Friday

Jangan nak freemason sangatlah.

Pakcik Karem turun ke dapur untuk mengisi perutnya pagi itu. Hidungnya dah dapat tangkap bau nescafe kaw. Dalam miliseken momen antara punggung Pakcik Karem sentuh kerusi, nescafe panas yang isteri beliau buat sudah pun diletakkan di atas meja.

"pukul 11 setengah baru awak nak bangun?"
tanya Makcik Kiyah.

Pakcik Karem buat poker face. Dia hirup nescafe panas. Tarik nafas dan lepas.

"hmm...saya tidur lewat semalam. tengok video The Arrival yang anak kita download tu. hmmm..."

Makcik Kiyah hanya mendiamkan diri dan duduk di hadapan suaminya. Tiba tiba kelihatan anak lelaki mereka, Asrul yang baru turun dari tangga.

"Good morning Abah!" kata Asrul sambil tersenyum.

"Good morning kepala paip kau. Dah tengahari buta baru nak bangun." kata Pakcik Karem dengan misainya yang bergerak gerak.

"Anak awak tu nak perli awak Pak Karem oiii..dia dah bangun awal siap tolong saya sidai kain lagi. Awak tu yang bangun lewat"

sekali lagi mimik muka poker face digunakan oleh Pakcik Karem. Pakcik Karem teguk nescafenya separuh cawan. Sambil lurut misai, Pakcik Karem berkata kepada anaknya yang duduk di tangga.

"Abah dah tengok video yang kau download tu Asrul. Tak sangka betul. Macam macam cara yahudi ni nak hancurkan Islam. Siap ada konspirasi lagi. Baru abah tahu pasal freemason"

"Jangan nak freemason sangatlah abah. Saya tak berapa nak percaya sebenarnya abah. Nama pun TEORI. Orang yang buat video tu sendiri pun mengaku ada salah fakta dan dah tutup pun blog beliau. Kita orang melayu nie memang percaya semua" jawab Asrul.

"kau tak tahu ke KLCC tu lambang freemason?" tanya Pakcik Karem.

"KLCC tu, kalau tak freemason pun memang tak elok abah. Kosong tak ada fungsi, membazir duit rakyat. Budak budak perempuan sekarang pun dah tersisih adat. Dorang pilih KLCC dowh..sedih Asrul dowh..." jawab Asrul.

"itulah kau. Lady Gaga yang famos amos tu pun duta Freemason, kau tak tahu ke?" Pakcik Karem tak nak mengalah.

"Entah lah abah. Lady Gaga tu, kalau tak freemason pun memang kita tak patut tengok. Pakaian seksi, video klip pula tak senonoh. Freemason ke tak, memang benda tu dah salah Abah..." jawab Asrul lagi.

"saya nie bukan tak percaya, tapi kita ni nak percayakan sesuatu perlu ada bukti Abah. Islam itu tertegak dengan hujah dan dalil. Saya tak faham kenapa kita perlu panik. Dajjal tu nanti memang pasti akan keluar. Islam pasti akan menang. Tapi sebaliknya, masyarakat jadi takut dengan Yahudi." sambung Asrul lagi.

"Habis tu kalau kau tak percaya kenapa download? ke awak yang download Kiyah?" tanya Pakcik Karem kepada isterinya.

"ish awak nie. Wakdehel saya nak download benda tu. Saya nie tenet tenet tu pun tak tahu apa" tegas Makcik Kiyah

"Saya download nak kaji teori tu abah.Bukan tak percaya, cuma nak berhati hati bila mempercayai. Bosan lah pergi usrah orang sembang pasal freemason. Pergi surau orang sembang pasal freemason. Pergi masjid orang sembang pasal freemason. Jemu saya dengar" rungut Asrul.

"senang senang kau pergi je clubbing. Tak ada orang nak sibuk sibuk pasal freemason dah" jawab Makcik Kiyah selamba.

Asrul tersedak nescafe. Pakcik Karem hanya mampu garu kepalanya yang tak gatal. Pakcik Karem memang percaya bulat bulat teori tersebut. Manakala Asrul pula bijak sedikit, dan mengkaji teori tersebut tanpa terlalu mempercayai semuanya. Makcik Kiyah pula percaya clubbing itu best.

"hah abang, makan lah nasik lemak bawah tu. Anak awak beli dekat pasar PAGI tadi." kata Makcik Kiyah dengan menekankan perkataan 'pagi' untuk menyindir suaminya.

Makcik Kiyah bangun nak basuh pinggan.
Pakcik Karem angkat tudung saji. Ditariknya bungkusan nasi lemak. Terbeliak biji mata Pakcik Karem.

"hah! ini dakyah freemason lah nie. Bentuk piramid. Dalam video tu cakap piramid nie simbol freemason!" kata Pakcik Karem dengan wajah bengis.

Paaapppp!

Makcik Kiyah tepuk nasi lemak tu sampai penyek. Dah jadi leper.

"hah..sekarang dah tak freemason sangat dah..makan la bang"

Makcik Kiyah sambung basuh pinggan sambil menyanyi lagu dangdut.

49 comments:

+d.O.Y.A.h+ said...

ahahaha. sekarang org cepat sentap :P

zOuL_iMMe said...

ahaha...orang sekarang jiwanya sensitif.

Yellow LEOpard said...

tulah..kenape org senang sgt caye pasal mende2 nih..nmpak segitiga kate freemason..nmpak piramid kate freemason..nyampah aku~

wAnIe said...

jalan penceritaan dan bentuk sindiran yang mantop :0

yang benar :
FAISAL TEHRANI


hehehehehehehehehehehehe :P

zOuL_iMMe said...

leo,
haaa..tau xpe..ako bosan sebenarnya..semua benda nak difreemasonkan...haih...

zOuL_iMMe said...
This comment has been removed by the author.
zOuL_iMMe said...

Faisal Tehwanie,
mekasihhhh..hahahaha

agak2 ah nak nyamar pun..hahaha

Nur Areefah said...

terpulang kepada individu bagaimana cara melihat

zOuL_iMMe said...

memanglah.. bukan nak cakap benda tu tak betul, tapi nak bagitahu benda tu jangan di telan bulat bulat. Kaji dulu. Bukannya semua benda dalam dunia ini freemason..kan? :)

SHUKRI SALIM said...

pehhh!!!!
gile lah!!

QaLBi SaKiNaH =] said...

hahaha.like2.penyampaian yg cukup ringkas & mantop ! :D

Amiey White said...

mantap ! cara perli yg agak sinis :D

zOuL_iMMe said...

shukri,
thanks sebab bagi ilham...hahaha

zOuL_iMMe said...

Qalbi Sakinah,
terima kasih baca dan komen..:)

zOuL_iMMe said...

amiey,
kalau kena sinis, kalau direct nanti ada orang emo..haha

saiazuan said...

hehe sume orng sgt sensetip psl bnda ni skrng.. means rmi da sedar n takut actually

zOuL_iMMe said...

kan? tapi kita tak perlu panik sebenarnya..kalau kaji betul betul macam macam korang akan tahu sebenarnya...

~Jaa~ said...

betol5.. btw,

bez cara ko tulis zoul. xder ak penin bace ayt skima2 je. x sbr nk nengok blog ko femes kt paper n mag lak. aminnn

ps: mk cik kiyah rockkkk :D

zOuL_iMMe said...

jaa,
makcik kiyah nie ako bayang ko je...sebab tu perangai pun lebih kurang..hahahaha

masuk paper? mag? haha..giler la.. kena jadi femes dulu la...

amin.

~Jaa~ said...

hahaha. mk cik kiyah nyanyi dgdut!

x mustahil... leh jd jutawan blog k.. (x hiperbola kn?) hehe

AISHA SAAD said...

selipar.... ko sgt pandai membuat aku tergelak tgh malam!
hadoii.....

aku pon fed up psl nih sbb tuh mls komen pape, just read jep!
dorang nih kengkadang obses sgt..
okk mmg la perlu kan tau, tapi tak payah ler smp segala benda nak kaji..
bosan okk!

dia pilih klcc dow! hahaha.

zOuL_iMMe said...

hahaha....ako tunggu la bila ko nak bagi selipar tu aisha...

KLCC hensem dowhhhhh...hahaha

zOuL_iMMe said...

jaaa,
makcik kiyah memang peminat dangdut..haha


jutawan blog? angan angan boleh la sekarang..blog ako tak bagi income pun neyh..haha

Suara Kalbu said...

Hahahahahah.. akak memang suspek kamu lah Zoul..

Kalau depa tanya akak pilih kamu ke atau pilih KLCC.. akak pilih kamu dowh...

P/s : akak tak pernah suka blog orang mcm akak suka blog kamu. Kamu dah mandrem akak eh ?

kiterkitikitu (xDer) said...

kebanyakan org2 skg dah makin mcm lalang! lebih bahya dari freemason sebenarnya!!!

zOuL_iMMe said...

Akak SK,

hahaha...saya lagi hensem dari KLCC la kak? niceee...

semangat sgt rasa baca komen akak.. seronok rasa ada orang suka blog nie...hehe

zOuL_iMMe said...

xDer,
"orang2 sekarang dah macam lalang"

nice lah ayat tu.... setuju sangat...

areteacar said...

btol2.. x yah cpt percaya.. ^_^

zOuL_iMMe said...

wahhh...ramai jugak yang sedar rupanya..huuu

New Hope said...

assalamualaikum,

jom exchange link tanda sokongan, ana sudah linkkan blog tuan, harap tuan linkkan blog ana :)

http://harapan-terbaru.blogspot.com/

zOuL_iMMe said...

maaf, saya tidak link kan blog sesiapakan dalam blog ini untuk menjaga perasaan kawan kawan blogger saya yang lain..takut ada yang terasa jika link ke blog mereka tiada. Harap maaf... terima kasih kerana link kan blog saya, dan jika anda nak remove pun saya faham. maaf sekali lagi. =)

MaZiAh-ChaN; said...

ehehehehe....first time aq komen..sumpah ko kreatif zoul...ade btul gak cter ko...

New Hope said...

Sabahal khair

BN Barang naik

HIKMAH MINYAK NAIK

Lovely Bella said...

rmai yg kurang ilmu tapi nak byk komen.. aih...1st time singgah blog ko.. menarik tertarik.. da bomb!

Ariesya Nadhira Roslane said...

Gilaa BESTT! hahahahaa COOL!

zOuL_iMMe said...

maziah,
thanks baca dan komen!! hahaha

zOuL_iMMe said...

Lovely Bella,
thanks sebab singgah n terus komen..hehe

zOuL_iMMe said...

ariesya nadhira roslane,
haih..penat nak tulis nama..haha
thanks for ur komen!

~Jaa~ said...

zoul,
haha ok kita tukr. celeb blog. femes gitu meletop2. (ade can nk blakon zombie kg pisg) Ngeee :)

Amanina said...

aku setuju ngan asrul kottt haha

nak freemason sangat, haramkan je bentuk piramid

evagebob vid said...

memang kalo ak TERsinggah blog ko..ada je yg wat ak gelak..nice one bro..suke care ko ..hahahha.. XD

zOuL_iMMe said...

jaa,
haha..bodek2 nie ada makna lain je..haha

zOuL_iMMe said...

aman,
haramkan bentuk piramid? alaaaa... nasi lemak!!!

zOuL_iMMe said...

gebob,
haha..bahaya gelak sorang2 nie..thanks sgt2 baca n komen..

fifianggun said...

xmenahan sungguh y ni,,hahahaha

zOuL_iMMe said...

hahaha....biasalah Pak Karem..

kiwi said...

sengal sungguh..hahaha.. >.<

zOuL_iMMe said...

ahaha..mekasih...

Anonymous said...

terbaikk..
bosan dengan macam2 teori.. haha

http://adiospunk.wordpress.com/2010/03/13/kaitan-freemason-dengan-seluar-dalam/