Sunday

Robokop

Gua bangun saja pagi pagi tadi terus pasang niat sahaja aku jadi Robokop sehari di bulan syawal kerana bosan. Dalam miliseken momen selepas niat tersebut selesai dilafazkan tiba tiba badan bertukar menjadi besi berkilau. Dan secara automatik juga kepala gua dilengkapi helmet bertenaga solar dengan beberapa fungsi khas yang hebat seperti kipas kepala dalaman, kaca mata hitam penghadang angin dan juga penapis mulut yang membolehkan gua bernafas dalam air. Gua juga percaya sebagai seorang Robokop, gua punya kekuatan menyamai 13 buah kereta kebal milik kerajaan Amerika Syarikat.

Bertunjangkan kekuatan yang gua ada, dengan konfidennya gua pergi rempuh Balai Polis Arau tengah hari tadi. Tiga buah waja polis parking depan balai meletup serentak. Dikatakan kawasan bandar diraja Arau terputus bekalan elektrik. Burung burung hijrah juga mengambil keputusan untuk tidak singgah di Perlis. Gua kopak sikit pintu balai nampak seorang pakcik polis tengah sibuk main facebook guna komputer riba. Tak habis habis dengan riba, bisik hati gua. Sebagai seorang muslim yang dilahirkan untuk menjadi Robokop, gua mulakan perbualan dengan salam. Terus straight to the point gua cakap dekat pakcik polis tu, gua ni komunis.

Tapi pakcik polis tu garu kepala. Dia tanya gua ni ahli PAS ke? Gua jawab bukan. DAP? bukan juga. Mesti PKR ni kata pakcik polis itu sambil angkat jari telujuk goyang goyang depan muka gua. Gua cakap bukan juga. Muka pakcik polis itu berkerut kerut.

"Tak lawan kerajaan bukan komunis dik" kata pakcik polis tersebut sebelum kembali sambung main facebook.

10 comments:

isaac said...

tak habis-habis riba..

lawak baq hang.

Lucifer said...

OOOOOO

eszol said...

komunis tu berjasa. mmg dorg the untold hero. tu fact

lavender harum wangi said...

robokop

omey said...

ermmmm kompius aku..aku komunis ke?? wakakaka

nasyrun said...

aku pasti robokop itu akan pusing2 pistol dia sebelum dimasukkan dalam paha

Alip Apai said...

Aku sailormoon!

Dengan kuasa bulan, akan menghukummu!!

zinesatumalam said...

mana mai sailormoon pulak. robokop woi robokop.

Päk Läng said...

cilaka...power!

patutlah hari tu aku

lintas pekan arau sunyi sepi!

ISHA IDIAZ said...

Haha. Terbayang robokop mse bce.