Monday

Jihad Noir

Astagfirullah.

Tiap kali bila sampai di airport, Ismel akan pakai kaca mata hitam. Dia akan duduk di ruang menunggu dengan baju melayu hitam dan seluar slack kelabu bersama sama kasut hitam Leno yang berkilat disinari mentari pagi.

Dia duduk menghadap ruang yang sentiasa sesak dengan orang ramai. Sesekali kepalanya ditundukkan ketika melihat perempuan perempuan seksi dengan skirt pendek dan peha bergetah putih.

Astagfirullah.

Masanya telah sampai, fikir Ismel. Lalu dia melihat lihat sekitar ruang menunggu tersebut. Mencari orang orang yang yang mempunyai ciri ciri orang yang seagama dengannya. Biasanya memakai kopiah atau memegang buku buku agama dan bagi perempuan pula lebih mudah untuk dicam kerana mereka bertudung.

Ismel kembali teringatkan pesanan ibunya, berjuang di jalan Tuhan kena ikhlas. Tidak boleh dicampur aduk dengan sebab sebab peribadi, politik mahupun dipengaruhi perasaan cinta antara manusia. Kata ibu, anak orang sebelah jihadnya menyerbu gereja. Manakala sepupu Ismel pula jihadnya mengenal pasti anasir murtad yang menghina agama hasil daripada carian google dan gambar printscreen sekerat sekarat. Anak wakil rakyat pula berjihad dengan menjadi blogger maksum menegur anak muda dan kadangkala disertai sedikit sedikit hadis hadis atau kata kata mutiara yang diambil dari internet. Tapi jihad Ismel suci, menyedarkan umat yang terlena, Ismel akan kejutkan semua orang!

Ismel bergerak merapati salah seorang lelaki yang sedang membaca buku La Tahzan. Buku agama yang dibaca semua golongan, agamawan, politikus, lelaki bermimpi dan perempuan perempuan seksi.

Assalammualaikum.

Selepas salam dijawab, segera Ismel tersenyum. Dalam bahasa inggeris, Ismel berikan amaran agar penerbangan lelaki tersebut ke Washington dibatalkan. Pulanglah ke rumah. Dengan muka hairan lelaki tersebut bertanya kenapa?

kullu nafsin zaiqatul maut.

kata Ismel sebelum berlalu pergi meninggalkan lelaki tersebut terpinga pinga. Menaiki penerbangan yang sama, cuma dalam dalam kelas yang berbeza, Ismel di ekonomi manakala lelaki tersebut kelas pertama.

Bismillah.

Kapal terbang terbang American Airlines tersebut meletup dan berkecai 7 minit sejurus selepas berlepas.

14 comments:

L said...

ismed berjihad dengan berani mati.

Ismey said...

kenapa aku yang tersedak-sedak ye?

Khry Hnry said...

haha malay power betul pakai baju melayu...

Fiq Vertigo said...

ismel bodoh.


kaum muslim hidup tunggang langgang dipacu kafir selepas kematian dia.


kematian dia jadi sia-sia.

Johan 'Champ' Radzi said...

Inilah contoh orang islam yg sangat bodoh, maha bodoh dan gila gila bodoh.

Lucifer said...

Heheh. aku suka versi noir ini. serius.

lavender harum wangi said...

astaghfirullah~

nasyrun said...

selamat.

tere tere

Dark Half said...

ismel byk terpengaruh dgn tv ni...tak pun byk baca kispen..haihh

dayya said...

jihad tersia. heheh

cool, memang cool.

zombie said...

Sebenarnya yang tercicir Tuhan lebih ringan daripada yang tersalah jalan menemui Tuhanya.

:)

zombie said...

Sekurang kurangnya yang tercicir, masih punya peluang untuk kembali.

tapi kalau yang tersalah jalan macam Ismel? ah parah parah.

miracha0s said...

isn't that suicide?

kiwi said...

xfaham la ><