Thursday

Perhentian Bas Ajaib.

Ini cerita tentang sebuah perhentian bas ajaib. Di perhentian bas ini cuma ada dua buah bas setiap hari. Bas Panas, yang akan membawa penumpang penumpangnya ke percutian musim panas. Sebuah tempat yang terik, pasti membuatkan pengunjung pengunjungnya berpeluh, terpekik terlolong akibat tidak tahan panas. Bas yang kedua, Bas Sejuk, yang akan membawa penumpang penumpangnya ke sebuah percutian musim sejuk. Ke sebuah tempat nyaman dipenuhi dengan kegembiraan dan keseronokan yang berpanjangan.

Hari ini, di perhentian bas ajaib itu, ada tiga orang manusia sedang duduk menunggu bas. Dua orang wanita dan seorang jejaka dengan t shirt biru berseluar jeans hitam. Seorang wanita muda berambut panjang yang memakai blouse hitam berseluar jeans biru, manakala seorang lagi bertudung gelap memakai baju kurung moden dengan manik labucci di lengan.

Setelah menunggu beberapa lama, dua buah bas yang ditunggu tiba. Bas Panas dihadapan manakala Bas Sejuk di belakang. Serentak kedua kedua wanita tadi berlari lari anak menuju ke pintu Bas Sejuk yang berada dibelakang. Pintu bas tidak dibuka. Cuma ada beberapa orang dalam Bas Sejuk. Kelihatan seorang wanita berpurdah yang sedang tunduk di kerusi belakang, seorang lelaki yang sedang tersenyum berseri seri memandang langit, dan seorang lagi wanita bertudung bersama anak anaknya yang comel.

Malangnya, kedua dua wanita tadi masih belum berjaya masuk ke dalam Bas Sejuk. Tiba tiba terdengar suara pemandu Bas Panas dihadapan memanggil kedua kedua wanita tadi.

"tiket kamu naik bas ini" kata pemandu Bas Panas tegas.

"tapi kenapa pula? saya nak naik Bas Sejuk! saya mahu pergi ke tempat yang nyaman dan bergembira disitu selama lamanya" jawab wanita berambut panjang.

"Bas Sejuk adalah hanya untuk mereka mereka yang berkelakuan baik mengikut peraturan dan menjauhi larangan Tuhan" jawab pemandu tadi tersenyum.

wanita berambut panjang tadi bertukar warna menjadi merah. Matanya terjegil dan memuntahkan caci maki yang maha dasyat.

"abang woi, abang jangan pandang i sebelah mata tau. Walaupun i tak bertudung, i ni lagi baik lah daripada perempuan bertudung berlagak alim sebelah ni. Pakai je tudung tapi buat maksiat, ingat i tak tahu dia tidur dengan Pakcik Misai semalam. Dah lah berzina, tak ada taste pula tu" luah wanita berambut panjang tadi.

Wanita bertudung tadi juga bertukar kepada warna yang sama, malah lebih garang. Lengan bajunya disinting ke siku.

"kepala hotak lu lah perempuan. Gua daripada tadi diam tiba tiba lu petik nama gua apa hal? Jaga tepi kain sendiri boleh tak? dah la tak bertudung mengaku baik pula. Semua perempuan tak bertudung ni sama je lah wei, pesen puaka babi!" giliran wanita bertudung gelap pula memaki hamun.

Pemandu Bas Panas tekan hon tiga kali sebagai tanda protes. Kedua dua wanita tadi senyap, ketakutan melihat pemandu bas punya jegil.

"sekarang tak payah gaduh. Dua dua naik bas sini. Yang tak bertudung tak payah mengaku baik, tak pakai tudung tu confirm confirm salah. Tuduh orang berzina tak ada saksi lagi lah salah. Nasib baik kau tak buat sumpah laknat, kalau tak berganda ganda lagi kesalahan kau" marah pemandu bas pada wanita berambut panjang.

wanita bertudung gelap tersengih sengih melihat wanita berambut panjang dimarahi pemandu bas.

"hah yang kau tersengih sengih macam lipan tu kenapa?" jerkah pemandu bas pada wanita bertudung gelap.

"lipan mana reti sengih!" balas wanita itu.

"kau jangan melawan. kau pun kena naik bas sini. Pakai tudung tu dah bagus, tapi perangai hodoh. Bahasa kau pula tak nak lagi cantik? dah, naik sebelum aku libas dengan stereng bas" bentak pemandu Bas Panas itu.

serentak dengan itu, kedua dua wanita tadi naik dan duduk dengan wajah sugul. Kedua dua mereka mengalirkan air mata menyesal. Menuding jari tak bawa untung mana mana pihak.

"hoi kau!" jerkah pemandu bas itu pada pemuda dihentian bas. Pemuda itu sebenarnya masih bingung ke manakah dia hendak pergi dan bas mana kah yang patut dia ambil.

"kau naik bas ini. Jangan bantah!" arah pemandu bas itu.

lelaki itu naik, dengan tangisan tersedu sedu. Dia menangis memanggil mak. Apa dosa adik mak. Rintih lelaki itu. Saya tutup aurat pe.

Pemandu bas hidupkan enjin, memerhatikan lelaki tadi yang menangis.

"heh, itulah, siapa suruh tak jaga pandangan, usha betis dengan dada makwe je tahu"

dia start enjin, tutup aircond, tutup tingkap biar bas panas macam ketuhar. Dia pandu jauh jauh lepas masuk simpang kiri.

24 comments:

zoul zombie said...

sebenarnya gua nak buat budak budak ni naik beca, tapi macam tak logik beca naik tiga. Beca sekarang kecik kecik.

zoul zombie said...

woi zombie. gila apa komen entri sendiri? lain kali lu buat lah deme naik kereta kabel ke. Lrt ke, baru moden.

zoul zombie said...

Goodnight. eh ke morning? tidur je lah. kbai.

zoul zombie said...

Lu lagi gila woi cakap sorang sorang pagi pagi buta. Tidur tidur!

kawan said...

harhar..mmg jenis zombie, elok la, borak ng zombie gak. :p


pernah masok pertandingan bercerita x dulu2? kalo masok, sure bley menang nih.

-kawan-

hiro said...

tak jadi nk komen.

eszol raar said...

naissssssss


mendalam!

zoul zombie said...

kawan,

waktu darjah tiga ada masuk. haha cerita tajuk Three Little Pigs. haha


hiro,

tak jadi nak komen lu spam shoutmix kan? tunggu tungggu.


eszol,
mekasih!

Natto said...

Haha ini mesti rentetan link kat page zsm tadi..

zoul zombie said...

haha. tak ada lah nat. dah lama tersimpan dalam draft.

Siti Mashitah Saidin said...

ooo..sekarang gua paham... bas panas...

syaza kelyza said...

teringin nak naik bas sejuk tu :) hehehe .

Yellow LEOpard said...

berborak sendiri2? -.-" aku suka cerita kau

NARDtheNERD said...

habuannn
habuannn

meh la dtg blog, join segmen blog review i. :)

Dark Half said...

aku paling suka ayat klise yg biasa dikatakan perempuan tak bertudung. buat cerita camni baru view tu lebih jelas kot? kehkehkeh

tapi aku rasa aku pun kena naik bas panas gak nanti. dem!

zoul zombie said...

hahaha. gua pun rasa macam tu. tapi dalam perjalanan menaiki bas, bila bila masa kita boleh minta tukar tiket. Nak atau tak nak je.

AR the annoying said...

aku suka ini. Kalau kau boleh bawa aku menaiki bas sejuk, aku pasti date dengan kau.

zoul zombie said...

yes. tapi malangnya gua punya tiket pun tak confirm.

ghuzwatul qolam said...

Suka!

Betul. Tiket boleh tukar selagi 'bas' belum sampai. Kita yang pilih.

~Jaa~ said...

Nasib baik kau tak buat sumpah laknat, kalau tak berganda ganda lagi kesalahan kau


heh heh hehe

zoul zombie said...

ghuzwatul qolam,

pilihan kita sebenarnya.

zoul zombie said...

jaa,

keh keh keh. faham lettew

bamAZEERA said...

Ekh zombie .Nak share boleh tak entry nie ??? Boleh laa :)

zombie said...

bolehh :)