Wednesday

Dugaan untuk orang orang yang suka bangun pagi macam gua.

Sebagai seorang kutu yang berwawasan, gua memang bangun awal pagi pagi. Biasanya aktiviti pertama gua sebelum mandi, gua akan up satu status dekat facebook supaya masyarakat tahu gua dah bangun. Lepas mandi gua akan ke depan cermin memuji ciptaan Ilahi. Ini penting untuk kekalkan gua punya self esteem yang tinggi. Lepas tu baru gua akan keluar beli sarapan.

Macam biasa, gua malas pergi jauh, gua akan beli nasi lemak yang jiran gua jual. Nasi lemak ayam campur bilis goreng dengan telur rebus. Gua memang sengaja suruh makcik tu letak ayam yang bahagian bertulang untuk asah gigi. Duduk dekat meja gua buka tv channel Animal Planet. Memang dah kegemaran gua tengok cerita binatang sambil makan ni, dia akan buat gua bersyukur jadi manusia moden, tak payah nak pergi memburu ke, buat strategi ke, menyamar celah rumput ke.

Mata ke tv, tangan gua mula buka bungkusan nasi lemak. Gua picit ayam sikit nak makan dengan nasi. Tiba tiba gua dengar bunyi orang menjerit,

"aaaaaaaaa sakit!"

kalau jantung gua ada airbag, mungkin itu waktu yang sesuai untuk dia mengembung. Celaka punya terkejut. Gua tengok dalam nasi lemak, dan sekali lagi gua terkejut. Ini memang solid punya terkejut. Benda yang gua cuba cubit tadi, berbentuk seorang gadis kecil sebesar ketulan ayam biasa dalam nasi lemak tengah cekak pinggang berdiri di tengah tengah nasi lemak sambil memandang ke arah gua. Satu lagi yang gua terkejut, gadis ni bogel! First time gua tengok ada nasi lemak dalam nasi lemak. Makanya sebagai seorang lelaki budiman, gua palingkan muka sambil meminta gadis tersebut menutup apa yang patut. Lepas dia tutup badannya dengan daun pisang nasi lemak, gua tenung gadis itu. Kagum dan keliru, perempuan ni jin ke syaitan.

Gadis itu, dengan linangan air mata, menceritakan yang dia merupakan makhluk Tuhan spesies manusia kecil dan tinggal di tempat terpencil yang jarang jarang didatangi manusia biasa. Tapi suatu hari, dia tersesat, dan terjumpa dengan jiran gua sewaktu aktiviti jungle tracking kawasan rukun tetangga. Malang seribu kali malang, dia diculik dan dipaksa untuk menjadi buruh nasi lemak di rumah jiran gua. Dia juga dipaksa untuk mendedahkan resipi nasi lemak kaum manusia kecil yang sedap lagi menggiurkan. Dan pagi tadi, dia menyelit ke dalam bungkusan nasi lemak untuk melarikan diri. Sebak aku dengar cerita gadis itu. Memandang wajahnya yang lembut, aku jadi lemah. Tambahan mendengar rayuan dia supaya dikembalikan ke hutan.

Gua keliru. Apakah ini dugaan Tuhan pada kutu macam gua yang selalu bangun awal pagi ni? Akhirnya gua faham. Tuhan sebenarnya sengaja menghantar gadis ini untuk menguji nafsu gua. Dan ya, gua akhirnya kalah dengan nafsu.

Menggantikan ketulan ayam yang tiada dalam nasi lemak, gua telan gadis itu sekali dengan nasik.

21 comments:

zombie said...

pengajaran dia, untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku lagi, gua akan bangun lewat. Bangun bangun terus lunch, tak ada sarapan.

~Anis Aisyah~ said...

pngajaran yg xpenah ak dgr.. =='
pestaim...

chuu muqhlis said...

ape ke pelik cite eqao nih @___@

bujal X said...

kanibal ah~

bact. said...

pengajaran yang sangat kurang ajar..

kesian nasi lemak dalam nasi lemak di telan hidup-hidup..

hahhahah

eszol raar said...

living in denial ke?

RastaMat said...

malangnya menjadi nasi lemak dalam nasi lemak..

Rain said...

bunga2 jeles timbul lam hati.. nape nasi lemak tu mst gurl.. y ? y?....

dayya dayyanna said...

hohoho.

pengajaran: bangun lambat itu trend. haha

Amiey White said...

pengajaran yang rasa2 nak bunuh zoul hahaha

Amiey White said...

comment rain tu zoul :: sila jawap wakakakakaka

zombie said...

sebab apa mesti girl?

sebab lelaki jarang jarang ada ilmu buat nasi lemak dan turut mempunyai nasi lemak.

kah kah kah

fifianggun said...

gila imagine

Raihana Izzati said...

sepak *** zoul

Sca Ndx said...

nasi lemak dalam nasi lemak.
persoalannya.
berapakah harga nasi lemak itu?

=) said...

lu punya imaginasi ni gua rasa dah tak boleh nak kawal lagi dahh..

Mehmed - said...

kau pemakan nasi lemak yang dahsyat..Ahaks!

PK said...

gua syak lu tipu gua ni..

skandaLdariLangit said...

ta semayang subuh ni. keke

MATAHARI said...

Kau ni.... dah siap zine? -.-" pagi tadi aku tertaip sampai tertidur,.

Muhd Aizie said...

nasi lemak satu bro!