Sunday

Karim manusia yang disumpah menjadi Monyet lalu bercita cita untuk dihantar NASA ke bulan.

Karim adalah seorang manusia biasa yang dilahirkan oleh ibu biasa di hospital biasa di Malaysia. Seperti biasa sebagai seorang manusia biasa beliau mendapat pendidikan di sekolah rendah biasa dan pergi ke sekolah menengah yang menempatkan orang orang luar biasa. Namun seperti biasa juga, dia keluar masih juga biasa biasa dan bekerja dengan seorang doktor tua yang luar biasa bernama Mahmud.

Gabungan Mahmud dan Karim membawa sesuatu yang sangat luar biasa di sekeliling mereka. Karim ni lurus pada mula mula. Mahmud ini pula bagus orangnya, cerdik tapi licik. Dengan kuasa magis yang berada dalam tangan, Mahmud sumpah Karim menjadi Monyet, berbulu, dipandang hina dan jijik oleh masyarakat. Karim sebagai seorang hamba Tuhan yang disumpah menjadi Monyet membawa diri bersama keluarga membentuk cita cita yang tak pernah difikirkan sesiapa.

Karim manusia yang disumpah menjadi Monyet lalu bercita cita untuk dihantar NASA ke bulan.

Cita cita seekor monyet berbulu seperti Karim mana mungkin diterima masyarakat sekeliling. Setelah dimomokkan berita palsu yang mengatakan monyet berbulu seperti Karim punya sakit berjangkit, maka hina lah Karim, keji benar lah keluarga Karim, begitu celaka lah cita cita Karim.

Karim umumkan pada dunia, yang suatu hari nanti kakinya bakal menjejak bulan walaupun dalam tubuh badan seorang monyet berbulu. Lalu gentar lah hati hati manusia manusia darah daging si tua Mahmud. Ketarlah kaki pendusta pendusta berita tipu lagi palsu. Pesong jugalah lah lari larian anak anak pewaris si doktor.

Kucar kacir lah dunia dengan desas desus kotor Si Monyet. Huru hara lah masyarakat dengan debas debus jijik Si Monyet. Porak peranda lah instusi keluarga dengan bisik bisik busuk Si Monyet.

dan ianya berlaku hanya kerana Karim, seekor monyet yang cuma bercita cita untuk dihantar NASA ke bulan. Masalahnya cumalah seeekor Monyet biasa yang mahu ke bulan?

hairan pemikir pemikir kritikal kerana Monyet yang bercita cita itu, cuma seekor. Seekor dan cita cita beliau kelihatannya masih belum mahu padam. Atau mungkin,

tak akan padam.

12 comments:

eszol raar said...

interpretasi gua berbaur politik

zoul zombie said...

bergantung pada sudut pandangan masing masing. :)

nub said...

karim disumpah ibunya ka zoul??

chuu said...

hantar karim kat planet of the apes xD

+d.O.Y.A.h+ said...

sunatkan karim! haha.ttiba.

Dark Half said...

semoga cita-cita Karim untuk dihantar NASA ke bulan tercapai sebelum menjadi gila akibat tekanan. amin

sugar2 kapas strawberry said...

aku pon huru hara membacanya..hahaa

naem glizzy said...

comel la karim tu! hahaha...

zoul zombie said...

nub,

baca betul betul nak. karim disumpah orang atasannya. hik hik hik


chu,

tempat karim sekarang pun dah jadi planet of apes

oyah,

hahaha. itu aku tak pasti karim dah sunat belum.

dark,

amin.

sugar2 kapas,

hahaha. cerita ni berat sket.

zoul zombie said...

naem,

yeke? hehe

renelleesa said...

tbersin2 org yg bnama karim ya..hehe

Sca Ndx said...

kalau tak kesah berusaha kuat.
apa pun boleh capai2.