Friday

28 Hari : Jurnal Rock N Roll

Aku baca buku ini buat kali ke berapa ntah tadi. Sengaja, walaupun buku ini telah pun aku khatam pada hari pertama aku beli dulu. Siapa yang dah baca ini boleh tahu yang sebenarnya buku ini sepatutnya bertajuk 28 Hari : Jurnal Ditinggalkan Makwe Rock N Roll. Berkali kali dalam buku ini Jayzuan cerita dia kena tinggal dengan makwe. Tapi tak hairan lah, sebab hidup dia penuh dengan makwe yang lawa lawa. Tak percaya sila baca dan senaraikan semua makwe yang dia jumpa. Tak adanya yang tak lawa.

Buat aku terfikir, dalam hidup kita tak boleh pilih orang yang kita suka sahaja untuk berada di sekeliling. Bila pemain watak hidup dipilih, kita akan menjangkakan yang mereka akan ikut skrip kita. Dan bila sebaliknya berlaku kita akan rasa kecewa yang teramat teruk. Macam Jayzuan. Teruk sampai jadi gila main gitar dekat Gelanggang Seni KB. Tapi kembara dia memang Rock N Roll. Memang buat kau sangsi, yang betul ke mamat ni tak ada duit boleh pergi mengembara satu semenanjung? Apa gila? Tapi last last memang kena percaya, sebab dia memang miskin dan tak reti malu. Harap ada makwe kaya boleh pergi pinang dia cepat cepat. Kalau boleh sebelum buku 28 Hari : Jurnal Anak Teruna Tua keluar tak lama lagi.

satu lagi baca buku ni macam tonton rancangan Jalan Jalan Cari Makan 10 episod berturut turut. Dan Jayzuan ni memang macam hos rancangan tersebut, makan tak bayar ; member belanja. Aku harap aku dirahmati dengan member yang sejati macam tu. Cuma yang syaitannya bila baca buku ni boleh rasa macam dengar orang bisik dekat telinga "keluarlah daripada rumah, pergi lah mengembara". Begitulah dasyatnya penangan syaitan rock n roll ini.

dan jadah apanya aku buat review buku lama Jayzuan pagi pagi buta ni walaupun dah keluar buku baru bertajuk Anarki di Kuala Lumpur? ha, itu lah aku cakap tadi,

syaitan.

11 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

wahhh..parah mamat ni kecewa smpai begitu sekali.hak2..

Amiey White said...

kadang2 aku rasa aku nak jadi gila macam ni . nak beli lah!

Akim Iqbal said...

mengembara melihat alam, hati begitu tenang menyaksikan keindahan alam yang terbentang luas.. bila lagi nak mengembara ?

Dark Half said...

bila nak review Anarki di Kuala Lumpur lak? baca entri ni buat aku teringat lagu2 Lucy In The Loo

how said...

ape yg ko ckp td?a ha

zinesatumalam said...

ada tulis kan kat bawah tu,

syaitan -.-

nasyrun said...

ditinggalkan makwe adalah sangat tak rok en rol

Anonymous said...

mana buleh jumpa buku ni beroo, nak jugak.

heh heh heh

eiffel said...

er...buku bukan citer betei, kn

Melissa Ray said...

gua dah lama nak mengembara. tapi, selalu dpt tentangan hebat.

Anonymous said...

mengapa tidak:)