Friday

Kerja sekolah kena hantar esok bertajuk Kucing Saya.


Minggu lepas dalam bosan bosan, ada kucing datang rumah. Minta dimanja dan diberi makan. Entah kenapa, walaupun kucing itu tidak secomel kucing kucing yang dijadikan profile picture facebook gadis gadis manja, aku jatuh kasih pada kucing itu. Terus aku beri makan dan aku mandikan. Kucing ni jantan sejati, tapi bila mandi menjerit macam bapuk lorong.

Aku tak perlu fikir panjang untuk namakan dia. Disebabkan warnanya cuma dua, bertompok tompok hitam dan putih serta punyai muka pan asian, aku namakan kucing itu Woi. Senang nak panggil.

Woi!

esoknya kucing tu hilang. Lepas tu dia datang balik, makan dan kemudiannya hilang. Sampai lah malam tadi, aku rindukan Woi. Tadi dalam pukul 3 pagi, ada bunyi kucing dekat luar rumah. Terus aku jengah keluar, buka pintu mencari arah bunyi. Ada, dia ada bawah kereta.

aku pun panggil nama dia.

Woi!

dia bangun, tengok muka aku. Aku jerkah lagi.

Woi!!!

tak tunggu lama, dia lari keluar rumah.

19 comments:

Anisa Hang Tuah said...

panggilla tompok

barulah rok

bact. said...

neh kucing ka pencuri neh?
hahha

bujal X said...

manja betei nama kucing tu~~

PK said...

WOI!!!

bagus kucing tu..pandai amik kesempatan..bila dia lapar dia pandai dtg rumah..kenyang je, blahh.

naem glizzy said...

hahaha napela namekan die woi.. ekekeke :)

+d.O.Y.A.h+ said...

tuan yang tak manja langsung bagi kucing nama woi. apekejadahnya. *mukaserius sambil pegang rotan

Amiey White said...

woi!nak cubit telur -.-" - kata gua kat kucing tu......

zombie said...

Anisa,
Tompok skema sangat. hahaha

bact,
ini kucing paling gangster dalam negeri

bujal,
tuan pun manja. kah kah kah

pk,
itu lah pasal, celaka punya woi. perangai macam anjing. haha

oyah,
apa pulak. cuba panggil manja manja wwwooooiiii~~~

amiey,
ah daripada semalam nak telur je. haha

mi.yu said...

Woi?? Haha. Dia terasa panggil Woi2 kat dia. Tuh sebab tunjuk protes lepas makan blahh. Hahaha xD

zombie said...

mi.yu,

agaknya lah. kena bagi nama Comel gamaknya.

syaza kelyza said...

hahaha . kesian nama dye woi . haha :P

zombie said...

Sedap apa nama tu. Ingat nanti kahwin ada anak nak letak nama Ahmad Hoi ke, Nurul Hei ke.

saiazuan said...

woi bg la nama elok ckt..huhu.. dia kecik ati tu... ;p

zinesatumalam said...

keh keh keh. bagi nama Tom Cruise kang riak pulak beliau.

eszol raar said...

coolstorybro

chuu muqhlis said...

panggil woi mmg larik r kucing uh >.<

Dark Half said...

WOI! sedap nama tu, nak2 bila dipanggil dgn nada falsetto

kiwi said...

mau tak lari, tuan dia panggil macam panggil pencuri. hihih

Muhd Aizie said...

woi!