Wednesday

Zine Satu Malam

Zine itu berasal daripada perkataan fanzine yang diambil daripada singkatan perkataan magazine. Selalunya anda akan jumpa zine ini dalam bentuk buku kecil yang dijual dalam harga yang murah. Cara menyebut perkataan zine mengikut takrifan aku tanpa disokong mana mana pakar bahasa adalah zin.

Tapi Zine Satu Malam ini boleh dijumpai dalam dua bentuk, buat masa sekarang dalam bentuk digital sahaja. Bentuk solid belum ada masa untuk print. Ok sekarang nak tahu apa itu Zine Satu Malam?

Zine Satu Malam ini adalah sebuah zine yang dihasilkan dalam masa satu malam sahaja. Sebelum matahari terbit esok hari, zine ini akan terbit dahulu dengan izin. Karya karya yang terdapat dalam zine ini pula dihasilkan oleh orang orang biasa dan orang orang yang tak biasa seterusnya menjadikan zine ini luar biasa.

Apa motif zine nie? Zine ini buat untuk suka suka. Tak ada motif rasmi, tapi kalau perlu nampak mulia aku akan cakap zine ini dibuat untuk untuk galakkan anak anak muda menulis, berkarya dan bereksperimentasi dengan nilai kreatif dalam diri masing masing. Dan kalau perlu motif keuntungan aku akan cakap zine ini dibuat untuk dijual di event event tertentu seperti Pekan Frinjan.

seterusnya aku ingin menjemput semua yang membaca untuk memuat turun dua Zine Satu Malam yang telah diterbitkan. Edisi pertama bertajuk Bangang dan edisi kedua bertajuk Terima Kasih.




nak join kami? Sila sertai kami di fan page ZineSatuMalam.

“Jam-jam panjang yang dihabiskan untuk menulis, menggambar, melay-out, dan lain-lain. Adalah jam-jam yang tak digunakan untuk sekedar dihabiskan di depan layar televisi, dihabiskan untuk konsumerisme, atau untuk berbagai hal lainnya yang sering digunakan untuk membunuh waktu luang oleh sebagian besar masyarakat kita.” -Tad Hirsch

Tuesday

Cinta Shoutmix

Klise kan cerita pasal cinta pandang pertama. Tapi cinta aku bermula tanpa pandangan. Hari ini setahun yang lepas, aku jumpa nama itu di shoutmix blog ini. Nama yang hampir setiap malam selepas malam itu, akan sentiasa ada di shoutmix. Sampai lah ke hari ini, sentiasa ada waktu suka dan duka aku. Terima kasih Rainbowcloudy. Dah setahun. :)
Lepas aku jumpa dia, aku dah tak layan makwe lain dalam shoutmix.Sorry ye, bukan i tak nak, tapi dah makwe i garang, nak buat macam mana. keh keh keh

Friday

Cermin

Pagi tersebut selepas dia (perempuan) habiskan sarapan telur separuh masak dua biji dengan dua keping roti bersama secawan kopi, dia ambil keputusan untuk memandu laju ke sebuah kedai di hujung bandar.

sampai di kedai, tanpa melihat cermin sisi, cermin pandang belakang mahupun cermin di simpang jalan, dia membelok. Membabi buta mengikut hati. Tuah sentiasa menyebelahinya, 8 tahun competent tak pernah accident.

sampai di kedai, dia menuju dan kaunter dan menegur pemilik kedai tersebut. Membahasakan diri sebagai saya, dia (perempuan) menanyakan tuan kedai tersebut (lelaki) tentang kewujudan sebuah cermin antik berbingkai kayu (tiada jantina) yang dikatakan dijual disitu. Tuan kedai itu tersenyum. Setelah menunggu selama 5 minit, dia (perempuan) akhirnya melihat cermin antik berbingkai kayu itu diatas kaunter. Balut, itu kehendaknya. Cermin dimasukkan kedalam kereta, sekali lagi tanpa melihat cermin sisi, cermin pandang belakang mahupun cermin di simpang jalan, dia membelok. Tak tahu kenapa dia tidak pernah kecundang, bagi memenuhi tuntutan cerita mungkin.

Sampai di rumah, cermin antik berbingkai kayu itu digantung disudut tersembunyi biliknya. Dia tersenyum puas. Dia tahu cermin itu bukan cermin biasa. Dia pergi ke sudut bilik dimana tingkap empat segi dengan langsir putih berada, dia mengalunkan mantera tanpa melihat cermin antik berbingkai kayu.

Datang angin meliar pada ku,
Bawa cebis tilik magismu,
Datang cermin khabarkan daku,
Siapa gadis tercantik bagimu.

dan seperti yang diharapkan, cermin tersebut bersuara menyebut namanya. Malahan hari hari dengan soalan yang sama, jawapan serupa diberikan. Dia paling cantik, dia paing anggun, dia paling jelita. Tapi, tidak pernah sekali pun dia melihat cermin itu, hanya terbiar di sudut tersembunyi bilik,untuk ditegur tanpa dipandang. Sehinggalah suatu hari, diluar kelam, lebat hujan dengan petir sabung menyabung, suasana klise untuk sesuatu yang hebat berlaku. Benar dan pada hari itu, jawapan cermin tidak serupa dengan hari hari yang sebelumnya. Bukan dia (perempuan) itu yang paling cantik.

Dia (perempuan) mengamuk. Ditariknya cadar katil, dicariknya bantal kekabu, dan diherdiknya cermin itu. Sebagai seorang manusia yang punya simpati dan belas kasihan, dia berikan satu lagi peluang kepada cermin itu. Cermin (tiada jantina) ada satu peluang untuk membetulkan kesilapannya.

Cermin itu membantah. Katanya dia (perempuan) tidak ada hak untuk memberikan peluang kepada sesiapa pun. Dia perempuan angkuh, mana mungkin manusia angkuh yang riak dengan rupa paras sendiri dan mengeji luaran manusia yang lain punyai hak untuk memberikan peluang. Sabda cermin, perempuan itu (dia) adalah manusia yang berada dalam kebodohan. Mengetahui kebenaran dan menidakkannya adalah satu kebodohan. Enggan mengakui kekurangan dan kelemahan diri juga adalah satu kebodohan. Dan sekarang cermin antik berbingkai kayu (tiada jantina) tersebut memberikan satu lagi peluang kepada dia (perempuan). Pandang cermin itu dan lihat lah wajah, diri dan siapa dia (perempuan) yang sebenarnya.

Perempuan itu, dengan angkuh ketawa dan enggan melihat cermin. Katanya maruahnya terlalu tinggi untuk mengikut arahan satu objek pegun yang tergantung di dinding. Antara saat saat ketawa perempuan itu dengan perkataan terakhir yang keluar daripada bibirnya, dia tersedut masuk ke dalam cermin. Disambar vakum yang memerangkap dia selamanya dalam dimensi cermin.

Hari kembali cerah. Hujan berhenti dan tiada lagi petir sabung menyabung. Tuan kedai (lelaki) tadi datang dan mengambil cermin antik berbingkai kayu itu kembali untuk diletakkan di kedai kemudian menunggu mana mana lagi dia (perempuan) atau dia (lelaki) yang tidak punya refleksi diri untuk datang membeli. Untuk mereka mereka yang tidak mengetahui bahawa setiap perkataan perkataan yang keluar daripada mulut adalah satu pakej bersama cermin.

Wednesday

Lebai Khalid punya cerita.

Kerja tok kadi nie memang susah. tapi sebagai seorang khalifah yang ditugaskan Tuhan di atas muka bumi ini, Lebai Khalid tabah jua menjalankan tugas sebagai seorang tok kadi. Lebai Khalid yang dalam bulan lepas dapat anugerah Ustaz Celik Komputa Kampung Molten sebenarnya pandai main facebook. Kawan dia adalah dalam 547 orang. 531 orang lelaki dan selebihnya perempuan muhrim.

Ustaz Khalid selalu sangat nampak benda bukan bukan dalam facebook. Kadang kadang selang 30 saat je dia istifar, selang 30 saat je dia takbir. Banyak benda tak elok. Tapi sebab niat dia berfacebook itu nak berdakwah, nak bermesra dengan jiran tetangga, dia gagahkan juga. Dia tanpa putus asa, selalu tarbiah page page pencarian makwe cun dan jejaka jambu dekat facebook. Budak budak sekarang tak kenal makna tabarruj. Tutup aurat tak semestinya boleh paparkan gambar sesuka hati. Lebai Khalid selalu cuba nasihat budak budak page pencarian. Kena banned tu memang makanan Lebai Khalid. Sekali kena banned, dia buat profile baru dengan nama dan gambar profil yang sama. Bukan fake, tapi klon. Dia tarbiah lagi, dia nasihat lagi, dan dia sembur lagi semua ayat dia dengan harapan admin page pencarian yang bawah umur itu berubah. Dengan harapan semua budak bawah umur yang letak gambar dalam page itu insaf. Yang dah tua tu Lebai Khalid malas cara, sepatutnya dah pandai fikir, tapi jadi generasi lembu macam Shabran juga.

selepas 5 tahun....

di sebuah masjid terkemuka di ibu negara, kelihatan kelibat Lebai Khalid depan mimbar, tengah bersila mengadap laptop. Main facebook lettew. Dan selang beberapa minit pasangan pengantin dan keluarga pun sampai. Lebai Khalid sebagai Tok Kadi Celik Komputa Kampung Molten sempat ambik gambar pengantin dan upload segera di facebook dengan caption

" syukur satu lagi pasangan bakal menikah dan menjauhi maksiat hari ini. Lebai nie tak tahu bila "

tapi bila Lebai Khalid pandang pengantin perempuan terus dia istifar sekali kuat kuat. Semua audiens berdiri statik. Terkejut. Lebai Khalid tarik pengantin lelaki dan cakap,

"woi woi woi! Lebai kenal kot pengantin perempuan tu. Itu kan Awek Bertudung Ogos 2011! Gila kau, semua orang dah tengok kot apa yang dia ada, hari tu tak silap Lebai ada nampak lurah sikit walaupun bertudung. Putih susu dengan tahi lalat kiri. Semua orang dah nampak,sama rata sama rasa! "

pengantin lelaki terus tarik tangan Lebai Khalid, makin jauh daripada orang ramai.

"Lebai, u jangan cakap u tak kenal i. i nie Jejaka Sweet Julai 2012 tau. hik hik hik"

Lebai Khalid takbir kuat kuat.

Friday

Siapa sambut April Fool, dia bangang. Solid punya bangang. sekian.


dalam renyai renyai hujan, gadis itu laungkan pada pemuda yang sedang menunggu di atas motor berkuasa tinggi berwarna hitam.

"kita terpaksa berpisah. Aku tahu mungkin alasan yang akan aku berikan ini terlalu susah untuk kau terima, tapi percayalah aku tidak menipu. Aku adalah sejenis hidupan laut yang dijelmakan dalam bentuk manusia untuk menjadi teman hidup kau buat sementara dan seterusnya misi aku adalah untuk menghancurkan hati hati manusia seperti kau. Ya, seperti kau. Aku bukan manusia. Jadi kita harus berpisah."

"kau apa?" tanya pemuda tersebut untuk meminta kepastian. Dia terlalu terkejut mendengar penjelasan gadis tadi.

"aku adalah sotong jadian. Kau dan aku, tak akan mungkin bersatu. Aku dicipta untuk mengecewakan. Tinggalkan aku atau kau, kau akan lebih sengsara! kau terlalu baik untuk aaa.."

tanpa sempat gadis tersebut menghabiskan ayat ayat terakhirnya, pemuda tadi memecut motor hitam berkuasa tinggi dan melanggarnya. Gadis tadi rebah, ada darah mengalir di tepi bibir.

"maaf, aku alergik sotong." ucap pemuda tersebut sebelum berlalu pergi meninggalkan gadis tadi terbaring di sisi jalan.

Selepas beberapa minit, ada seorang wanita separuh usia melalui tempat tersebut. Tersentak melihat seorang gadis muda terbaring di tepi jalan, dia berlari dengan niat untuk membantu. Dia terlihat satu kertas kecil dalam genggaman gadis tadi. Di kertas itu tertulis

"27 cara untuk kejutkan boifren anda sempena April Fool"

Wanita separuh usia tadi tersenyum. Meletakkan kembali kertas tadi di tangan gadis. Lalu berkata,

"Ooo, April Fool. Goodluck ye adik, mesti boifren adik terkejut gila babi tengok makwe dia cedera parah macam nie. Nice make up"

Wanita separuh usia berjalan pergi. Gadis tersebut masih lagi terbaring di sisi jalan. Dalam renyai hujan.