Saturday

Astro hampeh.


Siapa yang malam malam tak dapat tidur dia ambil remote tekan angka 105 dan terus tutup tv? Gua nak buat survey, lepas tu nak buat petisen nak hantar dekat Astro. Kepala paip apa tiap tiap hari cerita hantu time lewat malam. Gua bukan takut. Gua kesian dekat budak budak bawah umur yang menghidap penyakit insomnia level 3 macam gua nie. Pilihan apa lagi yang mereka ada? Gua tak ada lah takut sangat. Gua tutup tv pun sebagai tanda protes je.

Dah la selalu tayang cerita hantu, siaran ulangan plak tuh. Bapak gua bayar mahal mahal memang lah sebab nak hafal skrip cerita tersebut. Satu lagi yang gua tak puas hati. Nak letak cerita hantu pun bagi lah yang berkualiti sikit. Ini asyik asyik cerita indon. Bukan gua nak kondem cerita indon tapi gua penat bangat tengok cerita indon. Bila time tengahari memang televisyen tersebut jadi hak mutlak mak gua. Tengok cerita dongeng, cinta kirana dan dan Alisa. Bila malam adik gua pulak tuntut geran tv kat mak gua. Dah tengah malam baru lah gua boleh berkuasa sikit sikit.

Gua berharap CEO Astro baca perenggan ketiga ini.

Kehadapan CEO Astro,

Astro sekarang dah tak best.


Saya Zoul Zombie daripada Melbourne, Australia ingin memberikan beberapa cadangan untuk memantapkan Astro di mata rakyat.

1.Saya merayu kepada Datuk supaya mempertimbangkan cadangan saya untuk mengalihkan cerita cerita hantu ini ke waktu tengahari. Baru feel makan tengahari tengok hantu cekik orang.


2.Saya juga ingin mencadangkan cerita pokemon di Astro Ceria dipindahkan ke Astro Prima. Rasa segan la pula nak tengok Pokemon dekat Astro Ceria, rasa macam budak budak. hahaha.


3.Datuk sebagai seorang wanita mesti memahami hati seorang zombie seperti saya. Oh, sebelum saya lupa, nak bagi tahu Datuk yang iklan dekat Astro makin lama makin lama. Datuk faham tak? Bila tengah tengok cerita Chaparela boleh pulak iklan dia lama nak mampus. Memang boleh bawa maut kalau tunggu saja tak tukar channel lain sekejap.


4. Saya bosanlah Datuk tengok ulangan konsert AF dengan gelanggang raja lawak. Rasa macam nak tuang asid dekat skrin tv. Tv saya ada insuran nyawa.


5. Saya minta jasa baik Datuk untuk mempertimbangkan cadangan saya ini untuk sama sama kita memajukan industri televisyen swasta negara. Oh, sebelum saya lupa, boleh tak Datuk bagi langganan siaran Astro percuma kepada saya? Sebenarnya saya tak pernah ada Astro. Teringin pula bila tengok jiran layan Naruto..hahahaha


yang senget,
zoul zombie

36 comments:

Nur Areefah said...

mmg makin lama makin nak bunuh diri bila tgk tv

zOuL_iMMe said...

hahaha...jangan efa jangan...eh nanti kalau nak buat jugak bagi domain ko dekat ako ea..hahaha

beLLa said...

stuju ohh! lagi 1 ble ujan mesti tak ley tgk tv. leceh ouh. xkn takde cre nak atasi kot.

Amiey White said...

setiap kali tengok astro time hujan saya menjadi xombie :p

Miss ... said...

wakaka lawak surat tu ekekekke

zOuL_iMMe said...

bella,
itu memang tak boleh nak watpe melainkan astro connect dgn user guna internet berkelajuan tinggi..hehe

zOuL_iMMe said...

amiey,
yeke? patut la profile pic baru macam hantu cina..haha

zOuL_iMMe said...

miss,
hehe....nak bg surat sekali ke?

misSbLurRy said...

gua layan afc klo mlm2....
xpun kbs....
silap2 wa layan lappy jerp..
astro dr dlu lg ntah pape

..yuni.. said...

errmmm..sejak berada di rumah ni..saya menjadi seorang yang sgt menjaga mata..tidur awal betol..tp bukan sbb takut tengok cter hantu di astro..tapi kadang2 tu rasa la jugak macam nak bakar decoder astro n buang abu dalam sungai korok kat santan tu...nak bakar tv rugi bang..
cadangan saya..bakar jer kad astro tu

n piring terbang atas bumbung tu kasi saye..bawak balik hostel memandangkan astro di kolej saya ada tv1 tv2 tv3 SHAJA..bijak kann??? ermmm...takpon ikot saye g bukit jalil..kite g buat rundingan damai dengan pengarah dia

zOuL_iMMe said...

missblurry,
hehe afc tak lah kot... sebab tu la layan blog nie..dah jd bosan plak tgk tv..

zOuL_iMMe said...

yuni,
ye la yuni...jaga mata...tp free2 tak dtg umah..tegur kt tenet pun tak...isk isk..
jgn sampai post seterusnya send surat untuk CEO Ayuni plak...hehehe

Amiey White said...

itu name nya seni cina bukit zoul...kuang3

zOuL_iMMe said...

hahahaha...seni cina bukit? oooo...tau dah nak panggil dy ape..hehe

nurul azfiza said...

protess. haha

starsyeea said...

bab siaran ulangan tu yg tatahan...skrip citer tu sumpah aku dh bole jd pelakon utama sbb aku lbh menghayati skrip berbanding pelakon citer itu sendiri...

zOuL_iMMe said...

fiza,
jom buat mogok..hahaha

zOuL_iMMe said...

starsyeea,
hahaha...tau xpe..ko jd pelakon utama ako jd pengarah ok..haha

AISHA SAAD said...

nasib rumah aku takder astro!
tp kalo lepak rumah nenek aku, mmg aku pans!

balik2 citer yg sma. aku baliks eminggu sekalim kot, meaning aku tgok tv jugak seminggu sekali. tp aku asyik2 tgok benda sama. WT;.... lah kan...

so, cara terbaik.. dah aku mls nak tgok tv! hahaha.

zOuL_iMMe said...

hahaha...ako kena tengok jugak tv..sia sia la beli kalau dibenci..hahahaha

+d.O.Y.A.h+ said...

wahahahaa. mantab

Rainbow said...
This comment has been removed by the author.
syaza kelyza said...

tula , astro sekarang makin banyak iklannya -___________-

zOuL_iMMe said...

ha ah...sakit hati kan? da mcm tv3..

kiterkitikitu (xDer) said...

x langgan Astro.. kalo sini ada cable tv kan beshhh^^

-NanI- said...

sokong ! ( walaupun x lggn astro .. ) ;p

zOuL_iMMe said...

kiterkitikitu,
xpayah langgan pun xpe...xrugi pape pun..haha

zOuL_iMMe said...

jom la buat surat nie..kot2 dy bg astro free..haha

Amalia Auni said...

he3..
sumpah lawak wei..
tp mmg btoi la, astro mken lma mken hampeh..
mcm da x dak modal ja nk tayang cta laen..
hu3..
antaq ja surat nie k..
ak sokong dr depan ..
he3

Muhammad Burn said...

bwahahaha... like!!!

zOuL_iMMe said...

auni,
haha...antaq surat nie? gilaaaaa..hahaha

zOuL_iMMe said...

burn,
hahaha...niceee kan?

Suara Kalbu said...

Astro duk ulang tayang cerita yang duk main 3-4 tahun lepas pun still ada dalam siaran. Sampai dah hafal skrip. Dulu kata tak ada iklan. Hakikatnya skrg iklan lagi panjang dari cerita.

Pastu hujan sikit jer... mulalah merajuk. Nyampah..

~Jaa~ said...

haha. leh mati trkejut dato` baca prenggan last tuh.

Shafiza said...

Gaya tulis macam ada astro. Sengal zoul ni ;p

Izzati Mustaza said...

hee~ zaty dah lama tak tengok tv. kesian kan kan. orang tak duduk rumah mcm ni lah nmpknya.