Wednesday

Review filem: Ombak Rindu.


Mengisahkan Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang ditinggalkan ibu dan ayahnya di tepi kedai dobi layan diri berhampiran restoran makanan segera McDonald di Shah Alam kerana tidak pandai mengeja. Justeru itu ayah saudaranya, Taha secara tidak sengaja telah memelihara Izzah sampai beliau membesar menjadi seorang model lawa yang dipakaikan baju baju kampung yang orang kampung sekarang pun tak pakai dah. Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang kerana ketagih main Texas Holdam Poker di fesbuk lantas memaksa Izzah untuk bermain fesbuk 24 jam sehari sementara beliau keluar mencari kerja.

Disitulah Izzah berkenalan dengan seorang samseng siam bernama Hariz (Tony Jaa) setelah sama sama menyertai page pencarian Gadis Kampung Lawa Macam Model dan Lelaki Samseng Handsome. Hariz telah menegur cara Izzah mengeja perkataan rinduw dengan menambahkan huruf W, tetapi Izzah tidak mempedulikannya dengan membalas "Sayew x peduliw lerw. Kewl kot ejew macam niew". Disebabkan rasa marah yang meluap luap, Hariz telah membuang Izzah daripada senarai rakan fesbuknya. Namun begitu, Izzah menyedari yang beliau mencintai Hariz setelah terdengar lagu Cinta Muka Buku di Youtube, tapi segalanya telah terlambat apabila Izzah mahu menambah Hariz kembali di fesbuk, Hariz sudah pun in relationship with  Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan yang suatu ketika dahulu popular dengan entry blog "Saya tak ada dara, saya okay". 

Hariz memberi syarat kepada Izzah supaya mengubah ejaan  perkataan yang entah apa apa tersebut jika mahu berkawan dengannya jika tidak, Izzah mungkin maut terkena serangan Lutut Gangster Siam milik Hariz. Sementara Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan turut menggunakan ejaan yang bukan bukan di belakang Hariz.

Dapatkah Hariz menemui gadis yang mampu mengeja dengan betul di zaman ini? Saksikan Ong Bak Rinduw di pawagam berhampiran anda.

22 comments:

al-jambz said...

mohon tayangkan.

NURUL NADIA ROSLAN said...

kompem aku tengok!

hiro said...

perangai serupa setan..kakaka

Lucifer said...

Fuh, setelah sekian lama berhabuk,

NALQAH said...

Hahahaha! ble kuar cte nie? syok btol sinopsis dia. :)

DuniakuAbstrak said...

celaka apa ni? hahahaha

bujal X said...

mohon penerangan lebih lanjut tentang waktu tayangan filem ini abang.

marina anakcikbob said...

gila babi punya sinopsis.
mohon tayang.

Nur Areefah said...

nak sign!

Abang Zam said...

mohon jadiakan filem box office ya

kakak comel said...

ngekk aa..aku ingat mimpi apa la mamat i buat review filem jiwang...

stress aku..
hahha

Bella Bell said...

hahaha. nice2.

Rain said...

mana muka abam aaron saya huhu

Sca Ndx said...

agak2 gua terkeluar leww leww sini, hariz nak tomoi gua tak?

Syf serabai. said...

haha,dah ditayangkan belum?

Anonymous said...

..kelakar giler.. rajin gila ko edit gmbr tu zoul..tp yg xbleh blah..sipnosis cite yg mcm haram kelakar..hahaha..ni aku fendi@ako..

~* chirpy_chummy *~ said...

lokasi kejadian di Shah Alam plak tu. xde tpt len ke? heh!


aku kasi 3.5* utk review nih.

Sarip said...

review ka sinopsis?

Quze said...

hahahaha...baca sinopsis je aku da tau kutipan 4 hari tayangan mesti 12 juta...haha

Muhd Aqmar said...

filem wajib tonton ni. hahaha.

Anonymous said...

[url=http://www.onlinecasinokuwait.com]casino[/url] [url=http://www.orderthepill.biz]viagra[/url] [url=http://www.casinolasvegass.com]online casino[/url]

Selimpang Jipun said...

hancurrr... ketat muka gelak... hahaha