Thursday

Kisah Si Kurus dan Raksasa Nasik.

Pada suatu masa dahulu. Ada seorang budak lelaki bernama Zoul. Dia seorang yang kurus dan mempunyai tabiat yang buruk. Dia selalu makan mesti tak habis.

Ibunya selalu merungut. Memarahi Zoul yang suka makan tidak habis. Nasi dibiarkan separuh tidak dimakan di dalam pinggan. Ibu cakap kalau tak makan nanti nasi tu menangis. Zoul terdiam. Tiba tiba dia cubit nasi tu.

"Kau nangis lagi, yahh! yah! ambik nie! ngade! sikit sikit nak nangis! yahhh!"

sikit pun tak ada belas kasihan. Ibu hanya mampu menggeleng gelengkan kepala. Lalu, nasi tadi Zoul campakkan kedalam plastik sampah.

Malam itu, sewaktu hendak masuk tidur. Zoul pejamkan mata sambil dengar lagu indie dalam Ipod. Mulutnya mendendangkan sebuah lagu indie daripada kumpulan Hujang yang berasal daripada Terengganu. Terkumat kamit bibir Zoul mengikut lirik lagu indie tersebut.

"Pagi hok kelam, kini sudoh ceghoh,
Aku adik mung,
Dan mung itu abang
Ku amat merindu ke mung"

dan tanpa disedari, sebenarnya lagu tersebut adalah sebuah lagu bahasa sanskrit yang memuja Raksasa Nasik. Dalam kesunyian malam, beg plastik sampah di dapur rumah bergerak gerak.............

pintu bilik Zoul dibuka. Zoul tak sedar, ada makhluk besar dan hodoh berada dihadapan pintu biliknya. Tiba tiba Zoul terbau kari yang dimakannya petang tadi, Dan terkejut besar, bila melihat Raksasa Nasik! Badannya berbentuk nasi putih dan sebesar pintu bilik, matanya merah seperti sos cili, dan giginya tajam seperti tulang ikan. Juga diatas badannya ada sisa sisa kari petang tadi.

"aku nak makan kau Zaol! kau tidak menghargai aku sebagai rezeki mu, kau bazirkan aku Zaol!" jerkah Raksasa Nasik.

pappp!

Zoul ketuk kepala raksasa tersebut dengan Ipodnya.

"Z.O.U.L- Zoul la! bukan Zaol! gampang!" pekik Zoul.

"aku tak peduli! rawwwrrrrr!" Raksasa Nasik membuka mulut.

Zoul dalam keadaan takut dan menggigil menjawab. "Ampunkan aku. Ampunkan aku nasik."

dan tanpa memberi sebarang signal, Raksasa Nasik itu menggenggam Zoul yang kurus. dan cuba menelan beliau. Kakinya dimasukkan dahulu ke dalam mulut dan

ngappppp!

Raksasa tersebut menelan Zoul daripada paras pinggang ke bawah. Kini Zoul terkapai kapai lemah meminta tolong.

"makan lah aku sampai habis bangang. Sakit!" rintih Zoul

Raksasa Nasik hanya ketawa dan membawa Zoul ke dapur untuk dibuang ke dalam plastik sampah. tapi tiba tiba, ibu ada di dapur. Ibu mengambil nasi di dalam plastik sampah, digaulkan dengan tuna dan diberi kepada kucingnya yang kelaparan. Sambil usap kepala kucing ibu cakap,

"kita nie tak boleh membazir. Membazir tu amalan syaitonnirajim. Makan lah. Makan semua.Anak anak ibu bukannya nak makan pun." kata Ibu yang masih belum menyedari kehadiran Raksasa Nasik di dapur. Raksasa Nasik menangis dan mengalirkan air mata apabila mendengar kata kata ibu. Raksasa Nasik memegang lembut bahu ibu kerana tidak mahu mengejutkan ibu. Ibu menoleh ke belakang dan

ngapppp!

ibu pun di telan Raksasa Nasik. Lepas tu Raksasa Nasik mengulang ayat ibu.

""kita nie tak boleh membazir. Membazir tu amalan syaitonnirajim. Makan lah. Makan semua."


35 comments:

+d.O.Y.A.h+ said...

hhahahhaa. cerita zoul kiut miut lah :P

zOuL_iMMe said...

haha...ape yang kiuttttt nyer...

lavender harum wangi said...

alaaaa.... nape rksasa tu telan ibu skali.. uuu~ sad ending.. haha! :D

zOuL_iMMe said...

sebab dia tak nak bazir..kena makan semua..hahaha

New Hope said...

kreatif tapi x suke sad ending mcm budak SPM tak score je hehehe

TONGKAT

zOuL_iMMe said...

haha...bodo piang maksud anda? kah kah kah..

NuR 'aQiLaH said...

oh dem.
sadis sunggoh beta baca.
hampir menitis airmata beta.
gagaga

zOuL_iMMe said...

ahahaha...yelah2...rasa nak tukar endingggggg!

NALQAH said...

yerrr aku ske sengal siot!

Jerung Tempang said...

hahahahhaa.. nice one bro..

ERi said...

hahahhahahaha!!!banganggg tp best!

zOuL_iMMe said...

nalqah,
haha...bagus dah ada orang suka..xpyh ar tukar..haha

zOuL_iMMe said...

Jerung Tempang,

1st time? welcome..haha thanks

zOuL_iMMe said...

gua ingatkan sape la eri nie,
abang besar uitm gua rupanya...haha

sugar2 kapas strawberry said...

kesian ibu..

zOuL_iMMe said...

ibu masih hidup nak..dalam perut raksasa....

Yellow LEOpard said...

apakah??hahaaa..bagus betol ending..

zOuL_iMMe said...

hahaha..siapa yang betul betul faham ending memang bagussss!

Irwan said...

aku paham dan aku akan suruh raksaksa jangan tinggalkan satu orang pun dalam rumah tu...hahaha

zOuL_iMMe said...

nice. ramai yang faham.. memang dah tak ada orang dah..tinggal kucing tu je makan nasik..haha

Amiey White said...

bab zoul kurus tu macam tak yakin ahanks! lari tajuk

zOuL_iMMe said...

hahaha.....saja nak bagi ramai org baca nanti jadi doa..hahahaha

kiwi said...

tinggal kucing, tak membazir ke? wawawa

zOuL_iMMe said...

kucing makan nasik bagi habis..xpe..haha

Saiedah Syamielah said...

waa...story baru ni..
memang hebat la..
tk sangka pulak mak tu kena makan..
ingtkan terselamat..(^^,)

Miss ... said...

wakaka sumpah lawak ekekeke..tp sian ibu tu kan hahah

zOuL_iMMe said...

saiedah,
hehe...mak tak selamat..sorry...

zOuL_iMMe said...

miss... hehe...semua orang kesian kat ibu..

anis iriane said...

hujang, aku igt kan ending die , si hantu nasik menangis lalu melepas kan zoulkughuih pergi.

.:padie_eyla:. said...

haha. sengal gila cerita

zOuL_iMMe said...

anis,
haha...ending dia lain..raksasa mana boleh ada perasaan belas kasihan..haha

zOuL_iMMe said...

padie_eyla
hehe..welcome to the sengal club..

Syipak Bonkers said...

hahaha. bodoh-bodoh jek. sumpah first time aku gelak kuar air mata baca blog orang. HAHAHA

hilmi said...

hahaha...thanks uuuu...

Nur Fazilah Mustapha said...

Hahaha boleh buat comic! :D
Demm funny wehh :DD