Sunday

Kisah Patung Beruang Yang Dilupakan.

Kimek merupakan seekor patung beruang comel berwarna coklat. Pada tahun 2006, Kimek telah dibeli oleh pasangan Jenal dan Jenab sebagai hadiah hari jadi untuk anak lelaki mereka yang dipanggil Bebi. Bebi ketika itu berumur 10 tahun amat sukakan patung beruang seperti Kimek. Dan sejak Kimek menjadi milik Bebi, Bebi sering menghabiskan masa bersama Kimek.

Bebi sayang sangat Kimek, nak makan Kimek diriba, nak tidur Kimek dipeluk, nak berjalan jalan Kimek dikepit dan nak buang air pun Kimek ada sekali. Punyalah dalam kasih Bebi pada Kimek. Jenal dengan Jenab seronok tengok Bebi main dengan Kimek. Adalah sikit time dorang nak romen. Tiga tahun selepas itu, Bebi dapat patung Otromen baru. Patung nie lagi best daripada Kimek sebab dia ada lampu lip lap. Siap boleh buat bunyi "hiaaaaa!" lagi. Dan selepas itu, Kimek dilupakan, tersorok di bawah katil. Kini Bebi dengan Otromen, manakala Kimek pula bersama habuk dan debu debu busuk di bawah katil.

Pada suatu malam, setahun selepas hadirnya Otromen dalam hidup Bebi, malam itu bulan mengembang penuh. Hujan kucing dan anjing di luar. Satu keluarga tengah baru nak lelap lepas tengok tv cerita hantu Kum Kum. Takut sikit lah nak tidur. Tiba tiba ada dengar suara budak kecil menangis.

"hiiiiii...tsk..tskk..hiiiii....tsk tsk...hhhiiiiiii"

Dengar bunyi benda bergerak bawah katil.

"krakkk..krraaak!"

Nampak tangan anak patung keluar meraba raba dari bawah cadar katil. Tangan yang sedikit koyak dan berhabuk. Dan tak salah lagi, itu tangan patung beruang Bebi yang dilupakan dahulu, Kimek. Badan Kimek calar balar, kaki kirinya macam bengkok sedikit, manakala mata kanannya pecah sedikit rosak.



Bebi yang takut takut mula menegur.

"chucky? lu ke tu.."

Mata kimek tiba tiba bulat merah menyala.

"Kepala paip kau chucky! Gua Kimek! Nama gua pun lu dah lupa. Celaka"

Bebi bingkas bangun, duduk bersila atas katil.

"Cis! Kimak punya Kimek. Terkejut gua lu tahu tak. Apa lu mahu?" Bebi tuding jari dekat Kimek yang sudah bertukar menjadi zombie. Dah tak berapa nak rasa takut dah.

"gua mahukan penjelasan. Kenapa lu dah tak nak main dengan gua. Dah tak nak peluk gua." Kimek mula sebak.

"sebab gua dah besar. Gua sekarang bukan Bebi dah. Gua sekarang Boboi. Dah tingkatan dua ada awek sorang duduk dekat Sg. Limau."

"gua perlukan kasih sayang. Lu tak boleh tinggalkan gua macam nie saja. Lepas lu dah tidur dengan gua sekarang lu nak buat buat lupa. Gua nie betina lu tahu tak!" herdik Kimek.

"errr..lu pregnant ke Kimek?" tanya Bebi

"Faking betul lah, mana ada! gua serius nie." Kimek dah genggam tangan.

"habis sekarang lu nak gua buat apa?" tanya Bebi.

" Gua nak lu hantar gua pergi rumah Bonnie, anak jiran lu. Lu tak nak main dengan gua, baik lu bagi je gua dekat budak tu."

Bebi turun dari katil dengan muka bengang.

" dah berapa kali gua cakap, ini bukan Toys Story 3! Gua mana ada jiran nama Bonnie dan rumah gua nie dekat tengah sawah! Gua mana ada jiran!"

paappppp!

Bebi pijak kepala Kimek sampai kemik.

36 comments:

Siti Mashitah Saidin said...

hahahahaha! besh lor cita nih!~
terbaik!!~

nurul azfiza said...

hahaha, first person like ! haha
lawak !

NaEl said...

terbaik zoul!! haha. bace2 je dah dpt bygn toy story sket2. hehehe.

yg part taknak main dah and dicampak bwh katil tu, mcm toy story 2. cowboy prmpuan tu.. hee :D

good job!

ku izzati said...

alamak~~nie yg tkot nie..

zOuL_iMMe said...

siti mashitah,
thanks! hehe..thanks sebab baca n komen!

+d.O.Y.A.h+ said...

Pelajar undang-undang berotak kanak-kanak. Otak ini bukan sahaja penuh dengan teori-teori Blackstone dan Austin, tetapi otak ini ada microwave milik Schrodinger yang bukan berisi kucing, tetapi berisi nota-nota hidup frinjan bercirikan pop fantasi.. jangan kopipes tanpa kebenaran...jangan nakal-nakal... buat masa sekarang,ako sedang bercinta dengan Rainbow si comot..

ah zoul comel :P

zOuL_iMMe said...

fiza,
hahaha..tq2..tahniah sebab ako sendiri pun tak sempat like..haha

zOuL_iMMe said...

nael,
hehe..memang inspirasi toys story pun...nanges kot tgk ending TS 3.

zOuL_iMMe said...

kak ku,
takut ke??? -.-'

Yellow LEOpard said...

hahaa..kreatip betoi

zOuL_iMMe said...

oyahhhhh,
hahaha...itu plak yang kau komen..
comel? hahahahahahaha

*blushing*

zOuL_iMMe said...

leo,
mekasihhh..blogger kena kreatif..hehe

ku izzati said...

yela..terbyg plak teddy bnyak2 dlm bilik nie..

zOuL_iMMe said...

hehehe...ade ke? tak payah bayang laaa...
cuba bayang orang ke..haaa..tak takut sangat kan..hehe

ku izzati said...

ade la..beberape ekor..hahaha..da mcm zoo plak..bygkan die??urghh..xnak2 serabut..hahaha

zOuL_iMMe said...

hahaha...serabut la konon..padahal selalu je kan..ceewahhhh

ku izzati said...

erks..selalu ape nie??hahaha

zOuL_iMMe said...

selalu bayang beliau laaa..-.-'

ku izzati said...

hahaha..no komen ^^

Roxy zai said...

opss..mana ntah patung2 aku dulu..hohohoho!! dah jadi zombie jgak kot=p

zOuL_iMMe said...

kak ku,
hee...faham dah..

zOuL_iMMe said...

roxy zai,
haaaaa...cuba check bawah katil...hehe

~BdK cHuMiL~ said...

errr! takot la nk tido plok bear dh..
=p

zOuL_iMMe said...

alamak...
budak chumil,
peluk takpe, jgn simpan bawah katil...sian beliau..hehe

ku izzati said...

pham xpe..hahaha..

zOuL_iMMe said...

hehe...

Amiey White said...

amiey da besar masih layan patung lagi hehe rasa2 kn jadi macam ni x? heeeeeeeeee

Suara Kalbu said...

Adehhhh...

Putus segala urat perut akak baca citer kamu ni Zoul. Ko jangan buat siri II plak nanti, takut akak padam terus

beeha ben said...

hahahaaaaaaaaaaaaaa...

lawak!

zOuL_iMMe said...

amiey,
kalau patung tengkorak yang 'romantik' tu maybe la jadi camnie....haha jangan campak bawah katil ye...

zOuL_iMMe said...

Akak SK,
hehe..xpe lah..demi keselematan akak, saya tamatkan dekat sini je lah...he

zOuL_iMMe said...

beeha ben,
thanks sebab baca n komen! hehe

sugar2 kapas strawberry said...

hahah.mmg lawak la..best entry ni.gelak sorg2 kat dlm bilik ni

zOuL_iMMe said...

hehe....gelak sorang ke cik gula2 kapas? bahaya nie..

bainun said...

zoul , buat toys story 4 . jutawan ko lepas nih . aha :)

zOuL_iMMe said...

hahaha....niceeeee
xtulis blog dah la ako..haha