Friday

Cermin

Pagi tersebut selepas dia (perempuan) habiskan sarapan telur separuh masak dua biji dengan dua keping roti bersama secawan kopi, dia ambil keputusan untuk memandu laju ke sebuah kedai di hujung bandar.

sampai di kedai, tanpa melihat cermin sisi, cermin pandang belakang mahupun cermin di simpang jalan, dia membelok. Membabi buta mengikut hati. Tuah sentiasa menyebelahinya, 8 tahun competent tak pernah accident.

sampai di kedai, dia menuju dan kaunter dan menegur pemilik kedai tersebut. Membahasakan diri sebagai saya, dia (perempuan) menanyakan tuan kedai tersebut (lelaki) tentang kewujudan sebuah cermin antik berbingkai kayu (tiada jantina) yang dikatakan dijual disitu. Tuan kedai itu tersenyum. Setelah menunggu selama 5 minit, dia (perempuan) akhirnya melihat cermin antik berbingkai kayu itu diatas kaunter. Balut, itu kehendaknya. Cermin dimasukkan kedalam kereta, sekali lagi tanpa melihat cermin sisi, cermin pandang belakang mahupun cermin di simpang jalan, dia membelok. Tak tahu kenapa dia tidak pernah kecundang, bagi memenuhi tuntutan cerita mungkin.

Sampai di rumah, cermin antik berbingkai kayu itu digantung disudut tersembunyi biliknya. Dia tersenyum puas. Dia tahu cermin itu bukan cermin biasa. Dia pergi ke sudut bilik dimana tingkap empat segi dengan langsir putih berada, dia mengalunkan mantera tanpa melihat cermin antik berbingkai kayu.

Datang angin meliar pada ku,
Bawa cebis tilik magismu,
Datang cermin khabarkan daku,
Siapa gadis tercantik bagimu.

dan seperti yang diharapkan, cermin tersebut bersuara menyebut namanya. Malahan hari hari dengan soalan yang sama, jawapan serupa diberikan. Dia paling cantik, dia paing anggun, dia paling jelita. Tapi, tidak pernah sekali pun dia melihat cermin itu, hanya terbiar di sudut tersembunyi bilik,untuk ditegur tanpa dipandang. Sehinggalah suatu hari, diluar kelam, lebat hujan dengan petir sabung menyabung, suasana klise untuk sesuatu yang hebat berlaku. Benar dan pada hari itu, jawapan cermin tidak serupa dengan hari hari yang sebelumnya. Bukan dia (perempuan) itu yang paling cantik.

Dia (perempuan) mengamuk. Ditariknya cadar katil, dicariknya bantal kekabu, dan diherdiknya cermin itu. Sebagai seorang manusia yang punya simpati dan belas kasihan, dia berikan satu lagi peluang kepada cermin itu. Cermin (tiada jantina) ada satu peluang untuk membetulkan kesilapannya.

Cermin itu membantah. Katanya dia (perempuan) tidak ada hak untuk memberikan peluang kepada sesiapa pun. Dia perempuan angkuh, mana mungkin manusia angkuh yang riak dengan rupa paras sendiri dan mengeji luaran manusia yang lain punyai hak untuk memberikan peluang. Sabda cermin, perempuan itu (dia) adalah manusia yang berada dalam kebodohan. Mengetahui kebenaran dan menidakkannya adalah satu kebodohan. Enggan mengakui kekurangan dan kelemahan diri juga adalah satu kebodohan. Dan sekarang cermin antik berbingkai kayu (tiada jantina) tersebut memberikan satu lagi peluang kepada dia (perempuan). Pandang cermin itu dan lihat lah wajah, diri dan siapa dia (perempuan) yang sebenarnya.

Perempuan itu, dengan angkuh ketawa dan enggan melihat cermin. Katanya maruahnya terlalu tinggi untuk mengikut arahan satu objek pegun yang tergantung di dinding. Antara saat saat ketawa perempuan itu dengan perkataan terakhir yang keluar daripada bibirnya, dia tersedut masuk ke dalam cermin. Disambar vakum yang memerangkap dia selamanya dalam dimensi cermin.

Hari kembali cerah. Hujan berhenti dan tiada lagi petir sabung menyabung. Tuan kedai (lelaki) tadi datang dan mengambil cermin antik berbingkai kayu itu kembali untuk diletakkan di kedai kemudian menunggu mana mana lagi dia (perempuan) atau dia (lelaki) yang tidak punya refleksi diri untuk datang membeli. Untuk mereka mereka yang tidak mengetahui bahawa setiap perkataan perkataan yang keluar daripada mulut adalah satu pakej bersama cermin.

10 comments:

nur said...

kalu rate smpai lima, bagi lima jer tros.
hehe.

nice story~ :)

zoul zombie said...

terima kasih Nur. :)

wanie said...

aku rasa aku dapat maksud tersirat cerita ni *senyum senget sikit*

hehe..

zoul zombie said...

keh keh keh. bijak bijak.

ApizMabux said...

zoul kau boleh jadi penulis skrip dah

zoul zombie said...

Belum power lagi nie. Kang jadi filem dua alam. haha

hakeem kira said...

hebat bahasa ni . aku tgh cari maksud tersirat .
okbai

zoul zombie said...

Hahaha. semoga berjaya.

Dark Half said...

metaphor yg tak serabutkan sangat otak aku yg lampi utk paham...cewahhhh utk zoul!

zoul zombie said...

hehe. gua memang mengharapkan lu untuk faham entri entri macam ini.