Monday

Kucing Marlboro

Petang tadi, lepas jogging dalam 18 minit, gua berhenti minum dekat gerai sebelah tasik. Order teh o ais limau. Sementara menunggu, gua keluarkan Marlboro dalam poket, hisap sebatang. Asap dihembus bentuk O. Air sampai.

tiba tiba, ada benda bergesel dekat kaki. Gua tak cuak sangat sebab benda biasa kalau lepak gerai macam ini, kucing. Kucing tersebut warna kelabu dengan mata biru, ekor panjang, muka jantan. Dia renung gua, gua renung dia.

gua tanya dia,

"apa lu nak?"

dia alihkan renungan ke tangan gua, berasap, ada rokok. Gua baran, gua sound kucing tu.

"woi, lu tak padan dengan kucing nak hisap rokok! rokok nie bahaya tahu! boleh maut"

kucing tersebut masih lagi memandang rokok di tangan gua. kali ini gua dapat lihat azam dalam mata birunya. Ada samar samar sangap di mata beliau. Gua mengalah. Gua lemparkan kotak Marlboro ke bawah.

"nah, jangan lebih, sebatang je" gua cakap sambil hembus asap rokok.

Kucing tu renung gua, gua renung kucing tu. Kucing tu renung kotak rokok, kucing tu renung gua lagi sekali. Gua renung kedua dua kucing dan kotak rokok. Kucing buat muka sedih.

"celaka la lu nie. Dah la ganggu gua berehat, pau rokok gua, sekarang nak ambik rokok sendiri pun tak reti. Smoker apa lu nie" gua dah mula membebel. Gua keluarkan sebatang, gua letak dekat mulut kucing, gua bakar rokok dengan mancis.

Berasap, kucing pejam mata tanda puas. Disedut dan dihembusnya asap rokok. Baran pula gua tengok dia mengada ngada. Gua habiskan air, pergi bayar seringgit dua puluh sen. Tak sampai lima minit gua bangun, gua balik meja nak kutip Marlboro, gua nampak kucing tu terbaring dekat tanah. Mulut berbuih. Lima minit lepas tu beliau dijemput maut. Gua dah cakap rokok nie memang membahayakan kesihatan.

Lagipun gua memang dah jangka memang jadi macam nie. Masuk nie dah 13 kali kucing meninggal lepas gua bagi rokok.

34 comments:

IQBAL ZARIN said...

lu smokers ka? hahaha

zoul zombie said...

tak. gua smoker jadi jadian dalam cerita.

Amiey White said...

macam pernah baca ni =.="

zoul zombie said...

hahahaha. takde idea tulis lah amiey, ambik je balik yang dah tulis dalam zine.

Siti Mashitah Saidin said...

hahahaha..... comel la kucing tuh! hahahaha

Amiey White said...

dah agak hahahhaa

+d.O.Y.A.h+ said...

kesian kucing mokkkkkkkkk

zoul zombie said...

ok nak pengsan oyah komen. HAHAHA

KHRLHSYM said...

kehkehkeh kelakar.

KHRLHSYM said...

macam pernah baca dimana ya?

KHRLHSYM said...

ehh.. rasanya kat surat khabar.

KHRLHSYM said...

bukan =.=" mana ya?

KHRLHSYM said...

omaigod!! kamu ialah blogger famous!!

KHRLHSYM said...

maaf terketar-ketar nak komen aww <3 <3

KHRLHSYM said...

maaf blogger famous amos, saya tak sengaja komen

KHRLHSYM said...

salah dan silap

KHRLHSYM said...

harap dimaafkan

KHRLHSYM said...

ayat tu sebenarnya gabung. khehe

KHRLHSYM said...

salah dan silap harap dimaafkan.

KHRLHSYM said...

ke dua puloh!!!!

KHRLHSYM said...

21. saya rasa kuching tu mabuk kot

KHRLHSYM said...

adakah mintak rokok

KHRLHSYM said...

mintak la ikan kan kan kan??

KHRLHSYM said...

ikan masin ke.

KHRLHSYM said...

eh tak ikan kembung best sikit rasanya.

KHRLHSYM said...

eh tak kasi dia makan benda lain. kasi ayam best skit.

KHRLHSYM said...

nasi pun boleh juga. hehe

KHRLHSYM said...

eh tapi rokok feeling skit.

KHRLHSYM said...

ohh faham patut dia mintak kan? kehkehkeh

KHRLHSYM said...

ketiga puloh!!!

Romp said...

Tapi bro . Kucing ada sembilan nyawa . Maksudnya dia baru mati sekali . HAHA . :)

zoul zombie said...

apa dosa aku woiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!

Dark Half said...

ngahaha..zoul kena spam
gua saspek kerol tgh high..kikiki

zoul zombie said...

dia tension blog dia kena spam dengan raihana izzati. hik hik hik