Wednesday

Maisarah gadis comel yang tidak dapat tidur malam akibat berdendam.

Malam itu Maisarah pandang langit. Gelap, sunyi, sejuk tapi meriah dengan bintang bintang yang bertukar warna hampir setiap saat. Tapi tak satu pun daripada warna warna tersebut dapat membahagiakan, walau bintang tersebut bertukar warna menjadi merah jambu kesukaannya. Dalam hati Maisarah penuh dendam.

Dia tahu, ketika ini, lelaki yang telah menghancurkan hatinya sedang tidur nyenyak nun jauh di hujung dunia sana di dalam bilik sejuk berhawa dingin. Lena sampai tak sedar seekor nyamuk telah pun kenyang menghisap darah di betis dan seekor lagi sedang menunggu giliran. Maisarah tak puas hati.

Maisarah seluk poket kanan, ambil gelang getah, pejam mata dan berdoa.
Tuhan, kalau Tuhan sayangkan Maisarah, Tuhan tolonglah penuhi hajat Maisarah supaya malam ini Maisarah dapat tidur nyenyak juga.
Buka saja mata, Maisarah senyum, pandang atas, target dan melepaskan gelang getah ke arah satu bintang berwarna oren.

piu!

Gelang getah kena bintang oren, bintang oren jatuh tepat atas rumah lelaki yang menghancurkan hati Maisarah.

15 comments:

atok kachak said...

okay. ini lawak. patut lastik bintang putih sebab bintang putih paling panas. sekian.

bact. said...

patut lastik je bulan
besar sket

Black Serene said...

er er er. lelaki tu terselamat tak?

zombie said...

ok sepatutnya kena bagitahu Maisarah adalah budak tingkatan dua yang tak ada ilmu pengetahuan dalam dunia bintang bintang, mahupun percintaan.

bintang oren diilih kerana dia matching dengan kaler getang getah. kah kah kah

zombie said...

Lepas ni kalau ada yang nak melastik bintang biar tuju warna putih ya.

Kalau lastik bulan nanti bila Maisarah bercinta lagi dia takkan berkesempatan untuk menggunakan ayat klise "walaupun kita jauh, kita tetap pandang bulan yang sama.


Lelaki tersebut dikatakan meninggal di tempat kejadian bersama seekor nyamuk kenyang, dan seekor lagi nyamuk masih kurus menunggu giliran.

Johan "Champ" Radzi said...

Mati tak laki tu?

Rain said...

xsuka maisarah... mn nama jenab...ooohw! ~

a n a s t a s y e a said...

Kesian kat Maisarah !

www.anastasyea.com

intan.maisarah said...

doa doa laki tu mati

Sab Buenoo said...

ah aku ingat tahi bintang yang jatuh tadi!

Danish. said...

awat cheq tak lastik bulan teroih? kehkeh

martini said...

so schweet lah you, maisarah

chuu muqhlis said...

sambung cerita kat runag komen kah kah., kau ni klaka la zoul :P

DuniakuAbstrak said...

dendam pasal ape woi?

kiwi said...

tu la, berani lagi cari pasal dengan maisarah. haa ending pasai nyamuk tu yang xtahan XD