Friday

Pundi Kencing yang Memberontak.

Siang tadi, sebagai seorang pelajar undang undang yang bertakwa, aku turun pergi jawab exam. Sumpah gamble habis, masuk dewan exam tanpa preparation ilmu dalam otak. Study banyak banyak pun bila nak ingat semua ketat celah celah otak. Dem, lain kali jangan makan megi. Sepatutnya dekat bungkusan megi itu ada amaran macam dekat kotak rokok. "Awas, memakan megi boleh membahayakan kesihatan". Lepas tu letak gambar result budak universiti yang banyak makan megi failed exam. Mesti lepas itu semua student universiti boikot makan megi.

berbalik kepada exam Global Issue yang dem dem demit. Malam semalam aku tak tido langsung. Punya lah hardworking study global issue. Dan untuk memastikan aku kekal aktif di meja study. Aku tukar gambar desktop. Gambar ibu dan ayah aku buat background. Ini namanya anak soleh yang insaf bila nak final exam. Semua soalan spot aku buat analisis.

tadi, masuk dewan kuliah. Aku dengan tabah melangkah dengan penuh cekal. Nak duduk pun baca bismillah,time susah baru ingat Tuhan. Tengah jawab tiba aku rasa pundi kencing aku berat. So aku nak bangun minta izin pergi toilet tapi dalam miliseken momen dalam cubaan memisahkan punggung daripada kerusi, pengawas cakap masa ada lagi 30 minit dan calon tidak dibenarkan keluar. Dem. Aku duduk raub muka dengan tangan. Cuba menolak dan membalikkan arus urin dengan menggunakan minda separa sedar. Tak jadi juga. Aku buat buat lupa pasal nak kencing. Lepas 10 minit aku rasa berdosa tipu diri sendiri. Nak kencing la syaiton! Tiba tiba baru aku perasan ada lagi satu essay aku tak habiskan lagi. Punyalah menggelabah tulis. Dem, masa tamat.

Aku keluar daripada dewan exam dengan hati yang membara. Punyalah bara sampai aku rasa nak balik Ipoh jalan kaki. Dah la masa tak cukup, nak kencing pun depa tak bagi. Nak menangis pun ada. Sebagai tanda protes, aku pergi kedai awek, order Laicikang sampai dua mangkuk.

Dua jam lepas tu, baru aku perasan, aku dah lupa pasal nak kencing.


"Aaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~"

Wednesday

Puas Hati.

aku ada exam nanti.

kena bagi lulus dengan kaler terbang, kalau tidak, mungkin aku terpaksa pergi kursus buat MLM. mungkin juga aku kena balik kampung dan mulakan program penternakan tilapia merah.

kalau tak lulus, ayah dengan ibu aku mengamuk.
kalau tak lulus lecturer aku mesti tak puas hati.
kalau tak lulus kawan kawan aku mesti tengok aku macam dorang tengok tulang ayam dalam pinggan. Jeling pun tak nak.

tapi macam orang kata. Nak puaskan hati semua orang susah. Susah betul. So aku ambil keputusan drastik.

ako nak puaskan hati sendiri. Malam nie, aku berhenti study sekejap dan update blog..hahahahaha

puas puas puas.