Saturday

Kucing Hitam Sarah


Sarah antara budak paling comel dalam kalangan gadis gadis muda pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Marco Pollo. Kecomelan dan keayuan Sarah sering dicemburui oleh teman teman sekelasnya yang kurang comel ataupun tidak comel langsung. Ini menyebabkan Sarah tidak ada kawan dan kesunyian. Nak cari pakwe rasa macam kecil lagi, dada pun sama rata dengan member lelaki dalam kelas. Tapi Amran si Ketua Darjah yang gemuk tu macam dah ada tetek sikit. Hik hik hik. Sarah gelak dalam hati.

Esoknya, Sarah jumpa kucing dekat kantin sekolah. Kucing hitam dengan mata kuning bersinar. Bersih. Sarah belai kucing tu. Sisa nasi lemak sardin yang tak habis, Sarah sedekahkan pada kucing hitam. Masa itu juga Sarah pasang niat nak bawa balik bela, boleh buat kawan. Lagi pun kucing ni ustazah cakap haiwan kesayangan nabi. Siapa bela dapat pahala, dapat pahala Sarah boleh masuk syurga. Dalam syurga boleh kawan dengan bidadari banyak sangat. Mama lah kata. Takkan mama nak tipu Sarah. Tipu dapat dosa, dapat dosa masuk neraka. Ini Papa pula cakap. Kalau dia pun tipu Sarah pun tak tahu nak percaya cakap siapa dah.

Tiba tiba kawan Sarah datang. Rokiah namanya, antara pesaing Sarah dalam mendapat tempat no satu dalam kelas dan dalam hati Cikgu Daniel, cikgu praktikal yang selalu masuk kelas pakai tie dengan kemeja.

Rokiah cakap pada Sarah, bela kucing hitam boleh bawa sial. Sarah bangkang, Sarah cakap Rokiah cemburu. Tapi Rokiah cakap mana ada! Dia cakap benda betul. Lepas tu Sarah tulis guna jari dekat dekat dada Rokiah. Alif lam lam ha, tipu dosa, masuk neraka. Rokiah cakap sumpah. Mak dia cakap bela kucing hitam ni bawa sial. Dia boleh tukar jadi jin. Jin tu buruk, lagi buruk daripada muka Cikgu Arif, cikgu disiplin sekolah. Sarah takut, dan kemudian dia putus asa untuk bela kucing hitam tu. Dia lepaskan kucing hitam, lepas tu terus masuk kelas menangis.

Seminggu selepas itu, Sarah pergi rumah Rokiah nak pinjam buku teks matematik, Sarah tak dapat buku teks lagi sebab dia budak baru. Sampai je rumah Rokiah, Sarah nampak Rokiah tengah ketawa. Riang sambil main main dengan kucing hitam yang Sarah jumpa dekat kantin. Rokiah peluk kucing tu sambil cakap hitam itu menawan. Kan Rain?

Sarah lari balik rumah sambil menangis. Esok Sarah tak pergi sekolah, kerja rumah matematik tak siap.

17 comments:

cik tikah said...

haha.. memandai jer ckp kucing hitam bawa sial. ish3x.. khurafat la..

Amiey White said...

sian sarah . Tahyul !!!!haha

TUNASYA said...

tue larr...
kepercayaan orang dulu2...
kucing hitam bawa sial...

Muhd Aizie said...

rokiah dosa sebab main nama tuhan !

iqin othman said...

hitam itu menawan. nama saya rain.

tieykah said...

meh sini sarah

pinjam buku akak:)

syaza kelyza said...

hahaha . kesian sarah :D

Clarky Afif said...

hahah!
this is good.

Lucifer said...

mana ada. mana ada. mana ada.

eszol raar said...

hik hiks

ariph™ said...
This comment has been removed by the author.
ariph™ said...

woi zombi~ pesal cikgu yang tak hensem tu nama dia "cikgu arif"??
ni gua nak murka sangat ngan lu ni. hahahahhaha

chuu muqhlis said...

ahahah, x guna tol rokiah tu, nk rembat kucing sarah rupenye >.<

zombie said...

Terima kasih komen. Jangan salahkan Rokiah. Rokiah tidak berdosa, dia cuma menyampaikan apa yang diberitahu ibunya, tapi tak bermaksud dia percaya.

Sebaiknya kalian salahkan Sarah yang bangang. kah kah kah

kiwi said...

haila sarah.. semua orang cakap dia nak percaya.

mizz nyi said...

best la, suka baca!!

mizz nyi said...

best la, suka baca!!