Saturday

Surat terpilih untuk orang orang terpilih yang menggemari biji biji kopi terpilih

Kehadapan kawan kawan yang kaya dan berharta,

Hari ini saya datang membawa khabar gembira untuk kalian semua penggemar biji biji kopi terpilih yang didatangkan daripada luar negara untuk dinikmati oleh golongan golongan bijaksana.

Pernah kah kalian mendapat mesej mesej pokemon itu yahudi dan CD percuma Mimpi Ahmad yang dikatakan membawa cubaan memurtadkan orang melayu Islam? Untuk orang Cina, India, atau bangsa lain yang Islam tidak perlu risau, Melayu Islam sahaja yang kurang cerdik tengok CD boleh murtad. Dan Melayu Islam sahaja lah yang paling rajin mentafsirkan nama nama kartun Pokemon. Selain itu kita juga dihidangkan dengan informasi informasi yang menakutkan yakni kononnya Jakim mengeluarkan kenyataan yang Starbucks itu haram!

Sesungguhnya kenyataan itu amat menggusarkan hati kita semua hinggakan masing masing saling berlumba lumba untuk menyebarkan maklumat tersebut dengan niat berbeza beza. Ada niat untuk menyedarkan kawan kawan yang terlanjur menikmati minuman minuman eksklusif Starbucks, ada niat untuk dikenali sebagai orang yang paling terkehadapan dalam membawa berita berita terbaru untuk masyarakat, dan ada juga dengan niat murni berkongsi informasi demi menyelamatkan umat Islam daripada haramnya kopi. Niat apa pun, membawa berita tidak sahih berdasarkan cakap cakap mulut ini ada sesuatu yang dianggap kurang cerdik bagi golongan intelektual yang biasanya hanya ketawa tanpa menegur kesilapan di depan mata.

Tapi percayalah, mana mungkin restoran mewah kegemaran kita bersama tiba tiba menjadi haram kerana sedikit sisa babi dan buah buahan yang dicelup arak. Alhamdullilah kawan kawan, JAKIM dengan cepat/pantas/tangkas tampil membuat kenyataan rasmi yang Starbucks dijamin halal sehingga tahun 2012. Maka selama itu apa sahaja tuduhan/anggapan/dakwaan tentang keraguan status Halal Starbuck wajib/mesti/harus diabaikan tanpa perlu dibuat apa apa kajian atau pemeriksaan semula. Percayalah kepada logo halal Jakim dengan sepenuh hati kalian. Barangsiapa yang ragu ragu, dia tergolong dalam kelompok orang orang yang rugi. Sedangkan kita ini punya status tersendiri yang melayakkan kita menyalurkan lebihan wang di dalam poket pada restoran Starbucks sambil menghirup secawan kopi bermutu tinggi.

Dan untuk yang memilih gerai gerai kecil dalam celah celah lorong rezeki halal dunia akhirat, jangan risau, kopi anda juga selamat cuma malangnya ia sedikit murah.

Klik ->sini <- untuk membaca khabar gembira JAKIM.


Yang benar,
Ahmad Zombi,
Penyimpan Mohor Mohor Besar Biji Kopi.

24 comments:

Lucifer said...

Aku tak dapat menikmati minuman ini berikutan kegilaan aku membeli buku-buku, mengikat perut, dan bersengkang mata menyusun buku-buku di rak dan jam-jam yang dihabisi di kedai kopi itu aku habiskan dengan menginzalkan diri dengan aksara sehingga mabuknya kalah orang hisap bong. Sungguh aku ingin peristiwa biji kopi ini mempengaruhi diri dengan meloncat-loncat, tapi apa kan daya, jika buku-buku Fixi lah contohnya yang menjadi isu, mungkin aku sudah meloncat-loncat lalu berjimba ke MPH membeli koleksinya.

Tak apa, tetap jua ku membaca entri ini dan mendokong isinya.

zombie said...

sesungguhnya menikmati aksara dengan kopi bermutu tinggi lebih menginzalkan daripada hisap bong sambil bersenggama.

Lucifer said...

Tsk tsk tsk, kalau aku sudah kerja tetap, baru aku memilih kopi bermutu tinggi, apa kan daya, nescafe 3 in 1 menjadi peneman setia.

zombie said...

tiba tiba aku rasa ragu ragu kau faham atau tidak entri aku. kih kih kih

Sca Ndx said...

terima kasih kerana info ini.

kini saya boleh minum kopi kegemaran setarbuck saya hingga penghabisan dunia 2012. syukur alhamdullilah

zombie said...

alhamdullilah syukur.

eiffel said...

Aku,penin.banyak statement kata tak halal.tp pihak starbuck ada mengeluarkn kenyataan di page nye.menunjukkan restoren mereka halal.

Td aku klik kt JAKIM yg ko bg,kosong je.

Hurm.

joey said...

aku amat yakin dengan JAKIM, JAKIMsgt cekap mengendalikan tugas. sebab tu nak pastikan air barbican halal ke tak ambik masa 3 bulan

zombie said...

kosong? Klik yang atas ni, dekat word sini. Nanti dia keluar.

JAKIM cakap HALAL.

zombie said...

Barbican adalah minuman indie paling true.

Halal atau haram, tak jadi masalah buat mereka yang bebas.

Lucifer said...

Aku faham la.



Aku pula yang ragu-ragu sama ada kau faham stail aku ni. -.-"


aku patut letak #sarcasm, -.-"""

zombie said...

aku rasa ini mungkin effect kata kata serius kau tempoh hari. Aku trauma.

Lucifer said...

Oh, sorry untuk trauma. Tiada niat buat kau trauma. -.-'

LUNA said...

i sense paranoia

LUNA said...

saya pengamal kopi bebas. semua kopi saya sapu. halal haram saya pejam mata tutup hidung tegok aum.





lalala~

LUNA said...

erm, saya terlalu addicted dengan starbucks. hari2 saya mahu beli. tataupasaipa. saya syak mereka ada letak kas-kas.


*korek tabung*


*nangis*

LUNA said...

saya pantang betei nampak gambar kepala besar badan pendek ni. rasa nak TONJOL2 kepala dia. adakah ini termasuk dalam kategoti trauma?



"trauma nampak kepala besar badan pendek rasa nak tonjol"

LUNA said...

saya trauma dengan bahan makanan yang tiada logo JAKIM. tiap kali saya makan, saya dapat rasakan pandangan saudaramara saya yang menganggap saya ni keji hina kotor.



starbucks dan kopitiam pakli adalah salah satu contoh. farkyew spammer. merosakkan fikiran suci saudaramara ku.

LUNA said...

adakah saya sedang menyepam ruang komen anda? er




kbai

Chuu Muqhlis said...

mmg halal., Thanks for the info.
tapi sememangnya untuk insan terpilih sahaja

sekian

hiro said...

xpernah pekena natang ne..caya x?

Raihana Izzati said...

Saya nampak word TONJOL. Fine.










saya tak minum minuman bercaffiene.

DuniakuAbstrak said...

minum jugak kopi bermutu tinggi tu tapi tiada pula perasaan mengujakan. kopi mahal ke murah ke semua aku sapu

kiwi said...

lorh, xtau pun JAKIM kata HALAL. minum kopi murah sudah. Asalkan kompom halal.