Wednesday

Hikayat Pinokiut #2

Pinokiut yang hidup bersama ibubapa kini semakin degil perangainya. Disuruh duduk dia berdiri disuruh baring dia berlari. Adapun suatu hari kenakalan Pinokiut membawanya jauh ke dalam hutan berdekatan sebuah kolam sakti milik dewa dewi. Tersadung kaki lalu jatuhlah Pinokiut anak lelaki sakti ke dalam kolam milik dewa dewi.

Si ayah datang dengan tangisan hiba, minta si anak dipulangkan semula oleh dewa. Setelah beberapa lama berduka lara, tiba tiba muncullah seorang dewi cantik dengan baju putih yang tertulis "saya seorang dewi, tak percaya? pergi mati"

Gembiralah si ayah lalu meminta si dewi memulangkan Pinokiut yang di sayangi. Si dewi tenggelam, cuba mencari anak lelaki si ayah yang dikasihani. Lalu timbul si dewi dengan seorang budak lelaki yang diperbuat daripada emas.

"inikah anak mu orang tua?" tanya si dewi.

"tidak dewi, anakku diperbuat daripada kayu, bukanlah daripada emas itu" rayu si ayah. Lalu si dewi tenggelam sekali lagi. Kemudiannya dewi timbul dengan seorang budak lelaki yang diperbuat daripada besi.

"inikah anak mu orang tua?" tanya si dewi.

"bukan dewi, anak ku diperbuat daripada kayu, bukanlah daripada besi itu" rayu si ayah. Maka tenggelam lah lagi si dewi. Dan kali ini dewi pulang bersama budak lelaki yang diperbuat daripada kayu yakni Pinokiut.

Terlalu gembiralah si ayah. Dipeluknya Pinokiut, diciumnya Pinokiut dan diusapnya Pinokiut. Menangis bahagia si ayah lantas cuba bersalam dengan si dewi sebagai tanda terima kasih. Malang seribu kali malang. Si ayah terjatuh ke dalam kolam.,

Petang itu, Pinokiut pulang dengan membawa pulang ayah yang diperbuat daripada emas.

18 comments:

eszol raar said...

pertamax!

serenity said...

keduax!

serenity said...

cilaka punya pinotakkiyut! anak x sadar diuntung. haha

zombie said...

Aku dah agak eszol first. =.='

zombie said...

hahaha. Pinotakkiut itu lah yang sedar mana nak cari untung. emas!

kembatolo™ said...

pinokiut tamak la ni? hahaha

lavender harum wangi said...

bijak pinokiut tu. mesti minum milo banyak ni.

PK said...

bijak, kau memang bijak pinokiut.

Si ayah kaku menjadi emas makan hati dengan pinokiut.

wanie said...

weeyyy ni combine cite pinocchio ngan hikayat pemotong kayu tu kan? yang kapak dia jatuh dalam kolam tu kan kan? haa kan betul. aku dah agak. hmmmmmm!

zombie said...

hehe. betul lah tu wanie. Actually benda ini untuk projek Dongeng.

Amirah Najihah said...

hahaha yang ni faham. kelakar pula.
tapi kesian ayah dia. woo2 T.T

Blueice Butterfly said...

~terbaik ar..hehe
anak yang sangat "baik"..=p

zombie said...

ira,
hahaha. Nasib baik yang ni faham.

zombie said...

Blueice,
hehe. baik dan menguntungkan. keh keh keh

k a k L a m p said...

alaaa.. cian ayah die.. cm ne leh jatuh plak...

zombie said...

jatuh sebab menggatal nak salam tangan dewi. haha

nub said...

pino, mintak ayah hang. aku sengkek...

zombie said...

hang pi la baling ayah hang dalam kolam.