Thursday

Saya mahu bunuh PM

Kelihatan seorang remaja lelaki, dengan t-shirt hijau berseluar jeans lusuh berjalan laju dalam celah celah orang ramai di ibu kota. Dalam tangannya terselit sehelai kertas kecil.

Tiba tiba dalam kesesakan itu remaja lelaki terlanggar seorang lelaki separuh usia dalam uniform biru bermisai garang. Waktu itu jugalah kertas dalam genggaman remaja lelaki itu terjatuh di lantai kota lalu terlihatlah tulisan herot yang masih boleh dibaca.

"Saya mahu bunuh PM"

Terbeliaklah kedua dua biji mata lelaki bermisai. Ditarik kasar baju remaja lelaki itu. Diheretnya remaja itu ke sebuah bangunan biru yang juga penuh dengan lelaki dan perempuan beruniform biru. Remaja lelaki itu tidak gentar, masih lagi dengan pandangan tajam dan azam yang berkobar kobar. Dia benar benar mahu bunuh PM.

Kini, dia berada dalam sebuah bilik gelap, duduk di meja dengan sebuah mentol tergantung di tengah tengah. Remaja lelaki itu tahu disini, dia akan ditanya bertalu talu. Untunglah kalau cuma dipukul. Ada orang kena tembak, dia tertawa kecil dalam hati.

"Kamu nak bunuh PM ya?" soalan pertama diajukan oleh seorang lelaki bersuara serak garang.

"ya." jawab remaja lelaki itu ringkas.

"kenapa? kenapa nak bunuh PM? Kenapa nak bunuh tangan yang memberi makan?" tanya satu lagi suara, tegas.

"Kerana pada ketika aku punya hak untuk dapat makanan terbaik, hak aku dinafikan. Sebaliknya yang makan makanan enak tidak lain tidak bukan pembodek pembodek berperut buncit yang punya darah daging yang serupa haram. Kerana ketika aku punya hak untuk makan apa yang aku mahu, aku dinafikan hak untuk memilih makanan. Sedangkan mereka mereka yang duduk diatas kerusi empuk makan sesuatu yang lebih daripada keperluan. Dan kerana ketika aku punya hak, dia rampas hak hak tersebut yang mana sekelumit pun dia tiada berhak. Seterusnya ketika kita patut bersyukur pada Tuhan, tapi dia yang menerima terima kasih yang pertama. Nah, katakan pada aku sama ada itu tangan yang baik atau tangan yang cacat kotor dan bernanah?" jawab remaja lelaki itu.

Suasana dalam bilik itu senyap. Yang zahir cuma hembusan nafas lelaki lelaki tadi yang tidak puas.

"Bagaimanakah kau nak bunuh PM? PM mana ada dalam negara sekarang. ha ha ha" tanya lelaki garang pertama angkuh.

"ha ha ha (meniru gaya gelak lelaki itu). Dengan ini." remaja lelaki itu seluk poket seluarnya dan keluarkan sebatang pen. Dia letak atas meja.

kedua lelaki tadi ketawa terbahak bahak. Malah terlalu seronok hingga bergoyanglah mentol tadi ke kiri dan ke kanan. Terlihatlah sedikit dalam samar samar, seorang perut bulat seorang lagi keding dengan jaket kulit bermutu tinggi.

"Cuma orang orang bodoh sahaja yang tak tahu pena boleh membunuh. Kalian tidak lah bodoh, cuma apabila terlalu lama menjadi anjing setia pada majikan yang kaya kalian jadi alpa dan buta. Aku doakan kalian kembali membawa maruah pada pekerjaan ini yang sangat mulia" remaja itu berkata kata tenang.

"diam! kau ingat kau siapa nak bunuh orang? kau ingat kau siapa nak tarik nyawa orang macam tu!" jerkah lelaki garang pertama.

"Aku bukanlah malaikat maut yang mencabut nyawa manusia. Aku tak bunuh nyawa, tapi aku akan bunuh kuasanya. Ya, dengan pena ini kalau Tuhan izinkan. Pena yang lebih tajam daripada keris yang dicium suku sakat kalian. Dan kalau hari ini aku mati, terbit matahari esok pagi pasti terlahir aku seribu orang lagi."

Tiba tiba ruang soal tadi gelap. Mentol terpadam. Dan ada bunyi seseorang mengerang kesakitan. Esok pasti ada keluar berita kecil di penjuru akhbar, remaja mati dalam tahanan. Terlalu kecil sampai tak ada yang benar benar peduli.

sedangkan di jalan jalan yang sesak dengan orang ramai. Ada berpuluh, mungkin beratus atau lebih, semakin ramai anak anak muda yang berjalan laju dengan pen dalam poket. Dalam genggaman tangan ada nota yang sama bertulis

"saya mahu bunuh PM"

27 comments:

Budak Giler Cadbury said...

wow ! hahahahaha "saya nak bunuh PM"

zoul zombie said...

baca dan fahami. :)

Ariesya Nadhira Roslane said...

tak paham la zouls

zoul zombie said...

*tepuk dahi. kau memang jarang faham. anggap lah ini salah satu cerita cerita pelik aku. =.='

eszol raar said...

kali ni gua x perlu post dkt wall lu



hahahaha

zoul zombie said...

hahahaha.

terang lagi bersuluh.

chaechious said...

tak paham jugak..
pm stands for prime minister??
atau sebaliknya??adehh~

zoul zombie said...

PM boleh sahaja berdiri atas nama Pakcik Maha, Perdana Menteri, Prime Minister, Puki Mak, atau apa apa sahaja mengikut justifikasi kalian.

Anisa Hang Tuah said...

ceyhh..PM tuuhh
hehe

zoul zombie said...

hehe. :)

hana banana said...

menarik!mesti byk yg tersirat nie=p

zoul zombie said...

yang tersirat sebenarnya sudah terlalu hampir dengan tersurat.
:)

Anonymous said...

pada gua itu pak meon. - ziela salih

tak lama lagi orang nak demo pasal lynas lak.
haihhh

Pak meon byk keje lepas ni

zoul zombie said...

hahaha. pak meon kena banyak ke luar negara release tension.

Sca Ndx said...

ini revolusi.

pena tajam umpama pedang.
dakwat sebar macam racun

zoul zombie said...

R E V O L U S I.

saya fatin athirah said...

slalu pengakhiran yg complicated
lampi nak faham
eheh

Amanina said...

aku paham. haha tapi kalau orang just tgk tajuk entri tapi tak baca, memang bahaya sikit la. :D

Cik Nathrah said...

boleh menimbulkan kontroversi ni. hehehe!

zoul zombie said...

yang tak memahami cuba lagi.

yang memahami anda fokus benda yang salah. Lihat isu sebenar dalam cerita. :) Ketepikan ketakutan itu.

cik azeya said...

tak faham jugak. tp aku suke bace. haha

bamAZEERA said...

Apa nie ? Apa nie ? Tak paham laa :(

ghuzwatul qolam said...

Hebat!

Kita mungkin tak mampu mengangkat senjata, tapi kita mampu mengangkat pena. Ia juga mampu membunuh!

Sekarang dalm poketku ada nota kecil tertulis 'saya mahu bunuh PM'.

zoul zombie said...

alhamdullilah, ada yang benar benar faham. :)

HAI in HD said...

anak muda pembawa berita gembira kepada masa depan negara.

anak muda pembawa masa depan gemilang kpd negara.

hidup anak muda!

SAYA MAHU BINUH PM!

lavender harum wangi said...

k.

Amiey White said...

PUKI MAK tul -.-"