Tuesday

Pari pari Comel Lepidoptera

Saya adalah pari pari comel yang suka hinggap di bunga bunga wangi berdekatan universiti. Semua orang sukakan saya kerana saya pari pari Lepidoptera dan saya comel. Hampir setiap hari saya akan hinggap pada bunga dan sedut madu madunya. Hampir setiap hari juga saya akan terbang seperti bebasnya rama rama, seperti riangnya burung burung dan pasti akan hinggap sekurang kurangnya pada satu bunga.

Pada suatu suatu hari, ketika sedang ralik hinggap di antara bunga bunga oren, putih dan merah, saya, pari pari comel yang suka hinggap di bunga bunga wangi berdekatan universiti terlihat sesuatu yang menakutkan, nafas saya tersekat, mata saya terbeliak dan tangan saya turut menggigil. Saya terlihat satu bunga aneh yang mana setiap kelopaknya punyai warna warna yang berlainan. Bunga apakah ini?

Tiba tiba datang seorang pari pari lelaki menepuk bahu saya daripada belakang. Pari pari lelaki yang tidak comel dan jarang hinggap di bunga bunga wangi berdekatan universiti itu tersenyum. Saya, pari pari comel bukan lah seorang yang menilai pari pari lain melalui luaran, tetapi hati yang paling penting. Lalu saya tanyakan pada lelaki itu siapakah dia dan tahukah dia mengenai bunga misteri berwarna warni?

Katanya, beliau adalah pari pari lelaki yang ditakdirkan untuk pari pari comel yang suka hinggap di bunga bunga wangi berdekatan universiti. Dan tanpa menjawap solan saya, dia menarik tangan saya mengikutnya terbang kembali kepada bunga misteri berwarna warni tadi.

Dia, dengan memegang erat tangan saya, mengatakan yang bunga itu sebenarnya cinta, dan cinta itu punya warnanya yang tersendiri. Cinta setiap orang adalah berbeza. Pari pari lelaki itu kemudiannya menanyakan saya, mahukah saya melihat apakah warna cinta saya dengan bercinta dengannya. Saya malu tetapi tetap mengangguk kecil. Lalu dia tarik tangan saya, menari menari diatas bunga dan kemudiannya,

Dia keluarkan sebilah pisau Boker Magnum dan tikam jantung saya! Dia robek hati saya! Saya melolong meminta simpati tapi dia hanya ketawa. Kata dia, inilah cinta. Cinta yang punya warna mereka masing masing. Ini lah Cinta! semua cinta perlukan pengorbanan. Dan kali ini, saya adalah korban cinta dia yang entah yang keberapa kalinya. Darah saya yang merah, lalu mengalir dicelah celah kelopak bunga lalu diserap mewarnakan salah satu kelopak bunga yang asalnya tidak berwarna. Air mata saya, pari pari comel yang suka hinggap di bunga bunga wangi berdekatan universiti berlinangan jatuh. Kini saya tahu,

cinta saya merah berdarah.

18 comments:

intan.maisarah said...

andai kita tidak terlalu naif. dan hanyut dengan telunjuk cinta

sugar2 kapas strawberry said...

pndai kamu buat cerita.jgn kerana cinta pengorbanan macam sia2.useless

broken_nigina said...

warna merah cantik.

Anisa Hang Tuah said...

pari-pari kertas

:)

Siti Mashitah Saidin said...

jahat betei pari-pari lelaki tuh.. mempergunakan dia ja....

zoul zombie said...

intan,
andai kita tahu memilih. :)

sugar2 kapas,
:) nice phrase.

zoul zombie said...

broken vigina,
aku baca semua blog kau. Tapi tak jumpa satu jalan pun untuk contact kau.

zoul zombie said...

anisa,
lagu pari pari kertas - beeha. :)

SMS,
pari pari lelaki memang jahat! haha

renelleesa said...

la... x padan betul la pari2 x comey tu.. buruk perangai..haha

zinesatumalam said...

hahaha. tahu takpe.

KHRLHSYM said...

adakah pari-pari lelaki itu ialah jamal? pasal ada unsur-unsur jamal disitu kehkehkeh.

Sca Ndx said...

lepidoptera.
sekumpulan rama/kupu-kupu/
kbai.

Dark Half said...

patutlah cinta itu sgt indah..macam jambatan pulau pinang

Khairul Antasha said...

semua cinta perlukan pengorbanan? berkorban hati dan perasaan.haihhhhh

Ariesya Nadhira Roslane said...

nasib bek aku phm citer kali ni. okeh 5stars! klau bole la kan, nk cinta putih suci haha

Pena Marhaen said...

kesian pari-pari comel..tapi aku jugak kagum dengan pari-pari lelaki..ayat dia mmg power..hehe

Yellow LEOpard said...

jgn mudah percaya dgn org yg tak dikenali

zoul zombie said...

sca, ya memang betul. hehe

terima kasih atas komen kalian. Aku betul betul menghargainya. :)