Friday

Pundi Kencing yang Memberontak.

Siang tadi, sebagai seorang pelajar undang undang yang bertakwa, aku turun pergi jawab exam. Sumpah gamble habis, masuk dewan exam tanpa preparation ilmu dalam otak. Study banyak banyak pun bila nak ingat semua ketat celah celah otak. Dem, lain kali jangan makan megi. Sepatutnya dekat bungkusan megi itu ada amaran macam dekat kotak rokok. "Awas, memakan megi boleh membahayakan kesihatan". Lepas tu letak gambar result budak universiti yang banyak makan megi failed exam. Mesti lepas itu semua student universiti boikot makan megi.

berbalik kepada exam Global Issue yang dem dem demit. Malam semalam aku tak tido langsung. Punya lah hardworking study global issue. Dan untuk memastikan aku kekal aktif di meja study. Aku tukar gambar desktop. Gambar ibu dan ayah aku buat background. Ini namanya anak soleh yang insaf bila nak final exam. Semua soalan spot aku buat analisis.

tadi, masuk dewan kuliah. Aku dengan tabah melangkah dengan penuh cekal. Nak duduk pun baca bismillah,time susah baru ingat Tuhan. Tengah jawab tiba aku rasa pundi kencing aku berat. So aku nak bangun minta izin pergi toilet tapi dalam miliseken momen dalam cubaan memisahkan punggung daripada kerusi, pengawas cakap masa ada lagi 30 minit dan calon tidak dibenarkan keluar. Dem. Aku duduk raub muka dengan tangan. Cuba menolak dan membalikkan arus urin dengan menggunakan minda separa sedar. Tak jadi juga. Aku buat buat lupa pasal nak kencing. Lepas 10 minit aku rasa berdosa tipu diri sendiri. Nak kencing la syaiton! Tiba tiba baru aku perasan ada lagi satu essay aku tak habiskan lagi. Punyalah menggelabah tulis. Dem, masa tamat.

Aku keluar daripada dewan exam dengan hati yang membara. Punyalah bara sampai aku rasa nak balik Ipoh jalan kaki. Dah la masa tak cukup, nak kencing pun depa tak bagi. Nak menangis pun ada. Sebagai tanda protes, aku pergi kedai awek, order Laicikang sampai dua mangkuk.

Dua jam lepas tu, baru aku perasan, aku dah lupa pasal nak kencing.


"Aaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~"

10 comments:

wAnIe said...

fuyohhh.. aku pernah mengalami situasi ini enchek zoul.. btw selamat berjuang brother! :D:D

zOuL_iMMe said...

hahaha...mekasih soul sista...
doakan ako... so nanti boleh hang out dekat shah alam plak..haha

Rainbow said...

help meeeeeeee... rainbow majukk.. -- kwn rainbow....

zombieee tlg tau !! auww !!!!

zOuL_iMMe said...

laaa...asal plak?
majuk tengah tengah malam nie orang orang tua kata tak elok, nanti muka tumbuh jerawat bentuk 4 segi.

Roxy zai said...

uishh..aku simpati..adus..aku br pas exam jgak..frust!! tekad nk study gigih lagi!!!humph!!

zOuL_iMMe said...

yeah...sama lah kita....
study hard...jadi nerd ah pasni..hahaha

bainun said...

haha . hebatla ~ x semua org mampu lakukan .. especially bab order laicikang tu... ekeke~

zOuL_iMMe said...

hahaha...itu tension punya pasall...haha...puas ati..

starsyeea said...

ewwwww...ko zombie bernajis...tahan kencing smpi berejam...urin tu dh jd sbhgian dari lapisan pundi...plus laicikang dua mangkuk gaye baru lalu padang pasir kontang 3.87 hektar adalah sgt tidak wajar dan boleh didakwa krna mendera sistem pencernaan...aku bet ko lampias urin pastu ciput je kan..kan..kan?

hahaha...

lama x dtg sini...saje membalas dendam dgn mengomen seringkas yg mampu...:p

Good luck exam!!

zOuL_iMMe said...

aiiii syeea, ko nie macam berpengalaman je...hehehe