Saturday

Kisah kutu tak berapa lengkap yang kuat merokok.


Yazid merupakan seorang kutu yang tak berapa lengkap. Seorang kutu yang lengkap biasanya mempunyai sebuah bilik bujang dengan tv 14 inci beraerial panjang dan sebuah tilam lusuh berwarna merah. Tetapi Yazid tidak mempunyai semua itu di dalam biliknya. Di dalam bilik bujang seorang kutu yang tidak lengkap bernama Yazid, beliau hanya memiliki seketul bantal merah buruk berbentuk hati, sebentang toto koyak berwarna hijau, sekotak rokok separuh penuh di atas sebuah meja reput di penjuru bilik, dan sebuah laptop jenama Acer. Beliau mungkin seorang kutu tapi beliau ada kelas.

Pada suatu malam dalam tahun dua ribu sebelas, Yazid seorang kutu tak berapa lengkap yang jelas tidak bekerja sedang menghabiskan masa melayari fesbuk dengan bantuan wifi percuma daripada kedai mamak berdekatan. Asap rokok berkepul kepul keluar daripada tingkap. Daripada luar tingkap boleh nampak seorang lelaki berambut perang suram sedang menghadap laptop di atas meja dengan rokok surya di mulut.

Tiba tiba laci meja reput beliau terbuka sendiri. Yazid terlentang ke belakang. Rokok surya masih utuh melekat dibibir beliau. Kecelakaan itu dikejutkan lagi dengan kemunculan misteri seorang budak lelaki berambut pendek dengan baju perak ketat yang keluar daripada laci meja Yazid, seorang kutu tak berapa lengkap.

"assalammualaikum abah!" budak lelaki tersebut menyapa.

"waalaikummussalam. Gua single lagi, so automatik gua bukan abah lu. Lu silap laci ni budak botak" balas Yazid, seorang kutu tak berapa lengkap.

"tak abah, saya tak silap. saya memang anak abah. Saya datang daripada masa depan"

Yazid kaget 15 saat. Pada saat ke 16 tangannya sudah pun menyalakan batang rokok baru di mulut. Dahinya berkerut, ada urat berwarna hijau timbul di sisi kiri matanya. Itu tanda otaknya sedang digunakan sepadu mungkin.

"lu anak gua dan lu datang daripada masa depan?"

budak lelaki itu hanya mengangguk. Yazid menyambung lagi.

"gua tengok lu macam hensem, jadi mungkin lu memang anak gua. Apa lu buat kat sini?

"saya datang nak bagi pesanan dekat abah. Tolong jangan hisap rokok dah. Sebenarnya baru semalam abah meninggal sebab kanser paru paru. Bila dibuat post mortem, paru paru abah berasap. Dasyat kan?"

Yazid jatuh terduduk di lantai. Tangannya ditekup ke muka. Dalam suasana sedih itu, Yazid bertanya,

"Ada berapa saf waktu sembahyang jenazah gua?"

"dua, itu pun separuh penuh." jawab budak lelaki itu.

" celaka, gua target lima. " keluh Yazid.

Yazid menghembuskan asap rokoknya ke luar tingkap. Serentak dengan itu, puntung rokoknya juga dibuang. Budak lelaki itu tersenyum.

"nampaknya abah sudah sedar. saya perlu pulang dulu abah. Time travel sekarang mahal. Kerajaan korup naikkan harga. Dua ribu sekali travel, itu pun dua puluh minit sahaja. Nasib baik duit PTPTN saya ada lagi " kata budak lelaki tersebut.

"baiklah, kirim salam dekat mak lu. Cakap abah muda kirim salam."

Budak lelaki itu datang salam tangan Yazid, cium. Lalu beliau kembali masuk ke dalam laci meja dan hilang.

kipas ligat berputar di syiling bilik. Yazid masih lagi bersila di lantai memikirkan tentang kedatangan anak lelakinya daripada masa depan. Air mata Yazid bergenang. Lalu perlahan lahan air itu mengalir di pipi cengkung beliau. Yazid merintih.

"kenapa ada dua saf je orang sembahyang jenazah gua. Hina sangat ke kutu macam gua nie.."

sebatang lagi rokok dinyalakan. Asap dihembus ke luar tingkap. Yazid tepuk dahi.

"celaka, gua lupa tanya siapa bini gua"

22 comments:

Amiey White said...

Kesimpulan bukan senang seorang perokok nak b'henti walaupun tahu dia akan mati sebab penyakit itu .

terbaik lah zoul~!
saya istihar awak pemenang hahaha

Budak Giler Cadbury said...

sumpah best citer ko :)

zOuL_iMMe said...

amiey salah. Kesimpulannya, kalau nak saf time sembahyang jenazah banyak, sila jangan jadi kutu. haha

betul la tu amiey..:)

zOuL_iMMe said...

nian,
thank you...:)

mizz ainie said...

the best la zoul...
tergelak sendiri ble aku baca..
sampai skrg ak still tergelak lagi...
muahaha :D

zOuL_iMMe said...

mizz ainie,
haha..thanks sebab baca n komen... join zine kakiblogger jom?

+d.O.Y.A.h+ said...

hahha. paling best ayt last :P

zOuL_iMMe said...

tu lah...tak nak tahu ke siapa menantu mak?haha

Dark Half said...

sentuhan yang sungguh beracun!
terkesima gua membacanya

gua rasa kalau kutu tu tau sape bini dan mak mertua dia, jam tu jugak dia mati kena heart attack

lavender harum wangi said...

sape nian? nian ke nina? AHAHAHAHAHAHA.. cegampang, ni mesti lepas tgk doremon.. HAHAHAHAHA lagi sekali. :D

Amanina said...

bini dia sizuka

zOuL_iMMe said...

dark half,
ko la cabar suruh aku tulis dulu..haha

sebenarnya dia tak ada bini, anak di disenyawakan dalam tabung uji.

zOuL_iMMe said...

lavender,
itu aku perli nina laa...haha

semalam ah tgk doraemon..haha

zOuL_iMMe said...

amanina,
salah..haha dia tak ada bini. Anak beliau itu adalah sperm yang disenyawakan dalam tabung uji. haha gila betul aku punya imaginasi.

Pena Marhaen said...

start semalam aku pun dah mula belajar berhenti merokok...baru aku sedar belajar merokok lebih senang dari berhenti merokok..huhuhu.

-izzah_nupps- said...

hahaha :D terbaek arr hencik zombie! :P

Mr. TN_SkY said...

ahahaha..terbaek la entri ni..dlm ganas2 ada mesej..

아가씨 Dina Dior said...
This comment has been removed by the author.
아가씨 Dina Dior said...

hahaha..aku suka baca entry mcm nie..nice :) *follow u*

hilmi said...

Tn sky, mekasih baca dan komen..hehe

dina dior,
yeke..thanks baca...i'll follow u back..insyaAllah

Along Usop said...

insaf 3sesaat due je.. bak kate sape tah.. heheh..

Anonymous said...

Ready Dedicated servers - [url=http://feed1.info/link/0]Cheap servers[/url]