Friday

Siapa sambut April Fool, dia bangang. Solid punya bangang. sekian.


dalam renyai renyai hujan, gadis itu laungkan pada pemuda yang sedang menunggu di atas motor berkuasa tinggi berwarna hitam.

"kita terpaksa berpisah. Aku tahu mungkin alasan yang akan aku berikan ini terlalu susah untuk kau terima, tapi percayalah aku tidak menipu. Aku adalah sejenis hidupan laut yang dijelmakan dalam bentuk manusia untuk menjadi teman hidup kau buat sementara dan seterusnya misi aku adalah untuk menghancurkan hati hati manusia seperti kau. Ya, seperti kau. Aku bukan manusia. Jadi kita harus berpisah."

"kau apa?" tanya pemuda tersebut untuk meminta kepastian. Dia terlalu terkejut mendengar penjelasan gadis tadi.

"aku adalah sotong jadian. Kau dan aku, tak akan mungkin bersatu. Aku dicipta untuk mengecewakan. Tinggalkan aku atau kau, kau akan lebih sengsara! kau terlalu baik untuk aaa.."

tanpa sempat gadis tersebut menghabiskan ayat ayat terakhirnya, pemuda tadi memecut motor hitam berkuasa tinggi dan melanggarnya. Gadis tadi rebah, ada darah mengalir di tepi bibir.

"maaf, aku alergik sotong." ucap pemuda tersebut sebelum berlalu pergi meninggalkan gadis tadi terbaring di sisi jalan.

Selepas beberapa minit, ada seorang wanita separuh usia melalui tempat tersebut. Tersentak melihat seorang gadis muda terbaring di tepi jalan, dia berlari dengan niat untuk membantu. Dia terlihat satu kertas kecil dalam genggaman gadis tadi. Di kertas itu tertulis

"27 cara untuk kejutkan boifren anda sempena April Fool"

Wanita separuh usia tadi tersenyum. Meletakkan kembali kertas tadi di tangan gadis. Lalu berkata,

"Ooo, April Fool. Goodluck ye adik, mesti boifren adik terkejut gila babi tengok makwe dia cedera parah macam nie. Nice make up"

Wanita separuh usia berjalan pergi. Gadis tersebut masih lagi terbaring di sisi jalan. Dalam renyai hujan.

38 comments:

~Anis Aisyah~ said...

bala je pompuan tu dpat.. -.-"

hakeem kira said...

haha nice

zoul zombie said...

lajunye korang komen. -.-'

zoul zombie said...

peminat rebecca black datang komen! omegod omegod!

hakeem kira said...

penampor nak zoul ?

zoul zombie said...

HAHAHA.. janganlah garang. its friday dude. mana boleh garang. Boleh party je.. lepas jumaat sabtu dan lepas sabtu ahad! yeahhhh

meLLy! said...

karya zoul tak pernah mengecewakan :)

CIk Qaseh Adriane said...

sian....nak sgt kan april fool...huuu~~

zoul zombie said...

komen melly tidak pernah tidak pernah membuatkan hidung aku kembang dan kempis seiring dengan satu lagi anggota badan aku.

zoul zombie said...

pemuda dan gadis diatas berkongsi kebangangan yang sama. hehe thanks komen..

~Jaa~ said...
This comment has been removed by the author.
zoul zombie said...
This comment has been removed by the author.
Amiey White said...

SUMPAH !
bangang . ramai yang nak bodohkan diri dan bodohkan bulan yang pandai .

btw nice make up . haha

~Jaa~ said...

nape perlu ade ayat nih, "This post has been removed by the author." ?

x leh ke die syap2 je? haha

Amiey White said...

btw yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuu ZOUL UPDATE !!!

Faiz Tapit said...

kah3... semat cite ni

lavender harum wangi said...

lololololololololololololol~

The Sharkox said...

hahaha..bangang!

Muhamad Nidzam Amran said...

bala bala...
damn cool~

syaza kelyza said...

hahahaha . kelakar giler :D

zoul zombie said...

amiey,
bodohkan diri dan bodohkan bulan yang pandai itu adalah definisi bangang paling true. kah kah kah

zoul zombie said...

jaa,
sebab ada orang tu padam. dan dia kantoi dia padam. Hahaha

zoul zombie said...

amiey,
tahulah gua jarang update. -.-' blog vanillawhitechocolate bila lagi?

zoul zombie said...

faiz tapit
hahaha. Semat profile picture kau lagi.

lavender
aku kurang faham bahasa alien. -.-'

The Sharkox
dua dua pemuda dan gadis adalah bangang.

Muhamad Nidzam
memang bala siapa sambut April Fool.

Syaza,
hey..lama tak dengar cerita.

Rainbow said...

awat duk merapu sgt ni comey?... ahahahah... alahai sian sotong

zoul zombie said...

hahaha..mana ada mengarut. keh keh keh

Nur Areefah said...

kalau aku, makan terus awek tu sebab aku suka sotong! ;D

zoul zombie said...

hahaha..itu lagi sia sia. makwe tu ada penyakit sotong gila..

Payet Paprik said...

hahahaha stylo!

Blogmerah said...

hahaha!! serius..nk gelak je..k bye.....wakakaka

Amiey White said...

damn ! definisi bangang cisss...

erkkk..vanilawhitechocolate berehat dari dunia blog hahaha

Dark Half said...

april fool berganda-ganda! padan muka. keh3

Raji berkata said...

hak2 nice
serve her right =.=

intan.maisarah said...

comel laa

ada zombie berjalan di skrin ni

comel

Tasha said...

ahahahhaa....mati kojol la pompuan tu.

Azureen said...

kelakar wei :P

nur said...

Sotong jadian?

bapak chumel gilak lar.. haha! ;D

broken_nigina said...

april,with fool.