Ketua kelas jawab - tidak ada dalam silibus.

Melangkah ke depan, kami tiba ke destinasi yang terakhir kerana para menteri sudah mengadu penat walaupun hanya melawat tiga tempat dan tidak berbuat apa apa kecuali bersalam, senyum dan mengangguk angguk. 

Kita buat apa disini? Tanya seorang pak menteri bila kami sampai di sebuah klinik desa. Mungkin tak kenal bangunan apa atau mungkin juga tak pasti sama ada itu bangunan atau tidak kerana dindingnya kayu. Mungkin juga kerana seumur hidup terbiasa hanya ke hospital swasta. 

Saya jelaskan pada mereka, kita akan berhenti di sini dan para menteri akan berjumpa ibu masing masing. Ibu ibu menteri pun sampai dan beratur dalam satu garisan lurus dan mengangkangkan kaki luas luas.

Para menteri semua terloncat ke belakang serentak. Tanya mereka apa semua ini?

Saya bilang - para menteri terhomat. Jemput masuk kembali dan jangan keluar keluar!



Saturday

Lipas, ya know? Dalam bahasa Sepanyol 'cucaracha' - maksudnya serangga gila.

Lipas seperti I seringkali dianggap tidak berperasaan. Sebab semua mahkluk dalam dunia dah dimomokkan dengan info seperti kami boleh survive letupan nuklear atau boleh hidup beberapa minggu dengan kepala yang dipenggal dan yang terbaru, boleh hidup tanpa makwe.

Tak, lipas kena ada makwe. Atau sekurang kurangnya seorang friend for benefits yang berlainan jantina. Kami pun ada hati dan ingin hidup bahagia macam pengguna instagram, makan sana sini, upload gambar kaki dengan hujung jarinya berpantai atau cadar katil one night stand. Tak ada lipas yang mahu hidup dalam kesedihan, merintih dalam satu agoni tanpa sempadan atau jadi nerda yang hadap formula formula matematik (a + b)2 = a2 + 2ab + b2; a2 + b2 = (a + b)2 − 2ab, tinggal dalam library dan tonton porno kartun. 

Btw i sebenarnya nak cerita pasal belakang badan i yang kalau ini sebenarnya satu vlog, pasti you-ols dah boleh nampak ada satu pencungkil gigi ni tercacak dekat belakang i dari semalam dan you-als juga terpaksa jawab salam assalammualaikum i sebab i ugut kalau tak jawab dosa, kalau jawab syurga. 

Pencungkil gigi ni semalam ada sekumpulan kelkaltu ni bawa sambil terbang sama sama dan lepaskan betul betul atas belakang badan i macam peluru berpandu. Mujur tak kena organ organ penting dalam tubuh, tapi terguris sikit hati kecil i. Dalam banyak banyak luka kalau you-ols nak tahu, luka di hati la paling susah nak sembuh. Because ada sorang so called doktor poliklinik ni cerita dekat i, dia ada baca satu puisi yang ada sorang so called doktor graduan Mesir tulis,

tiada
apa pun
siapa pun
pengamal perubatan
moden atau tradisional
mampu merawat
patah hati

kecuali satu;
masa yang panjang.

Oh my god, dia kata. Puisi dari seorang doktor of course la semua orang take note dan jadikan falsafah hidup. Sebab well, doktor, ya know. Kalau puisi orang gila pakai seluar pendek warna warni rambut serabut siapa yang nak peduli? Well, i said - orang orang gila juga lah? Dia ketawa. 

Balik kepada cerita kelkatu tadi, sebenarnya adalah dalam dua tiga tahun lepas, kami ada buat satu perjanjian tak bertulis that we will never tikam each other back. But somehow atas alasan alasan yang i tak perlu tahu katanya - there, pencungkil gigi on my back. 

So now the problem is, i macam dah tertanam satu perasaan sayang pada semua jenis serangga dalam rumah ni, kelkatu, kunang kunang (dia buat rumah ni macam hotel la sial), lalat, nyamuk dan macam macam jenis seranggalah lagi lah (sorry to siapa siapa yang i tak mention, not enough time coz ada sorang mamat depan i ni dah kibas kibas cue card yang kita dah overrun). I can't do anything, nak revenge pun macam tak patut. 

Ditikam serangga tersayang ni lagi sakit ditikam random people yang kita tak berapa kenal you know? Sebab dorangga adalah serangga terakhir yang kita expect akan cederakan hati kita. Kan...

So i nak mandi ni, sapu dettol belakang badan. Sebab ada dua luka ni, satu luka tak nampak ditikam. Satu lagi luka i jatuh motor balik masjid tadi. Sakit gila, jatuh jatuh lepas tu orang lain yang baru balik semua berhenti, tanya okay ke tak. Well, i baru jatuh motor, ada luka sikit, lutut sengal sengal, yeah i rasa okay je. Dis people is buta kayu.

Bye gais, watch your back.