Wednesday

Zine Satu Malam

Zine itu berasal daripada perkataan fanzine yang diambil daripada singkatan perkataan magazine. Selalunya anda akan jumpa zine ini dalam bentuk buku kecil yang dijual dalam harga yang murah. Cara menyebut perkataan zine mengikut takrifan aku tanpa disokong mana mana pakar bahasa adalah zin.

Tapi Zine Satu Malam ini boleh dijumpai dalam dua bentuk, buat masa sekarang dalam bentuk digital sahaja. Bentuk solid belum ada masa untuk print. Ok sekarang nak tahu apa itu Zine Satu Malam?

Zine Satu Malam ini adalah sebuah zine yang dihasilkan dalam masa satu malam sahaja. Sebelum matahari terbit esok hari, zine ini akan terbit dahulu dengan izin. Karya karya yang terdapat dalam zine ini pula dihasilkan oleh orang orang biasa dan orang orang yang tak biasa seterusnya menjadikan zine ini luar biasa.

Apa motif zine nie? Zine ini buat untuk suka suka. Tak ada motif rasmi, tapi kalau perlu nampak mulia aku akan cakap zine ini dibuat untuk untuk galakkan anak anak muda menulis, berkarya dan bereksperimentasi dengan nilai kreatif dalam diri masing masing. Dan kalau perlu motif keuntungan aku akan cakap zine ini dibuat untuk dijual di event event tertentu seperti Pekan Frinjan.

seterusnya aku ingin menjemput semua yang membaca untuk memuat turun dua Zine Satu Malam yang telah diterbitkan. Edisi pertama bertajuk Bangang dan edisi kedua bertajuk Terima Kasih.




nak join kami? Sila sertai kami di fan page ZineSatuMalam.

“Jam-jam panjang yang dihabiskan untuk menulis, menggambar, melay-out, dan lain-lain. Adalah jam-jam yang tak digunakan untuk sekedar dihabiskan di depan layar televisi, dihabiskan untuk konsumerisme, atau untuk berbagai hal lainnya yang sering digunakan untuk membunuh waktu luang oleh sebagian besar masyarakat kita.” -Tad Hirsch

8 comments:

hiro said...

aummm..cayalah.

zoul zombie said...

oit, kau hidup lagi rupanya. haha

DuniakuAbstrak said...

macam menarik tertarik...nak join tapi kena tengok stok idea ada lagi tak ni..keh3

faizs said...

nice la bro.

dindingkosong said...

hehe...nak tunggu edisi 3...

zoul zombie said...

terima kasih dah ada banyak edisi dah. :)

Dark Half said...

zine culture yeah!
zaman kapitalis skrg susah nak jumpa org menyumbangkan sesuatu tanpa mengharapkan ganjaran berbentuk wang

zoul zombie said...

terima kasih, join la woi