Tuesday

Penagih Nescafe Sejati.

Kecoh warung Mak Senah pagi itu. Ramai budak budak belia tengah buat protes depan kedai runcit Pak Jonsen, satu satunya kedai runcit dalam daerah Sg Kati.

Pakcik Ismel baru balik dari kerja guard shift tengah malam. Nak balik rumah pagi pagi ni memang lah dem sikit, kena pekena teh tarik Senah Janda dulu baru boleh tidur lena. Singgah di warung Mak Senah, Pakcik Ismel bagi salam.

"Assalammualaikum..kum.."

Pappp!

sebijik karipap hinggap di kepala Pakcik Ismel.

"choyyyyy! kum tu sekali sudah la. Gua seram tahu tak." kata Pak Leman yang tengah duduk.

Nasib baik Pak Leman dengan Pakcik Ismel member baik dekat kolej kejururawatan dulu. Sama sama daftar, sama sama kena tendang. Kalau tak memang jadi gaduh.

"apekehe dema rama rama depan tuh?" tanya Pakcik Ismel dalam loghat peraknya. Teh tarik sampai tanpa di order. Mak Senah memang dah faham sangat rutin orang orang tua nie.

"Biasalah sekarang budak budak muda mudi. Emosi. Dorang tengah protes penyebaran artikel 'Nescafe 3 in 1 membunuh' " jawab Pak Leman sambil hirup kopi 'o' kaw beliau.

"atee...apekehenye dema protes depan kedai si Jonsen tu. Ape dose beliau?"

"Si Jonsen tu tak nak jadi mederer. So dia berhenti la supply nescafe dekat those student tu. Tu yang dorang marah sangat tu"
Sampuk Mak Senah dengan muka bangga. Yelah, penjelasan beliau ada selang seli bahasa omputih.

"demm, aku ni dah la kerja pengawal. Kena minum nescafe sebab nak tahan ngantuk. Kepala paip apa kalau jadi pengawal tidur sepanjang shift. Lagipun aku dah ketagih dengan nescafe tu" tegas Pakcik Ismel

Tiba tiba ada sorang pemuda masuk duduk dalam warung. Minta buku menu nak order makanan.

Papppp!

Karipap kedua melayang hari nie. Tepat dekat kepala budak tu.

"kau ingat ini restoran 5 bintang ke nak buku menu?" Mak Senah jegil mata.

lepas order nescafe, pemuda tersebut sibuk buang inti karipap yang melekat celah celah rambut beliau. Pakcik Ismel angkat teh tarik duduk depan pemuda tersebut.

"kamu nie tak takut ke minum nescafe tu? tak baca artikel dalam fesbuk?"

"saya baca pakcik. Tapi sebenarnya nescafe tak bersalah pun dalam artikel tersebut. Kalau baca betul betul yang salah krimer. Krimer nie memang tak elok. So nak minum nescafe jangan la guna krimer." jelas pemuda tersebut bersungguh sungguh.

"kau dengar tu Senah?" tanya Pakcik Ismel

Makcik Senah cuma mencebik.

Pakcik Ismel sambung lagi.

"hah...sekarang, kau buatkan aku Nescafe 3 in 1,tapi kau tapis buang krimer dia, bagi jadi 2 in 1 je. Teman nak minum."

Pappp! ppappp! ppappp!

Makcik Senah baling sudu teh, Pak Leman baling pinggan karipap, dan pemuda tadi baling paper Metro.

Sunday

Kisah Patung Beruang Yang Dilupakan.

Kimek merupakan seekor patung beruang comel berwarna coklat. Pada tahun 2006, Kimek telah dibeli oleh pasangan Jenal dan Jenab sebagai hadiah hari jadi untuk anak lelaki mereka yang dipanggil Bebi. Bebi ketika itu berumur 10 tahun amat sukakan patung beruang seperti Kimek. Dan sejak Kimek menjadi milik Bebi, Bebi sering menghabiskan masa bersama Kimek.

Bebi sayang sangat Kimek, nak makan Kimek diriba, nak tidur Kimek dipeluk, nak berjalan jalan Kimek dikepit dan nak buang air pun Kimek ada sekali. Punyalah dalam kasih Bebi pada Kimek. Jenal dengan Jenab seronok tengok Bebi main dengan Kimek. Adalah sikit time dorang nak romen. Tiga tahun selepas itu, Bebi dapat patung Otromen baru. Patung nie lagi best daripada Kimek sebab dia ada lampu lip lap. Siap boleh buat bunyi "hiaaaaa!" lagi. Dan selepas itu, Kimek dilupakan, tersorok di bawah katil. Kini Bebi dengan Otromen, manakala Kimek pula bersama habuk dan debu debu busuk di bawah katil.

Pada suatu malam, setahun selepas hadirnya Otromen dalam hidup Bebi, malam itu bulan mengembang penuh. Hujan kucing dan anjing di luar. Satu keluarga tengah baru nak lelap lepas tengok tv cerita hantu Kum Kum. Takut sikit lah nak tidur. Tiba tiba ada dengar suara budak kecil menangis.

"hiiiiii...tsk..tskk..hiiiii....tsk tsk...hhhiiiiiii"

Dengar bunyi benda bergerak bawah katil.

"krakkk..krraaak!"

Nampak tangan anak patung keluar meraba raba dari bawah cadar katil. Tangan yang sedikit koyak dan berhabuk. Dan tak salah lagi, itu tangan patung beruang Bebi yang dilupakan dahulu, Kimek. Badan Kimek calar balar, kaki kirinya macam bengkok sedikit, manakala mata kanannya pecah sedikit rosak.



Bebi yang takut takut mula menegur.

"chucky? lu ke tu.."

Mata kimek tiba tiba bulat merah menyala.

"Kepala paip kau chucky! Gua Kimek! Nama gua pun lu dah lupa. Celaka"

Bebi bingkas bangun, duduk bersila atas katil.

"Cis! Kimak punya Kimek. Terkejut gua lu tahu tak. Apa lu mahu?" Bebi tuding jari dekat Kimek yang sudah bertukar menjadi zombie. Dah tak berapa nak rasa takut dah.

"gua mahukan penjelasan. Kenapa lu dah tak nak main dengan gua. Dah tak nak peluk gua." Kimek mula sebak.

"sebab gua dah besar. Gua sekarang bukan Bebi dah. Gua sekarang Boboi. Dah tingkatan dua ada awek sorang duduk dekat Sg. Limau."

"gua perlukan kasih sayang. Lu tak boleh tinggalkan gua macam nie saja. Lepas lu dah tidur dengan gua sekarang lu nak buat buat lupa. Gua nie betina lu tahu tak!" herdik Kimek.

"errr..lu pregnant ke Kimek?" tanya Bebi

"Faking betul lah, mana ada! gua serius nie." Kimek dah genggam tangan.

"habis sekarang lu nak gua buat apa?" tanya Bebi.

" Gua nak lu hantar gua pergi rumah Bonnie, anak jiran lu. Lu tak nak main dengan gua, baik lu bagi je gua dekat budak tu."

Bebi turun dari katil dengan muka bengang.

" dah berapa kali gua cakap, ini bukan Toys Story 3! Gua mana ada jiran nama Bonnie dan rumah gua nie dekat tengah sawah! Gua mana ada jiran!"

paappppp!

Bebi pijak kepala Kimek sampai kemik.

Saturday

Astro hampeh.


Siapa yang malam malam tak dapat tidur dia ambil remote tekan angka 105 dan terus tutup tv? Gua nak buat survey, lepas tu nak buat petisen nak hantar dekat Astro. Kepala paip apa tiap tiap hari cerita hantu time lewat malam. Gua bukan takut. Gua kesian dekat budak budak bawah umur yang menghidap penyakit insomnia level 3 macam gua nie. Pilihan apa lagi yang mereka ada? Gua tak ada lah takut sangat. Gua tutup tv pun sebagai tanda protes je.

Dah la selalu tayang cerita hantu, siaran ulangan plak tuh. Bapak gua bayar mahal mahal memang lah sebab nak hafal skrip cerita tersebut. Satu lagi yang gua tak puas hati. Nak letak cerita hantu pun bagi lah yang berkualiti sikit. Ini asyik asyik cerita indon. Bukan gua nak kondem cerita indon tapi gua penat bangat tengok cerita indon. Bila time tengahari memang televisyen tersebut jadi hak mutlak mak gua. Tengok cerita dongeng, cinta kirana dan dan Alisa. Bila malam adik gua pulak tuntut geran tv kat mak gua. Dah tengah malam baru lah gua boleh berkuasa sikit sikit.

Gua berharap CEO Astro baca perenggan ketiga ini.

Kehadapan CEO Astro,

Astro sekarang dah tak best.


Saya Zoul Zombie daripada Melbourne, Australia ingin memberikan beberapa cadangan untuk memantapkan Astro di mata rakyat.

1.Saya merayu kepada Datuk supaya mempertimbangkan cadangan saya untuk mengalihkan cerita cerita hantu ini ke waktu tengahari. Baru feel makan tengahari tengok hantu cekik orang.


2.Saya juga ingin mencadangkan cerita pokemon di Astro Ceria dipindahkan ke Astro Prima. Rasa segan la pula nak tengok Pokemon dekat Astro Ceria, rasa macam budak budak. hahaha.


3.Datuk sebagai seorang wanita mesti memahami hati seorang zombie seperti saya. Oh, sebelum saya lupa, nak bagi tahu Datuk yang iklan dekat Astro makin lama makin lama. Datuk faham tak? Bila tengah tengok cerita Chaparela boleh pulak iklan dia lama nak mampus. Memang boleh bawa maut kalau tunggu saja tak tukar channel lain sekejap.


4. Saya bosanlah Datuk tengok ulangan konsert AF dengan gelanggang raja lawak. Rasa macam nak tuang asid dekat skrin tv. Tv saya ada insuran nyawa.


5. Saya minta jasa baik Datuk untuk mempertimbangkan cadangan saya ini untuk sama sama kita memajukan industri televisyen swasta negara. Oh, sebelum saya lupa, boleh tak Datuk bagi langganan siaran Astro percuma kepada saya? Sebenarnya saya tak pernah ada Astro. Teringin pula bila tengok jiran layan Naruto..hahahaha


yang senget,
zoul zombie

Tuesday

Cerita Sedih Aidiladha

Pengenalan
nama saya Nais. Sebut betul betul "niceeee...". Saya anak yatim. Bukan Nais bin Yatim. Ibu saya meninggal dua tahun lepas. Masa itu banjir. Ibu mati lemas. Saya sangat sedih kerana saya sangat sayangkan ibu saya yang merupakan ibu tunggal. Sejak itu, saya dijaga oleh Atok. Saya sayangkan Atok. Hampir setiap hari, Atok akan bawa saya pergi makan. Mula mula saya pelik, kenapa tiap tiap hari mesti makan luar. Kenapa Atok tak pernah masakkan untuk saya? Tapi lama kelamaan, pertanyaan tersebut tenggelam bersama kasih sayang Atok yang dalam. Atok walaupun sudah tua, kudratnya seperti naga. Membanting tenaga demi mencari sesuap nasi. Mengganda usaha demi menjaga diri saya dan Atok sendiri.

perkembangan,
lusa dah nak raya. Saya happy gila sebab nak raya dengan Atok. Kesian Atok. Anak beliau ada yang jadi engineer, ada yang jadi lawyer, ada yang jadi player. Tapi tak ada sorang pun yang balik. Yang bongsu plak jadi kutu. Lari pergi Kolumpo pastu hantar poskad cakap dia duduk Melbourne. Faking betul. Nasib baik ada saya. Ada la juga Atok teman. Saya punyalah suka nak raya, habis satu kampung saya canang lusa nak raya. Tapi saya tak faham bila Jo dengan Meon sound saya sebab bising. Jo dengan Meon macam tak suka pula nak raya. Boleh pula nak ugut ugut saya nak pukul,bakar dan buang abu saya dalam sungai. Saya tak banyak kawan. Jo dengan Meon je nak cakap dengan saya. Orang lain dalam kampung nie semua tengok saya sebelah mata. Kadang kadang saya jalan tepi jalan pun kena hon kuat kuat. Tengah jalan apatah lagi. Rasa macam orang kampung benci saya.

Klimaks,
ok esok dah nak raya. Hati saya ni makin gembira tak terkata. Tak sabar nak makan sedap sedap esok. Tetapi sesuatu terjadi tengahari tadi. Sewaktu saya tengah makan, ada seorang kawan Atok datang melawat. Atok bersembang dengan lelaki tersebut. Mungkin Atok tak sedar, tapi saya dengar segala segalanya. Air mata saya mengalir tumpah ke pipi. Esok nak raya. Kenapa Atok buat macam nie dekat Nais? Kenapa Atok? Nais sayangkan Atok. Kenapa perlu Atok pisahkan Nais dengan Atok. Malangnya itu semua monolog dalaman saya. Saya lari dari rumah. Saya sedih dengan Atok. Saya lari ke tepi sungai tempat saya dan ibu selalu bersama dulu. Di tepi sungai itu, saya luahkan segala galanya..

"saya rindu ibuuuu!!"

Penyelesaian,
Atok datang maghrib tadi, Atok tahu tempat kesukaan saya. Atok cuba memujuk saya pulang. Namun saya bertegas untuk kekal di mana saya berada. Nais bencikan Atok! Atok tak sayang Nais! Sunyi sebentar. Lalu Atok usap kepala Nais. Atok cakap,

"esok Hari Raya Korban. Atok pun kena buat pengorbanan. Atok sayang Nais. Ikutlah cakap Atok Nais. Nais nak masuk syurga kan?"

Saya mengalirkan air mata lagi. Dan demi kasih dan sayang saya kepada Atok yang sangat dalam. Saya turutkan kata Atok... Sekarang, sayup sayup kedengaran orang bertakbir daripada surau. Orang baru lepas sembahyang raya. Saya tahu saya terpaksa berpisah dengan Atok. OmaiGod, rasa macam ada rama rama dalam perut. Takut, tapi saya nak masuk syurga. Selamat tinggal Atok, Nais sayang ibu, Nais sayang Atok juga! Nais nak duduk dengan Atok! Nais sayang Atok sangat!

Penutup.
Saya tamatkan kisah saya disini. Saya nak pembaca sebarkan cerita saya sebagai pedoman. Sayangi lah orang yang menjaga kita. Saya masuk syurga :) Oh, sebelum saya lupa, tajuk cerita saya adalah "Saya Seekor Lembu".


Sunday

SMS free.

Ako nak tanya something dengan korang. Jawab dengan jujur. Soalan ini penting untuk menentukan hala tuju masa depan kita warga blogger semua.

Pernah tak korang dapat mesej, dan kemudian korang nak balas mesej, dan seterusnya korang tak ada kredit nak mesej, dan korang tak boleh nak pinjam fon sapa sapa pun nak balas mesej tersebut. Dan seterusnya korang akan selit fon tersebut celah kusyen dan pergi makan nasi untuk melupakan insiden tersebut?

Ako nak cerita sesuatu. Ako harap korang bagi perhatian kerana cerita ako ini bakal mengubah masa depan kita semua.

Pada suatu hari yang agak best, ada satu mesej masuk dalamkotak fon gua. Mesejnya ringkas dan padat, tetapi penuh maksud tersirat.

" nak pergi kuantan tak join BBQ dengan budak budak?"

lepas tu ako reply,

" malas, tak ramai pun. Nak pergi dengan kereta pun gua resah. Baru dapat tahu semalam kereta gua adalah sebuah Deception."

send....
send....
sending failed!

celaka. Kredit kosong. Rasa malam semalam baru topup 5 ringgit. Macam mana boleh hilang tiba tiba. Tak kan kredit kena tolak sebab ako taip ON CINTA kot. Send pun dekat awek sendiri. Tiba tiba ada sebiji mentol menyala atas kepala. Dan yes, dapat send mesej tadi.

So nak tahu macam mana ako send mesej dengan kredit kosong? Kita guna internet! ya. Internet.Tak kan tak ada? Orang asli galas pun dapat wifi. Meh sini ako ajar.

Mula mula, baca bismillah. dan masuk ke website nie. http://www.mostsms.com.

daftar dia sangat sangat senang. Anda boleh simpan contact semua dalam nie. Simple dan mudah. Tapi dia ada limit 35 sms sahaja sehari. So guna utk waktu kecemasan ok lah...Jadi, gunakan lah ia untuk mengubah masa depan anda. Berjimat cermat lah dalam menggunakan sistem pesanan ringkas. Bak kata pepatah, pesanan dihantar mesej tak sampai, pesanan tak reply penampar sampai. Renung renungkan lah dan selamat beramal.

Wednesday

Misteri Hantu Tetikus.

Sebenarnya gua nak cerita satu misteri seram yang berlaku pada diri gua tadi. Malam tadi, gua tak tahu magik apa mak gua pakai, tiba tiba semua orang masuk tido awal. Termasuk la mak gua sendiri. Tetapi gua selamat. Mungkin sebab gua tak makan ikan goreng yang mak gua masak special sempena deepavali tu kot. Lepas saja selesai tengok tv cerita bab bab haiwan mengawan, gua duduk depan laptop.

Dalam posisi bersila, gua pandang laptop atas meja. Tarik nafas panjang panjang dalam 3 meter lepas tu baru sentuh tetikus. Benda pertama sekali dalam kepala ialah gua nak log in facebook. Mana tahu kot kot dapat dua juta. Tapi dalam miliseken momen antara nak klik button log in itu, tiba tiba gua rasa ade benda lintas dekat belakang. Cepat cepat gua pusing belakang tengok kira kanan. Sumpah gua dapat rasa ade benda lintas belakang. Gua engsot rapat ke dinding sambil tarik meja. Lepas nie kalau dia lintas lagi biar tersepit antara tulang belakang gua yang padu dan dinding yang ayah gua cat kaler pink. Masa tu ada rasa seram sikit sikit sebab dengar cerita makcik belakang rumah ada jumpa lembaga pakai baju Liverpool belakang rumah. Ok bulu roma gua dah naik. Gua teruskan niat log in facebook.

Lepas tu gua buka blog. Blog nie lah. Blog separa seram nie. Gua nampak je brutal tapi dalam hati merah jambu. Takut juga bab bab makhluk halus nie. Tapi kalau setakat tengok cerita Chucky tu gua tak takot. Gua ade jugak member nama Chuck, dia lagi seram. Setakat pontianak muka Beyonce tuh, beliau ngorat dalam chat facebook je. Ok kembali ke cerita asal. Then gua ternampak dekat shoutmix gua yang sebelah kanan nie, ada tulis

"gadisSETAN : ada fb?join kakiBLOGGER.klik> link"

Gua ragu ragu nak klik walaupun gua seorang blogger dan ada fesbuk. Masa tu ada urat timbul dekat tepi dahi bagi menandakan yang gua tengah memikirkan sesuatu yang berat. Nak klik ke tak nak.

Gua ambil keputusan drumstik untuk delete komen shoutmix tersebut. Entah dari mana datang tiba tiba tetikus gua berasap jingga. Gila baby punya gua terkejut sampai gua terswitch on tv guna remote. Sekali lagi gua terperanjat lalu terswitch off tv balik. Ada satu lembaga sebesar tapak tangan gua tengah baring mengiring atas tetikus gua. Bapak huduh makhluk tersebut. Pipinya kembung, matanya tiga dan telinga tak ada. Rambut pula ala ala saloma. Kecik tapi huduh. Sumpah gua rasa macam nak lempang. Rasa macam tengok AkimAF7 jilat Connetto. Tiba tiba lagi sekali makhluk tersebut ketawa terbahak bahak.

"wakaka..waka waka ekeh!"

Gua cuba tolak beliau daripada tetikus, tetapi dalam sepantas kilat beliau peluk tetikus gua ketat ketat sambil sengih tunjuk gigi tajam beliau. Gua panas hati. Sekali lagi urat dekat tepi dahi timbul. Gua fikir apa nak buat. Nasib baik taraf pendidikan gua agak tinggi berbanding dengan makhluk tersebut. Dengan menggunakan kepintaran dalam kepala, gua cabut kabel tetikus lalu gua lindung touchpad laptop gua dengan tangan. Kali ini gua pula ketawa tak ingat dunia.

Terus gua kepit kepala makhluk tu antara ibu jari dengan jari telunjuk gua.

"blogger mana hantar lu?!"

"rrr..rrrraihah." makhluk tu macam cuak dengan otot perut ako.

"senget?"

Makhluk tersebut angguk. Lalu gua kepak kaki beliau dan campak ke dalam tong sampah busuk belakang dapur. Sayup-sayup kedengaran suara makhluk itu mengucap dua kalimah syahadah agama bukit dari dalam tong sampah itu.

"Tiada tuhan lain yang disembah melainkan bukit dan sikit sikit lama lama jadi bukit..."

Gua menggeleng kepala sambil beristighfar panjang. Gua lepas tu tak tunggu lama terus siasat siapa hantar makhluk busuk tuh dan link apa yang beliau hantar.

Kalau korang blogger tegar, tak suka tido, memang korang wajib pergi link nie. Sumpah nanti korang terkejut.

kalau korang nak link tu, klik sini. Dekat dalam ini, penuh dengan blogger blogger senget ada,Shukri hensem ada, kadang kadang ada dara96 dan kalau lapar belacan pun ada. Gua malas cakap banyak. Kalau korang berani korang masuk la, klik