Saturday

wahai kerengga kasihani lah beliau. rawwrr

Gambar nie aku lukis untuk pujuk dia yang masa tu merajuk sebab aku sibuk dengan kawan kawan. Aku cakap dekat dia, sesibuk sibuk aku, aku tetap akan ada disisi dia, melindungi dia daripada setiap raksasa atau orang gila. Sweet talkers sikit sikit macam aku tak apa,
tak berdosa,

tapi tadi, waktu tengah cakap telefon, entah macam mana dia boleh kena gigit dengan kerengga. Sayang punya pasal, aku doa yang supaya kerengga tu gigit baju je. Dia kurus kot, kalau kerengga gigit isi nak tinggal apa. haha

Sunday

Nostalgia Milo Percuma

Semalam aku berjaya buat milo paling sedap dalam dunia. haha bangga sungguh. Rasa dia sama macam milo percuma yang pakcik van selalu hantar dekat sekolah dulu.

ingat lagi tak van milo warna hijau tu? Selalu kalau ada event dekat sekolah je mesti dia sampai. Masa aku sekolah rendah dulu, van ni memang sentiasa dinanti nantikan. Terutama sekali bila Hari Sukan.


Dulu, siapa yang boleh beratur tiga kali tak kantoi memang taiko sangat lah. Kan? Tapi aku ada memori lain dengan milo ni. Pasal seorang kawan yang sejak hari itu aku kenal rasa bersyukur. Aku dulu sekolah rendah dekat pedalaman sikit, ikut ibu, dia cikgu kat situ.

Dulu, kalau tak silap aku masa tu aku darjah tiga. Hari Sukan, aku dan member member aku semua dah port dekat sisi kanan kantin tempat van milo selalu parking tiap tiap tahun. Masing masing dalam kepala dah ada target nak capai berapa gelas milo. Bukan sangap nak minum sangat pun, cuma seronok, budak budak kan. Dan van milo pun sampai, budak budak dah ramai beratur. Aku pun beratur lah sekali. Lepas dapat satu gelas, aku pergi letak atas meja, tak minum lagi, minta member tolong jaga. Kami semua adalah dalam lima orang. Sampai lah ada sorang kantoi, dan kami pun berhentilah sebab takut.

Dalam banyak banyak tu, member aku sorang dapat lapan gelas, aku dapat enam dan yang lain dapat dalam empat dan lima je. Kami ada yang minum dalam dua gelas je dan yang lain tu buang dalam tong sampah. Kadang kadang tinggalkan je atas meja kantin. Tapi member aku yang dapat lapan gelas tadi lain. Dia tak buang dan tak minum. Tapi dia ambil botol air kosong dia, buang air dalam tu, kemudian isi dengan lapan gelas air milo tadi. Dia selesaikan hingga habis semua milo dituang ke dalam botol. Adalah dalam separuh botol tu je penuh. Cawannya pun tak besar mana. Nampak dia tersenyum puas sambil mengangkat botol tersebut.

Korang tahu tak apa dia nak buat dengan milo tu? Dia nak bawa balik rumah. Nak bagi adik adik dia rasa. Dia nak adik adik dia rasa milo yang dia rasa dekat sekolah. Dekat rumah tak ada milo. Dia anak yatim, tinggal dengan ibunya dengan dua adik dalam keadaan yang sangat susah. Sebab tu lah dia dapat bantuan RMT. Tapi tahu tak? makanan RMT yang dia dapat, selalu sangat dia kongsi dengan kawan kawan. Kalau tak makan dia simpan bawa balik rumah. Dan minum milo adalah satu nikmat yang sekali sekali sahaja dia dapat. Miskin, tapi dia selalu berkongsi dan dia sangat pandai. Buku latihan sekolah beliau bercampur. Satu buku untuk dua mata pelajaran. Dan akhirnya dia pindah sekolah sebab mak dia dapat kerja dekat mana entah. Korang tahu tak dia dekat mana sekarang?

dia belajar dekat Australia dengan bantuan biasiswa. Semalam aku tergerak nak tegur dia dekat skype. Aku cerita pasal semua kenangan nie dan sebelum aku log out aku tanya dia, dekat Australia ada van Milo tak?

dia jawab

"van Milo tak ada. Tapi awek nama Milo cun punya ada. Aku memang ada cita cita nak isi dia dalam botol dan nak tunjuk dekat adik adik aku. Tengoklah nanti macam mana. hahaha"

Thursday

Kisah Si Kurus dan Raksasa Nasik.

Pada suatu masa dahulu. Ada seorang budak lelaki bernama Zoul. Dia seorang yang kurus dan mempunyai tabiat yang buruk. Dia selalu makan mesti tak habis.

Ibunya selalu merungut. Memarahi Zoul yang suka makan tidak habis. Nasi dibiarkan separuh tidak dimakan di dalam pinggan. Ibu cakap kalau tak makan nanti nasi tu menangis. Zoul terdiam. Tiba tiba dia cubit nasi tu.

"Kau nangis lagi, yahh! yah! ambik nie! ngade! sikit sikit nak nangis! yahhh!"

sikit pun tak ada belas kasihan. Ibu hanya mampu menggeleng gelengkan kepala. Lalu, nasi tadi Zoul campakkan kedalam plastik sampah.

Malam itu, sewaktu hendak masuk tidur. Zoul pejamkan mata sambil dengar lagu indie dalam Ipod. Mulutnya mendendangkan sebuah lagu indie daripada kumpulan Hujang yang berasal daripada Terengganu. Terkumat kamit bibir Zoul mengikut lirik lagu indie tersebut.

"Pagi hok kelam, kini sudoh ceghoh,
Aku adik mung,
Dan mung itu abang
Ku amat merindu ke mung"

dan tanpa disedari, sebenarnya lagu tersebut adalah sebuah lagu bahasa sanskrit yang memuja Raksasa Nasik. Dalam kesunyian malam, beg plastik sampah di dapur rumah bergerak gerak.............

pintu bilik Zoul dibuka. Zoul tak sedar, ada makhluk besar dan hodoh berada dihadapan pintu biliknya. Tiba tiba Zoul terbau kari yang dimakannya petang tadi, Dan terkejut besar, bila melihat Raksasa Nasik! Badannya berbentuk nasi putih dan sebesar pintu bilik, matanya merah seperti sos cili, dan giginya tajam seperti tulang ikan. Juga diatas badannya ada sisa sisa kari petang tadi.

"aku nak makan kau Zaol! kau tidak menghargai aku sebagai rezeki mu, kau bazirkan aku Zaol!" jerkah Raksasa Nasik.

pappp!

Zoul ketuk kepala raksasa tersebut dengan Ipodnya.

"Z.O.U.L- Zoul la! bukan Zaol! gampang!" pekik Zoul.

"aku tak peduli! rawwwrrrrr!" Raksasa Nasik membuka mulut.

Zoul dalam keadaan takut dan menggigil menjawab. "Ampunkan aku. Ampunkan aku nasik."

dan tanpa memberi sebarang signal, Raksasa Nasik itu menggenggam Zoul yang kurus. dan cuba menelan beliau. Kakinya dimasukkan dahulu ke dalam mulut dan

ngappppp!

Raksasa tersebut menelan Zoul daripada paras pinggang ke bawah. Kini Zoul terkapai kapai lemah meminta tolong.

"makan lah aku sampai habis bangang. Sakit!" rintih Zoul

Raksasa Nasik hanya ketawa dan membawa Zoul ke dapur untuk dibuang ke dalam plastik sampah. tapi tiba tiba, ibu ada di dapur. Ibu mengambil nasi di dalam plastik sampah, digaulkan dengan tuna dan diberi kepada kucingnya yang kelaparan. Sambil usap kepala kucing ibu cakap,

"kita nie tak boleh membazir. Membazir tu amalan syaitonnirajim. Makan lah. Makan semua.Anak anak ibu bukannya nak makan pun." kata Ibu yang masih belum menyedari kehadiran Raksasa Nasik di dapur. Raksasa Nasik menangis dan mengalirkan air mata apabila mendengar kata kata ibu. Raksasa Nasik memegang lembut bahu ibu kerana tidak mahu mengejutkan ibu. Ibu menoleh ke belakang dan

ngapppp!

ibu pun di telan Raksasa Nasik. Lepas tu Raksasa Nasik mengulang ayat ibu.

""kita nie tak boleh membazir. Membazir tu amalan syaitonnirajim. Makan lah. Makan semua."


Friday

Jangan nak freemason sangatlah.

Pakcik Karem turun ke dapur untuk mengisi perutnya pagi itu. Hidungnya dah dapat tangkap bau nescafe kaw. Dalam miliseken momen antara punggung Pakcik Karem sentuh kerusi, nescafe panas yang isteri beliau buat sudah pun diletakkan di atas meja.

"pukul 11 setengah baru awak nak bangun?"
tanya Makcik Kiyah.

Pakcik Karem buat poker face. Dia hirup nescafe panas. Tarik nafas dan lepas.

"hmm...saya tidur lewat semalam. tengok video The Arrival yang anak kita download tu. hmmm..."

Makcik Kiyah hanya mendiamkan diri dan duduk di hadapan suaminya. Tiba tiba kelihatan anak lelaki mereka, Asrul yang baru turun dari tangga.

"Good morning Abah!" kata Asrul sambil tersenyum.

"Good morning kepala paip kau. Dah tengahari buta baru nak bangun." kata Pakcik Karem dengan misainya yang bergerak gerak.

"Anak awak tu nak perli awak Pak Karem oiii..dia dah bangun awal siap tolong saya sidai kain lagi. Awak tu yang bangun lewat"

sekali lagi mimik muka poker face digunakan oleh Pakcik Karem. Pakcik Karem teguk nescafenya separuh cawan. Sambil lurut misai, Pakcik Karem berkata kepada anaknya yang duduk di tangga.

"Abah dah tengok video yang kau download tu Asrul. Tak sangka betul. Macam macam cara yahudi ni nak hancurkan Islam. Siap ada konspirasi lagi. Baru abah tahu pasal freemason"

"Jangan nak freemason sangatlah abah. Saya tak berapa nak percaya sebenarnya abah. Nama pun TEORI. Orang yang buat video tu sendiri pun mengaku ada salah fakta dan dah tutup pun blog beliau. Kita orang melayu nie memang percaya semua" jawab Asrul.

"kau tak tahu ke KLCC tu lambang freemason?" tanya Pakcik Karem.

"KLCC tu, kalau tak freemason pun memang tak elok abah. Kosong tak ada fungsi, membazir duit rakyat. Budak budak perempuan sekarang pun dah tersisih adat. Dorang pilih KLCC dowh..sedih Asrul dowh..." jawab Asrul.

"itulah kau. Lady Gaga yang famos amos tu pun duta Freemason, kau tak tahu ke?" Pakcik Karem tak nak mengalah.

"Entah lah abah. Lady Gaga tu, kalau tak freemason pun memang kita tak patut tengok. Pakaian seksi, video klip pula tak senonoh. Freemason ke tak, memang benda tu dah salah Abah..." jawab Asrul lagi.

"saya nie bukan tak percaya, tapi kita ni nak percayakan sesuatu perlu ada bukti Abah. Islam itu tertegak dengan hujah dan dalil. Saya tak faham kenapa kita perlu panik. Dajjal tu nanti memang pasti akan keluar. Islam pasti akan menang. Tapi sebaliknya, masyarakat jadi takut dengan Yahudi." sambung Asrul lagi.

"Habis tu kalau kau tak percaya kenapa download? ke awak yang download Kiyah?" tanya Pakcik Karem kepada isterinya.

"ish awak nie. Wakdehel saya nak download benda tu. Saya nie tenet tenet tu pun tak tahu apa" tegas Makcik Kiyah

"Saya download nak kaji teori tu abah.Bukan tak percaya, cuma nak berhati hati bila mempercayai. Bosan lah pergi usrah orang sembang pasal freemason. Pergi surau orang sembang pasal freemason. Pergi masjid orang sembang pasal freemason. Jemu saya dengar" rungut Asrul.

"senang senang kau pergi je clubbing. Tak ada orang nak sibuk sibuk pasal freemason dah" jawab Makcik Kiyah selamba.

Asrul tersedak nescafe. Pakcik Karem hanya mampu garu kepalanya yang tak gatal. Pakcik Karem memang percaya bulat bulat teori tersebut. Manakala Asrul pula bijak sedikit, dan mengkaji teori tersebut tanpa terlalu mempercayai semuanya. Makcik Kiyah pula percaya clubbing itu best.

"hah abang, makan lah nasik lemak bawah tu. Anak awak beli dekat pasar PAGI tadi." kata Makcik Kiyah dengan menekankan perkataan 'pagi' untuk menyindir suaminya.

Makcik Kiyah bangun nak basuh pinggan.
Pakcik Karem angkat tudung saji. Ditariknya bungkusan nasi lemak. Terbeliak biji mata Pakcik Karem.

"hah! ini dakyah freemason lah nie. Bentuk piramid. Dalam video tu cakap piramid nie simbol freemason!" kata Pakcik Karem dengan wajah bengis.

Paaapppp!

Makcik Kiyah tepuk nasi lemak tu sampai penyek. Dah jadi leper.

"hah..sekarang dah tak freemason sangat dah..makan la bang"

Makcik Kiyah sambung basuh pinggan sambil menyanyi lagu dangdut.