Wednesday

Misteri Hantu Tetikus.

Sebenarnya gua nak cerita satu misteri seram yang berlaku pada diri gua tadi. Malam tadi, gua tak tahu magik apa mak gua pakai, tiba tiba semua orang masuk tido awal. Termasuk la mak gua sendiri. Tetapi gua selamat. Mungkin sebab gua tak makan ikan goreng yang mak gua masak special sempena deepavali tu kot. Lepas saja selesai tengok tv cerita bab bab haiwan mengawan, gua duduk depan laptop.

Dalam posisi bersila, gua pandang laptop atas meja. Tarik nafas panjang panjang dalam 3 meter lepas tu baru sentuh tetikus. Benda pertama sekali dalam kepala ialah gua nak log in facebook. Mana tahu kot kot dapat dua juta. Tapi dalam miliseken momen antara nak klik button log in itu, tiba tiba gua rasa ade benda lintas dekat belakang. Cepat cepat gua pusing belakang tengok kira kanan. Sumpah gua dapat rasa ade benda lintas belakang. Gua engsot rapat ke dinding sambil tarik meja. Lepas nie kalau dia lintas lagi biar tersepit antara tulang belakang gua yang padu dan dinding yang ayah gua cat kaler pink. Masa tu ada rasa seram sikit sikit sebab dengar cerita makcik belakang rumah ada jumpa lembaga pakai baju Liverpool belakang rumah. Ok bulu roma gua dah naik. Gua teruskan niat log in facebook.

Lepas tu gua buka blog. Blog nie lah. Blog separa seram nie. Gua nampak je brutal tapi dalam hati merah jambu. Takut juga bab bab makhluk halus nie. Tapi kalau setakat tengok cerita Chucky tu gua tak takot. Gua ade jugak member nama Chuck, dia lagi seram. Setakat pontianak muka Beyonce tuh, beliau ngorat dalam chat facebook je. Ok kembali ke cerita asal. Then gua ternampak dekat shoutmix gua yang sebelah kanan nie, ada tulis

"gadisSETAN : ada fb?join kakiBLOGGER.klik> link"

Gua ragu ragu nak klik walaupun gua seorang blogger dan ada fesbuk. Masa tu ada urat timbul dekat tepi dahi bagi menandakan yang gua tengah memikirkan sesuatu yang berat. Nak klik ke tak nak.

Gua ambil keputusan drumstik untuk delete komen shoutmix tersebut. Entah dari mana datang tiba tiba tetikus gua berasap jingga. Gila baby punya gua terkejut sampai gua terswitch on tv guna remote. Sekali lagi gua terperanjat lalu terswitch off tv balik. Ada satu lembaga sebesar tapak tangan gua tengah baring mengiring atas tetikus gua. Bapak huduh makhluk tersebut. Pipinya kembung, matanya tiga dan telinga tak ada. Rambut pula ala ala saloma. Kecik tapi huduh. Sumpah gua rasa macam nak lempang. Rasa macam tengok AkimAF7 jilat Connetto. Tiba tiba lagi sekali makhluk tersebut ketawa terbahak bahak.

"wakaka..waka waka ekeh!"

Gua cuba tolak beliau daripada tetikus, tetapi dalam sepantas kilat beliau peluk tetikus gua ketat ketat sambil sengih tunjuk gigi tajam beliau. Gua panas hati. Sekali lagi urat dekat tepi dahi timbul. Gua fikir apa nak buat. Nasib baik taraf pendidikan gua agak tinggi berbanding dengan makhluk tersebut. Dengan menggunakan kepintaran dalam kepala, gua cabut kabel tetikus lalu gua lindung touchpad laptop gua dengan tangan. Kali ini gua pula ketawa tak ingat dunia.

Terus gua kepit kepala makhluk tu antara ibu jari dengan jari telunjuk gua.

"blogger mana hantar lu?!"

"rrr..rrrraihah." makhluk tu macam cuak dengan otot perut ako.

"senget?"

Makhluk tersebut angguk. Lalu gua kepak kaki beliau dan campak ke dalam tong sampah busuk belakang dapur. Sayup-sayup kedengaran suara makhluk itu mengucap dua kalimah syahadah agama bukit dari dalam tong sampah itu.

"Tiada tuhan lain yang disembah melainkan bukit dan sikit sikit lama lama jadi bukit..."

Gua menggeleng kepala sambil beristighfar panjang. Gua lepas tu tak tunggu lama terus siasat siapa hantar makhluk busuk tuh dan link apa yang beliau hantar.

Kalau korang blogger tegar, tak suka tido, memang korang wajib pergi link nie. Sumpah nanti korang terkejut.

kalau korang nak link tu, klik sini. Dekat dalam ini, penuh dengan blogger blogger senget ada,Shukri hensem ada, kadang kadang ada dara96 dan kalau lapar belacan pun ada. Gua malas cakap banyak. Kalau korang berani korang masuk la, klik


18 comments:

AISHA SAAD said...

cehhh.
bapak kreatif la ko nak ckp pasal link jekk.
penat aku pikir menatang apa laa yg boleh nak pgng2 mouse bagai. heh!

zOuL_iMMe said...

hahaha..ako xde kje kot.

AngahSayang2314 said...

singgah sini.... 4llow uu jom tukar2 link

ashraf said...

sampai skang aku musykil mnatang tu ape

Amalina Azlan said...

"tiada tuhan yg disembah melainkan bukit dan sikit sikit lama lama jadi bukit..." HAHAHA tergolek2 aku gelak

zOuL_iMMe said...

angah,
thanks! follow u back...

zOuL_iMMe said...

ashraf,
tak payah susah susah fikir. Kau pernah tengok cerita Lord of The Ring tak? Gollum tu? haaa...ako punya mahkhluk nie sebijik macam Dobby dalam Harry Potter.

zOuL_iMMe said...

hahaha..itu ayat hlg punca daaa...

+d.O.Y.A.h+ said...

wahhhh. bes bro.

zOuL_iMMe said...

mekasih doyah..

Amiey White said...

hehe cerita yg menarik . plot yg bagus bila nk buat filem ? :D

zOuL_iMMe said...

haha..thanks amiey..tp cerita nie sgt2 la meyimpang dengan norma hidup manusia biasa..haha

azuha rahimi said...

bapak kretif ko...hahaha

btw,,,
asal blog ko ade semut?
kencing manis ea?
:P

gurau jekkk

zOuL_iMMe said...

hahaha

itu bukan semut bro..itu kutu blog.. sapa spam beliau gigit.

evagebob vid said...

giler la lawak..ko ni memg ske ea bg lawak seram sejuk camni...hahha..xtahan gelak ak :D

zOuL_iMMe said...

hahaha...
lawak seram sejuk? genre baru tu..nak buat filem nie..

sumpit said...

aku terkesima... lawak apakah ni.. menagis aku baca sampai habis....

zOuL_iMMe said...

ini bukan lawak..ini betul betul..bukan cobaan..haha