Wednesday

1+1=3, 1-1=x.

Dear Hidayah,

buat meeting dekat cafe boleh? ada benda nak tanya pasal program amal. Seriously important. Meet me at 2 ok?

Am


kertas tersebut Amir lipat kecil dan diberi kepada sahabatnya Khairul.

"nah, kau bagi dekat awek kau Shuhada, suruh dia pass dekat Nurul, cakap dia tolong bagi pada Fatin, so dia boleh tolong pass dekat Anis roomate Hidayah, cakap kat Hidayah, Amir bagi"

Muka Khairul berkerut. Dia terdiam memandang kertas ditangannya memikirkan nama nama yang disebut Amir. Terkumat kamit mulutnya menghafal nama nama tersebut.
Dia bertanya kepada Amir.

"Why not kau text je Hidayah. Dia ada handphone kan?"

"Ada tu ada. But she refused to give her phone number to me. She said 'Tak ada keperluan lagi. Kalau ada apa apa yang penting, email pun boleh..' " Kata Amir sambil cuba meniru suara lembut Hidayah.

Khairul hanya ketawa melihat Amir dengan muka masamnya. Dia tahu yang sahabat baiknya menyimpan perasaan terhadap Hidayah. Tapi semua orang tahu, Hidayah dan Amir merupakan dua elemen berbeza yang tidak boleh bercampur, macam air dengan minyak. Seorang genius matematik dan seorang lagi bakal ustazah. Masing masing punya perwatakan berbeza.

Pintu bilik Amir diketuk. Macam biasa, Khairul terpacak dihadapan pintu. Amir tersenyum melihat kertas putih kecil ditangan Khairul. Sepantas kilat kertas tersebut dirampas daripada tangan Khairul. Tapi kecewa melihat kertas tersebut adalah kertas yang sama diberinya sebelum ini. Khairul ketawa.

" Itu lah kau. Kalau ye pun nak buat meeting, cari lah waktu yang betul. Ini tak. buat benda tak fikir."

"apa benda yang kau mengarut ni. Betul lah aku ajak pukul 2. Time tu kan dia free?"

" Assalammualaikum ya Amir si tua nyanyuk. Nie mai nak habaq kat hang. Hari ni hari jumaat. Pukoi dua memang la dia free. Tapi kita nie Abang Amir oi kena pi semayang"

Amir tepuk dahi. Khairul pun tolong tepukkan dahi Amir sekali. Lebih berkat katanya. Amir ambil kertas putih tadi, dan tambah 'jumpa esok' di hujung kertas. Boleh la ni nak coverline. Kata Amir dalam hati.

Esoknya, jam satu setengah lagi Amir dah tercegat di cafe.

"Assalammualaikum" Satu suara lembut menyapa Amir yang sedang duduk menunggu.

Amir menoleh belakang. Terpegun melihat Hidayah yang berdiri dihadapannya. Terlupa menjawab salam, Amir menjemput Hidayah duduk.

" eh, tak apa lah. Kita je ke? Sepatutnya semua kena ada kan untuk meeting ni?" tanya Hidayah.

" no, only two of us. Nak bincang pasal kos program je sebenarnya. Macam ada yang tak kena"

" Ok Amir, boleh tak kita bincang esok dalam kelas. Rasanya ada sikit masa antara dua kuliah yang boleh kita guna, insyaAllah. Saya balik dulu."

"eh Hidayah, kalau ye pun makan lah dulu. My treat"

"tak boleh Amir. Tak boleh.." kata Hidayah tersenyum.

"Kenapa tak boleh pula?"

"sebab 1 + 1 = 3. Assalammualaikum" Hidayah berlalu pergi daripada cafe.

Sepanjang hari Amir memikirkan maksud 1+1=3. Sebagai seorang pelajar yang pandai dalam matematik, formula tersebut sangat mengganggu pemikirannya. 1+1 hasilnya sepatutnya dua. Bukan tiga. Kenapa Hidayah cakap 3? ah..tak mungkin dia tersilap.

Kata Khairul, 1+1=3 itu bermaksud seorang lelaki dan seorang perempuan jika disatukan hasilnya 3 orang. Ibu, Ayah dan Anak. Tapi genius seperti Amir tidak mudah menerima idea tersebut. Bagaimana kalau mereka mendapat anak kembar? mungkin hasilnya empat. 1+1=4. atau 5 jika kembar 3.

Esoknya, selepas habis kelas, Amir cepat cepat menyapa Hidayah. Kali ini dia turut membawa Khairul bersama. Seperti biasa, tanpa membalas salam Hidayah, Amir terus bertanyakan maksud formula 1 + 1 = 3 yang diberi Hidayah.

" Rasulullah SAW bersabda 'Janganlah lelaki berduaan dengan perempuan bukan mahram kerana yang ketiganya adalah syaitan', hadis riwayat Abu Dawud. Harap Amir dan yang lain faham. Seorang lelaki yang duduk dengan seorang wanita yang bukan muhrim maka akan ada yang ketiga iaitu syaitan. 1 + 1 = 3" kata Hidayah berlalu dengan dengan fail fail ditangannya.

Amir terkedu. Khairul hanya mampu tersenyum sambil memegang bahu Amir. Jawapannya yang langsung tidak mampu difikirkan oleh mereka berdua, walaupun oleh seorang genius matematik seperti Amir. Amir mulai sedar tentang sesuatu yang kosong dalam dirinya selama ini.

*****************************************************************************

"Aii...jauh termenung, teringat siapa?" Hidayah menyapa lembut suaminya.

" tak adalah. Teringat equation awak dulu. 1 + 1 = 3"

"haha.. saya ingat lagi muka awak masa tu. Kelakar, genius matematik yang tak tahu jawapan equation mudah"

"hehe..masa tu saya ni tak pandai lagi bab bab agama ni. Alhamdullilah, lepas dengar jawapan awak tu, Tuhan bagi juga kesedaran dekat saya ni."

"Alhamdullilah. Kalau tak ada lah saya dapat suami genius matematik. kan?"

"iyeeeeee la tuuu... saya ingat nak buat kenduri lah. Sebagai tanda syukur. Lagipun bulan ni ada rezeki lebih.

" elok juga tu. Bersyukur untuk apa?"

" bersyukur kepada Allah swt, for giving me both hidayah and Hidayah." kata Amir tersenyum. Hidayah turut sama tersenyum.

"oh, saya ada equation baru tau. Lagi hebat daripada awak punya"

"amboi dia, tahulah genius matematik pun. Equation apa?

" 1 - 1 = x"

"ini betul punya pelik. Kenapa x? 1 - 1 = 0. z, e, r, o. hehe"

"no lah sayang. 1 - 1 = x. Maksudnya, me minus you is void." kata Amir tersenyum. Hidayah turut sama tersenyum sambil menyandarkan kepala di bahu Amir. Masing bersyukur dipertemu dan disatukan oleh Tuhan Yang Maha Esa.


"Kalau belum halal, 1+1=3. Kalau dah halal, 1-1=x, Me minus you is Void"

:)