Tuesday

Hati atas meja.

Ada dua hati atas meja. Hati Satu besar, berwarna merah gelap, dan kelihatan segar. Begitu juga dengan Hati Dua. Cuma bezanya ia lebih kecil.

Hati Satu, mendekati Hati Dua lalu secara perlahan berdegup seperti organ jantung. Hati Dua menurut jejak langkah Hati Satu. Kedua dua hati, berdegup gembira dalam irama alunan yang sama. Tiba tiba, Hati Tiga diletakkan di atas meja. Lebih besar, lebih merah dan lebih segar. Lebih menggoda dan menggiurkan. Hati Dua berhenti berdegup.

Hati Dua bergerak ke arah Hati Tiga lalu berdegup bersama dalam alunan yang sama tanpa mempedulikan Hati Satu. Hati Satu bertukar warna menjadi suram, mengecut dan tidak segar ; macam batu. Ketika Hati Dua dan Hati Tiga berzina bersama, Hati Satu bergerak perlahan ke tepi meja dan jatuh.

mesti berkecai.

mesti berderai.

mesti remuk.

tapi itu ketiga tiga sangkaan tadi meleset. Sebaliknya hati itu disambut oleh seorang gadis comel berkulit putih dengan rambut perang. Dengan lembut Hati Satu tadi dimasukkan ke dalam tas tangan Burberry berwarna coklat. Tanpa sedar, Hati Satu dengan Hati Suci yang berada dalam tubuh badan gadis comel itu juga beralun dengan irama yang sama. Tapi kali ini lebih indah padanannya. Lalu Hati Satu gadis comel tadi bawa pergi.

jauh jauh.

14 comments:

kawan said...

nais... ^.^

semoga Hati Satu dan Hati Suci bersama selamanya.

Tinggalkan je Hati Dua dan Tiga tu.huh!


-kawan-

zoul zombie said...

thanks kawan singgah dan komen.

:)

saya fatin athirah said...

sweet kot..;)

Siti Mashitah Saidin said...

owh....kecian hati 2....
*sedih tetiba...*
dammm...

eszol raar said...

zombie ada hati pulak?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

buleh tahan karat gak

syaza kelyza said...

sweetnyeee :D

Yellow LEOpard said...

untunglah ada yg menyambut kan. :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam bro,zoul zombie..

gua mau copy satu post lu..yang ga rasa baik ..tapi tak tau macam mana nak emal ko.. nak bagi tau gua mau copy..jika buleh

zoul zombie said...

thanks komen semua. gua ingatkan cerita macam ni tak ada yang faham. haha

zoul zombie said...
This comment has been removed by the author.
zoul zombie said...

apa kata lu add je gua dekat fesbuk.

zoul yazix

Sca Ndx said...

untung lah kalau diabaikan.
lalu dapat yang baik

zoul zombie said...

untunglah. gua cuba buat cerita gembira. sejak sejak kebelakangan ni, ending cerita gua mesti ada organism yang mati.