Thursday

Subuh terakhir yang penuh kejutan.

Macam biasa, subuh yang sejuk pagi itu, masing masing masih lagi berkelubung di atas katil. Dalam bilik aku, orang yang paling rajin pergi surau adalah Fikri. Fikri ni alim dan lurus orangnya.Tapi pagi tu, Fikri pun macam tak sedar diri tidur. Dengkuran dia sama kuat dengan bunyi kilat kat luar. Aku terjaga sebab rasa nak kencing.

'heavennya dapat tidur time time macam nie..'

tiba tiba dengar Farhang mengigau. Macam biasa dia mengigau pasal nak beli tiket balik Dungun.

"Boh, tiket balik ganu esok ade? dungun se. Single seat, tak mboh duduk belakang drebar, takut pino mate"

aku hanya mampu menggelengkan kepala sambil menyelimutkan roomate pantai timur aku itu.

'kesian roomate aku, dah tiga bulan tak balik rumah'

aku teruskan perjalanan aku untuk ke tandas, seorang lagi roomate aku juga sedang nyenyak tidur. Diluar bilik, aku lihat blok Desamara Cahaya suram. Cuma lampu koridor dinyalakan. Bilik masing masing semuanya gelap kecuali beberapa bilik. Bilik Azman Qari sebab dia selalu bangun subuh baca quran tapi malas pergi surau, tak ada stamina katanya, bilik Johari Klate yang sememangnya kalau hujung minggu jadi night club asrama, dan bilik Salman a.k.a Salma Cantik yang cukup takut tidur dalam gelap. Hari tu dengar cerita blackout tengah tengah malam, Salma Cantik tak boleh tidur. Dia kumpul semua torchlight yang ada dalam asrama, pasang dalam bilik beliau. Dia cakap, dia risau kena rogol. Euh!

'siapa yang rogol Salma Cantik memang sakit mental. Kau nak rogol macam mana pun aku tak dapat bayang. Member tu bukannya ada usb port."

kembali ke cerita aku nak kencing. Siapa yang duduk asrama tapi tak pernah dengar cerita hantu tandas, memang bukan budak hostel sejati. Cerita paling menakutkan aku dengar, ada orang jumpa kepala kambing siap dengan bunyi lagi dalam jamban kelima dari kiri. Tapi aku yakin cerita tu palsu sebab dalam toilet asrama aku, jamban ada empat je. Aku masuk dan kencing berdiri dengan tak tutup pintu sebab konfiden sangat tak ada siapa nak usha. Tiba tiba dengar suara orang daripada belakang.

"hmmm..mantap.."

tersentak aku sampai tersasar target. Celaka, aku kenal suara gedik garau nie. Aku paling ke belakang nampak Salma Cantik tengah usha bontot. Aku tepis sikit pintu separuh tertutup. Apa pondan ni buat pagi pagi buta dalam toilet.

waktu keluar daripada tandas, Salma Cantik tengah gosok gigi dekat sinki. Aku malas tegur nanti dia ingat aku nak ngorat dia pulak. Sorry. Not my cup of tea. Even dia memang tak ada cup pun. Tiba tiba aku dikejutkan sekali lagi dengan bunyi hon motor.

"piinnnnnnn!!!!pinpinpinpinnnnnnnnn!!!pinnnnnnnnn!'

dalam hidup aku, ada tiga bunyi yang membuat hati aku berdebar debar. Satu bunyi mak aku panggil aku dengan nama penuh siap dengan nama bapak, kedua bunyi loceng sekolah jam 10.30 pagi hari selasa dan khamis yang menandakan masuknya waktu penderitaan aku dalam kelas Kimia Cikgu Hairi dan yang terakhir sekali bunyi ini lah. Bunyi hon motor Ustaz Bakar aka Abuya. Bunyi hon kejut subuh dan waktu untuk rotan batang kayu berdiameter 8 cm menjalankan tugas di bontot bontot pelajar asrama. Bontot aku jangan cakap lah dia punya experience tinggi gila lah dengan batang kayu tersebut. Kamceng sangat dah.

'kalau aku jadi pemimpin negara, pastikan batang kayu tu ada dalam muzium memperingati ketokohan aku.'

Desamara Cahaya hura hara. Semua orang bergegas ke surau. Salma Cantik lari balik bilik dengan buih Colgate di mulut. Aku boleh nampak Azman Qari menyelinap ke belakang blok sambil betulkan kain pelikat. Suasana suram blok tadi dah jadi macam ada gempa bumi. Siapa yang tak takut dengan Abuya. Berbadan besar berwajah bulat, untung beliau tidak dilahirkan berkulit hijau. Jika tidak, saling tak tumpah macam Shrek.

Aku lari masuk ke bilik. Dem. Roomate aku dua orang dah lesap. Tinggal Fikri je tengah tidur mati atas katil. Aku nak kejut tak sampai hati. Macam comel sangat pulak dia tidur sambil tangan tutup mata. Aku buka pintu loker, dan sembunyi dalam loker tersebut. Nasib baik baju aku banyak dekat ampaian. Setelah 5 minit, aku dengar bunyi motor depan pintu bilik. Aku membatukan diri dalam loker.

'Maafkan aku Fikri. Aku doakan bontot kau syahid'

Daripada dalam loker, aku dapat intai sikit Abuya dah masuk dalam bilik dengan mata terjegil memandang ke arah Fikri. Kesian Fikri, tiba tiba aku rasa bersalah.

'Ya Allah Ya Tuhanku. Kau selamatkan lah Fikri roomateku daripada kekejaman hamba Allah mu yang menakutkan itu. Aku berjanji esok aku kejut Fikri pergi surau. Amin.'

Pappppp!

Aku tak dapat kesan mana datang sound effect tersebut sebab aku tak nampak jelas, tapi aku dapat agak bila Fikri bangun sambil gosok gosok bontot. Tak sempat Abuya buka mulut terus Fikri berlari pergi surau. Abuya garu kepala. Aku pun terasa nak garu sekali. Fikri pakai short kot tadi. Pergi surau pakai short memang mengundang musibah. Tersentak aku bila Abuya pandang loker. Tepat ke arah mata aku.

'fuhhhh..fuhhh..fuhhh..pergi kau..pergi..fuhhh'

danggggggg!

pintu loker tadi Abuya tarik dengan ganas. Aku automatik pejam mata sambil bersandar dalam loker. Buat buat mamai bila dia buka pintu loker luas luas.

'eh ustaz..bila sampai..apesal muka macam Ogre je nie'

Aku terus putus asa. Keluar daripada loker aku rasa bontot aku dah menangis minta simpati. Aku doa beliau diselamatkan Tuhan pada pagi ini. Abuya dah nak angkat batang kayu parking dekat bontot aku. Entah macam mana aku punya dompet terjatuh daripada dalam loker. Aku pusing belakang tunduk ambil dompet tersebut. Doa aku makbul. Bontot aku selamat, tapi kepala jadi mangsa kekejaman batang kayu berdiameter 8 cm. Tepat batang kayu tersebut hinggap ke kepala aku. Abuya dah gelabah sebab salah parking kayu. Mata aku berpinar. Aku dah terjelepuk dengan kepala aku di lantai. Dalam samar samar subuh itu, aku dapat lihat Farhang tengah sembunyi bawah katil dengan mulut ternganga tengok kepala aku disetubuhi batang kayu tersebut sebentar tadi.

*******************************************************************

Sejak daripada hari itu, subuh aku dalam bilik je. Disebabkan rasa bersalah, Abuya dah tak pernah masuk bilik aku kejut subuh dah. Dia hantar konco konco dia je. Setakat Azman Qari atau Khalid Sejadah tu selamber je aku tarik selimut. Lepas tu Abuya jumpa cara yang lebih efiesien untuk tarik orang pergi subuh. Dalam ucapannya waktu roll call malam minggu, dia quote

" Lelaki yang gagah akan ke subuh. Lelaki yang pengecut tidur berselimut. Pilih, nak ikut suruhan Tuhan atau nak jadi Salma Cantik"

Salma Cantik pindah sekolah sebulan lepas tu. Dia rasa hak beliau sebagai 'wanita' dicabul. Dia didiskriminasikan.