Sunday

Sizuka, gadis jepun dalam bas RapidKL yang sebenarnya merupakan seorang pencuri.

Dalam bas itu, mata aku tak lepas memandang seorang gadis putih dengan wajah asia memakai baju dan skirt sepasang berwarna merah jambu. Aku hampir pasti gadis itu kacukan jepun. Duduk tersenyum memandang pemandangan di luar bas, mungkin terfikir satu kenangan yang melucukan dalam bait bait indah kehidupannya. Entah kenapa, gadis itu terus aku namakan Sizuka, sempena dengan watak kartun Doraemon yang comel dan ayu. Dan keayuan gadis itu jelas di bawah sinaran matahari yang masuk melalui tingkap luas bas ini.Setiap kali bas singgah di mana mana perhentian, aku jadi berdebar debar memikirkan yang sebentar lagi Sizuka akan bangun dan pergi meninggalkan aku yang masih belum puas merenung wajah ayunya. Dan tak lama, cuma beberapa saat sahaja selepas aku mengambil keputusan untuk menegur Sizuka, dia pantas bangun memicit loceng. Aku tersentak. Cuma mampu melihat Sizuka melangkah hingga ke pintu bas. Sayu. Tiba tiba Sizuka berhenti melangkah, berpatah balik dan berjalan ke arah aku. Dia keluarkan sebuah alat yang kelihatan seperti pembaris daripada beg Gucci putih dan bisikkan pada aku,

"ini pembaris ajaib. Saya akan gunakannya untuk ambil sesuatu daripada awak"

dia tunduk, goreskan pembaris tadi pada dada aku, keluarkan hati dan membelahnya separuh. Separuh dia ambil, dan separuh lagi dia letakkan semula. Dia cuma tersenyum dan terus berlalu pergi.

Aku cuma mampu melihat, sama seperti mula mula tadi. Cuma kali ini dengan harapan dia akan kembali berpatah balik seperti pemergiannya yang pertama. Tapi telahan aku salah.

Bas terus bergerak perlahan lahan meninggalkan Sizuka di perhentian, bersama sama beg Gucci putih miliknya, dan separuh hati milik aku

14 comments:

bact. said...

zombie dan watak katun sizuka tak boleh bersatu













kau kena terima hakikat neh..

Anisa Hang Tuah said...

sizuka kiut.

PK said...

konon-konon Sizuka dah mencuri separuh lu punya hati lah ni ekkk..

eceh.

zombie said...

bact,
hancur hati aku baca komen kau bact.


habis nak bersatu dengan siapa? dengan bacteria lagi lah harommm. hahahaha

Anis,
aku pun kiut jugak. haha

PK,
jeles lettew

fifianggun said...

zoul..hahha,,dia curi hatilah ni ye,,hhhaha,,,ni mimpi ke apa?

kiwi said...

zombie buleh naik bas ke? hehhe

Amiey White said...

jiwang hahaha

naem glizzy said...

sizuka pencuri hatii..

cane zombie and sizuka kalau bersatu ye? hihihi..

Dark Half said...

oh shizuka, kutunggumu
nana na na na nanaa

chirpy_chummy said...

sizuka..

urmm..dulu2 slalu berebut nk jd sizuka time main2 dgn kengkawan.

-.-

syaza kelyza said...

sweet :D tapi kenapa separuh hati jek? ;)

NALQAH said...

lucu sungguh mu ini

Mehmed - said...

kelas sizuka..mesti dia berpipi merah..Ahaks!

aRaN said...

rasa loya tiba2