Friday

Perihal mimpi bersama Kugy.


Tadi petang aku tertidur dek keletihan. Letih membaca dan berfikir. Bukan sahaja hal kerja tapi hal orang orang sekeliling dan kawan kawan yang telah pergi tanpa sebab yang aku atau mungkin juga dia sendiri tak pasti, malah perkara ini ikut terbawa bawa sekali ke dalam mimpi.

Dalam mimpi ceritanya mengenai kami berempat sekawan. Kenapa empat? Mungkin sebelum terlelap otak aku sempat berpaut pada beberapa isi novel Perahu Kertas yang dibaca, malah salah seorang wataknya turut sama hadir dalam mimpi sebagai salah satu ahli empat sahabat, Kugy Karmachameleon!

Dipendekkan cerita kami berempat bergaduh. Kugy monyoknya paling comel sekali, yang dua watak yang lainnya aku tidak ingat siapa. Memang sudah menjadi kebiasaan aku bila bangun tidur saja mendadak ditimpa amnesia. 

Apa yang aku ingat, perkara terakhir yang berlaku sebelum aku terjaga adalah kami bergaduh, seolah olah dunia persahabatan kami yang sebelumnya tidak wujud, saling bertengkar seperti benar benar membenci dan menarik muka sesungguh hati. Suasana sepi sebentar sampai Kugy tiba tiba memberi satu idea paling bijak pernah aku dengar dan menjadi tujuan utama aku berkongsi mimpi ini. Kata Kugy, 

"Bagaimana kalau kita tinggalkan saja pergaduhan ini dititik hidup kita jam ini, hari ini dan pada tanggal ini, kemudian kita biarkan masa mengasuh kita sampai matang. Dengan hati yang kurang berang dan fikiran yang tenang, kita boleh lawat semula titik ini dan berbincang atau langsung meninggalkannya di belakang. What say you?"

Hal seterusnya aku tidak ingat, mungkin kami sama sama menjerit setuju atau bersikap bodoh tidak ambil peduli. Jika begitu, malam ini aku harus tidur awal dan meminta maaf daripada Kugy.

Thursday

Pengalaman Bersunat Saya.


Saya 10 tahun lepas.

Tadi aku pergi kenduri orang bersunat. Tengok sebelum budak tu bersunat, bukan main ramai lagi golongan pasca-sunat datang kabor benda yang bukan bukan ke budak tu. Tak ketinggalan orang orang tua yang entah entah konek dia  dah tak ada fungsi, pun nak terlibat sama dalam hal menakutkan budak budak pra-sunat ni. Paling tak patut bila ada seorang makcik ni tiba tiba menyampuk beritahu dia yang sakit bersunat ni bersamaan dengan sakit nak bersalin. Namun budak itu hanya membalas dengan berpegang teguh pada  slogan tradisi masyarakat melayu, "sunat tu sakit dia macam kena gigit semut" dengan tenang. Namun dalam hati dia siapa lah yang tahu. Apatah lagi kalau tiba tiba aku pergi beritahu dia akan kewujudan sejenis spesies semut Bulldog yang boleh menyebabkan kesakitan luar biasa sekali gigit, malah menyebabkan kejutan anafilaksis pada orang yang ada alergi dan menyebabkan kematian beberapa orang setiap tahun di Australia. 

 Lepas tu dia pergi klinik dengan ayah dia bersama 3 ratus orang lain lagi yang mahu turut serta mengikut. Aku pun tak faham lagi ni konsep nak pergi bersunat dekat klinik pun nak buat macam rombongan nak pergi menikah. Mula la aku nak terkenangkan cerita aku bersunat 10 tahun lepas...

Pada satu malam yang hening sewaktu cuti sekolah, kami sekeluarga sedang menonton sebuah drama swasta di tv. Aku tak ingat drama apa, tapi yang pasti bukan cerita mistik sebab scene cerita hantu ni tak naik lagi, masa tu Senario masih lagi bertakhta di hati rakyat jelata walaupun Azlee dah start buat muka bajet kelakar mata juling jelir lidah minta penerajang dia tu. Mujur aku tak kaya, kalau tak seminggu sekali aku terajang skrin tv. Malam itu, aku tak ingat macam mana tiba tiba aku boleh suarakan pada ayah yang aku nak pergi bersunat. Ayah aku bingkas bangun dan hulur duit RM50. Sekarang nak bersunat RM150, nampak sangat industri berkhatan pun dah korup.  

Keesokkan paginya, lepas sarapan nasi lemak dua bungkus aku terus mengayuh basikal ke untuk pergi bersunat di tempat yang kira kira 17 kilometer jauhnya. Kalau ikutkan hati memang aku ingat nak pergi jalan kaki je, tapi sebab mak aku berkeras suruh naik basikal, aku ikut kan saja. Aku pun bergegas ke klinik Dr. Hj. Othman. Dr. Hj. Othman ni adalah doktor paling terkenal dekat negeri Perlis dan daerah Kodiang. Orang Perlis yang tak kenal dia ni terbahagi kepada dua kelompok masyarakat sahaja, satu masyarakat yang masih percaya bomoh dan satu lagi masyarakat yang tak reti sakit. Tapi mana ada orang yang tak sakit dah sekarang ni ye tak, Superman pun boleh lumpuh. Sampai saja depan klinik, aku turun dan sandarkan basikal dekat kereta Mercedes Dr Othman. Terus aku pergi ke kaunter campak surat beranak buat pendaftaran. 

"Hai kak, saya nak sunat ni. Esok kiranya dah boleh la dah akak nak mengorat saya" Kata aku dengan penuh yakin sebelum dibalas "hotak hang" oleh kakak jaga kaunter yang tidak berperikemanusiaan dan tidak mesra kanak kanak itu. Aku duduk di kerusi, menunggu turn untuk bersunat. Ramai juga orang yang datang bersunat pagi pagi ni, masing masing datang dengan ibu bapa. Aku sorang je yang datang solo umpama seekor serigala yang berani keluar memburu seorang diri. Tiba tiba nama aku dipanggil, aku melangkah masuk ke dalam bilik doktor. Kelihatan Dr Othman bersama seorang misi yang comel macam Hello Kitty. Mungkin nama dia Siti, Siti Kitty. Aku tak ingat, tapi wajahnya masih melekat dalam ingatan aku sampai sekarang, gadis pertama yang memegang konek aku. 

Lepas baring atas katil aku sempat berpesan pada Dr. Hj. Othman " Doktor, boleh tak kalau tak pakai bius? Saya tak biasa la bius bius ni. Orang putih kabor bius is for pussy". Tiba tiba doktor terkejut, dia kata dia dah potong dah pun, takkan aku tak rasa? Aku pun ikut terkejut, dalam diam aku dah mula berdendam dengan mitos sakit sunat macam digigit semut. Tak sakit langsung, natang!

Selesai sahaja pengurusan konek, aku terus keluar dari bilik doktor dan berlari ke basikal. Seluruh warga klinik terkedu melihat ketangkasan aku bergerak walaupun baru 15 saat lepas bersunat. Aku kena balik awal, pukul 10 ada Dragon Ball. Basikal dikayuh laju, aku sempat memintas beberapa buah lori dan melanggar lampu merah di simpang depan sekolah Tok Sheikh. Sempat juga aku menegur Syarifah, budak perempuan rambut kerinting kelas 4 Seroja yang comel tu, "Hai Syarifah, awak tunggu. Nanti kita sembuh, kita cepat cepat masuk meminang awak". Syarifah hanya menjelir lidah, dan aku tersenyum sendiri. Orang tua tua cakap, jelir ni tanda setuju.

Sampai rumah terus aku buka tv, ada scene Goku tengah berborak dengan naga untuk hidupkan balik Kurin. Kurin ni aku rasa setiap 30 episod mesti dia meninggal. Buat bazir tenaga Dragon Ball. Waktu tengah memprotes kewujudan Kurin tu tiba tiba ayah aku hadir di belakang bertanya dah sunat ke belum? Aku cakap dah, entah entah dah sembuh dah pun. 

Minggu tu aku pergi sembahyang jumaat duduk saf depan sekali. Sebenarnya mula mula aku pergi duduk sebelah imam, tapi ada ada sorang pakcik ni kabor menjadi pemimpin adalah memilih untuk mengetuai dan bersendirian di barisan hadapan. Aku undur ke belakang. Kawan kawan yang masih belum bersunat hanya mampu menjeling di saf belakang. Aku terkekeh sedikit sebelum angkat takbir tanda riak kecil. 

Begitulah pengalaman saya bersunat, 10 tahun lepas. Adik adik yang masih belum bersunat, abang tinggalkan satu mutiara kata untuk kalian renung renungkan.

"Bersunat sunat dahulu, bergebang gebang kemudian".

Begini, seorang gadis berikan aku nombor telefonnya.

Seorang gadis memberi aku secebis kertas yang tertulis nombor telefonnya dan aku jadi kaget. Ini adalah kali pertama seorang gadis memberi aku nombor telefonnya secara sukarela tanpa memerlukankan kebijaksanaan aku untuk mengatur strategi seperti mengaku sebagai seorang pegawai dan memintanya mengisi borang bantuan kerajaan atau mengacu sebilah pisau ke lehernya. Taktik yang kedua biasanya berakhir d
engan nombor telefon palsu yang membawa aku kepada perbualan "Gua mana ada anak perempuan. Sekarang lu nak beli ke tak tong gas ni?".

Cerita ini ditulis dalam kepala ketika aku sedang tercegat memandang kertas ditangannya, dan sekarang ianya menghampiri dua minit yang janggal. Aku yakin pada saat ketiga, dia akan menurunkan tangannya dan berlalu dengan hati yang hancur akibat ajakan bercinta yang tak berbalas. 

Dan aku, tiba tiba memegang pergelangan tangannya dan berkata, kalau awak yakin kita mampu bercinta dengan sempurna, jangan beri nombor telefon. Berikan hati awak - bukan separuh tapi sepenuhnya - pada saya. Saya akan letakkan dalam ruang kosong hati saya dan kita lihat jika Tuhan mengizinkannya. Dan kalau ya, tiada lagi hati awak atau hati saya, yang akan tinggal cuma hati kita.

Dia tunduk dan menangis. Katanya, hatinya sudah tiada. Dia tidak menyedari bila, tapi pada suatu pagi yang hening, bila terjaga dari tidur hatinya sudah berada di bawah bantal seorang lelaki yang lenjun dalam mimpi basah seorang puteri. Dan tindakannya memberi nombor telefon kepada aku adalah satu percubaan untuk meminjam hati secara curi curi untuk menyingkirkan segala toksin cinta bertepuk sebelah tangan.

Aku tersenyum dan mengusap lembut jari jemarinya sebelum memujuknya dengan berkata, awak cuma perlu berterus terang dan saya akan meminjamkan hati saya untuk awak buat sementara. Tapi jangan berbohong, kerana jika saya berikan hati ini dengan niat untuk selama lamanya, mungkin saya pula yang dicemar toksin kecewa dan mati akibat keracunan cinta pura pura.

Nombor telefonnya kini sudah disimpan dalam telefon aku, berlabel teman baik - berstatus dalam rawatan.

Friday

sedutan cerpen Cinta Ini, Kadang Kadang Tak Ada Logika untuk Agnes.


"Nantilah jumpa, sibuk sikit ni"

SMS itu aku baca dengan satu senyuman kecil. Aku yang bodoh, sebab yakin sangat yang kau - macam aku, juga akan teruja bila dapat peluang untuk berjumpa. Macam malam ini, aku dah sampai depan kediaman kau, dan cuba buat kejutan mesej tanya nak jumpa ke tak dan bila kau balas 'nak!' aku rancang mahu segera cakap 'dah ada dekat depan ni dah pun!'. Kau akan ketawa dan kita boleh makan aiskrim bersama. Tapi betul lah, tadbir mana boleh lawan takdir.

Dan laki laki tolol seperti aku, dalam banyak banyak benda nak beli untuk ceriakan malam kau, aku pilih aiskrim yang akhirnya cuma terbazir mencair dalam raga motor. Selepas ini aku mungkin patut pilih teddy bear coklat atau coklat Cadburry dengan bungkusan kalis air.

Ya, kalis air, sebab malam tadi hujan. Aku redah hujan rintik rintik itu dengan alasan cuma satu, rindu. Rindu senyuman kau yang selalu buat aku khayal dan rasa macam lelaki paling bahagia dalam dunia. Balik tadi, hujan lebat. Aku basah atas motor, redah lebuhraya dengan tubuh yang menggigil sejuk dan hati yang membeku dingin.

Tadi dengan mata yang terpejam pejam hadap lebat rahmat Tuhan itu, aku cuma fikirkan kau. Kenapa kita tak punya keterujaan yang sama? Kemudian lekas lekas aku padam persoalan itu selepas aku sedar aku masih lagi seorang laki laki yang beruntung kerana sekurang kurangnya kau masih mengaku sayangkan aku. Dan untuk itu aku tak patut persoalkan hati kau yang ada pada aku, dan yakin dengan hati aku yang ada pada kau. 

Hujan yang jahat sayang, hujan jahat.


Bukan paling cantik dalam dunia, tapi cantik.


Seorang kawan perempuan pernah duduk di sebelah saya dan mengadu betapa dia tidak gembira dengan dirinya sekarang. Saya yang sedang makan aiskrim tiba tiba berasa simpati lalu cepat cepat saya makan aiskrim tersebut sampai habis supaya dia tidak berasa teringin. 

Katanya, kali terakhir dia berasa gembira adalah ketika dia kecil molek lagi, menyelinap masuk ke dalam bilik tidur ibunya, memakai segala jenis gincu, bedak muka dan maskara lalu memperagakannya di depan meja solek. Ketika itu, dia adalah perempuan paling cantik dalam dunia. Sekarang, walau di hadapan meja solek, dengan gincu, bedak muka dan maskara yang sama perasaan perempuan paling cantik dalam dunia itu tidak pernah hadir lagi. 


Saya memandang wajah muramnya, memberi sedikit senyuman agar dia tidak hanyut dalam rasa sedihnya. Jujurnya, saya tidak tahu apa yang saya harus katakan, tapi berdiam diri bukan lah satu pilihan. Lalu saya keluarkan sekeping syiling dua puluh sen dari dalam poket. Lihat syiling ini, awak tahu ketika pertama kali ia dikeluarkan, warnanya perak terang dan berkilau. Tapi sekarang, setelah beberapa tahun syiling ini jadi kusam. Pernah awak dengar orang mengadu syilingnya kusam? Tidak berkilau? Tak, kerana yang penting bukan permukaan, tapi nilainya. Begitu lah juga awak dan semua orang. Tak penting samada kita cantik atau tidak, tapi yang penting nilai kita pada orang orang sekeliling. Misalnya nilai awak pada saya, adalah sebagai seorang kawan. Cantik atau cacat, tetap nilai sebagai seorang kawan itu tidak berubah. 


Dia memandang wajah saya, dan saya memandang wajah dia. Dengan mata yang berair dia mengangguk angguk, katanya saya betul kerana walaupun saya tak kacak, dia masih rasa nak berkawan dan mengadu dekat saya. 


Saya senyum, dan beberapa saat selepas itu kawan perempuan saya mati tersedak syiling dua puluh sen. Arwah selamat dikebumikan di Kuala Kangsar.

Thursday

Email daripada seorang peniaga mimpi mimpi indah yang diikat kemas dalam belon belon kuning diisi helium untuk jiwa jiwa sepi di sebuah funfair di pinggir bandar.


Tolong jangan abaikan email ini, setidaknya baca lah dahulu sampai selesai. Aku tidak meminta sesuatu yang berat sampai mendatangkan mudarat. Baca lah.

Pernah suatu masa dahulu pekerjaan aku adalah sebagai seorang peniaga mimpi mimpi indah yang diikat kemas dalam belon belon kuning diisi helium untuk jiwa jiwa sepi di sebuah funfair di pinggir bandar. 

Setiap hati sunyi yang lalu akan ku tegur dengan senyuman mesra dan bertanya, hai, mahu beli mimpi indah? Kebanyakan mereka berlalu pergi tanpa sebarang reaksi atau ketawa kecil melihat aku dengan tubuh gempal memegang tali tali yang mengikat belon belon kuning. Tapi bagi yang berhenti, akan aku ikatkan tali belon kuning di pergelangan tangannya dan mengucapkan terima kasih. Mereka akan bertanya bayarannya berapa dan aku akan menjawab, tiada cuma cuma anda harus percaya.


Bagi yang memilikinya pasti akan kembali dengan wajah ceria diiringi dengan seketul hati yang melompat kegirangan. Kata mereka, malam tadi adalah malam paling indah! Aku tersenyum, tumpang bahagia. Mereka gembira, aku turut serta merasainya.


Sampai lah pada hari ini, aku kehabisan belon belon kuning. Yang tinggal cumalah belon kelabu dan hitam dalam stor. Tapi belon belon itu tidak aku jual, ianya milik aku yang selama ini aku sorokkan di belakang rumah. Keresahan yang selama ini dibawah kaki mula memeluk hati yang cungap. 


Jadi aku ingin meminta belas kalian yang pernah aku berikan ataupun ada memiliki mimpi mimpi indah yang diikat kemas dalam belon belon kuning diisi helium untuk jiwa jiwa sepi di sebuah funfair di pinggir bandar, pinjamkan lah cebisan keindahan itu pada aku, sekurang kurangnya sampai aku menemui belon belon kuning yang baru?

Tuesday

Kawan tapi stranger.


Aku sebenarnya gemar berbual dengan orang yang tidak dikenali di hentian bas, dalam LRT atau di laman sosial seperti twitter atau facebook. 


Sampai lah pada suatu hari ada seorang perempuan berambut panjang dengan t-shirt biru dengan seluar jeans duduk di sebelah menegur aku dalam LRT. Dia tanya mahu ke mana? Aku memberi jawapan beserta senyuman, Shah Alam, jumpa kawan. Untuk tidak mematikan perbualan aku bertanya, selalu ke sembang dengan stranger dalam komuter? Dia ketawa, hei mungkin sebenarnya kita sebelum ini pernah berkawan, siapa tahu? Aku ikut ketawa, tanpa sebab yang jelas. Kalau sudah berkawan bagaimana boleh jadi stranger? tanya aku. 



Dia membalas, jadi kawan tidak ada waranti, tidak ada jaminan selamanya kawan. Mungkin hari ini kita berkawan, tapi di lain hari kita jadi asing seolah olah tidak pernah saling mengenali. Lain lah kalau jadi sahabat. Walaupun secara literalnya maksudnya sama, tapi kita jarang jarang memakai terma sahabat sebagai gelaran kepada kawan kawan atau teman. Mungkin juga sebab janggal, tapi bagi saya gelaran itu istimewa. 



Aku ikut mengangguk, gembira. LRT sudah hampir sampai ke KL Sentral, dan aku perlu turun untuk menaiki komuter ke Shah Alam. Aku berdiri dan bergerak ke pintu sebelum berpaling, hei, saya tarik balik jawapan tadi. Saya ke Shah Alam jumpa sahabat, bukan kawan. Dia cuma tersenyum dan membalas, harap mereka pun anggap awak sahabat, bukan kawan!



Pintu terbuka dan aku melangkah keluar sebelum tiba tiba terhenti dan menung sendiri di bawah kipas statik memikirkan kata kata terakhir gadis tadi. Sampai sekarang aku fikir lagi.

Thursday

Secangkir kopi memori yang telah sejuk.


Dia pernah menangis di bahu aku dan aku sentiasa ada di situ untuknya. Kami sering melengkapkan ayat satu sama lain, berkongsi masalah, berbual mengenai perihal universiti, ketawa bersama membaca lawak bodoh dalam ruang borak facebook dan berkongsi minuman kegemaran kami, kopi.

Sampailah pada suatu pagi aku terjaga seperti biasa, dalam sebuah bilik bujang kosong dengan kipas siling berkelajuan sederhana, sisa sisa kuaci yang bertaburan di tepi tilam dan segelas kopi semalam yang telah sejuk. Manakala dia bangun dalam sebuah apartmen atas bar di negeri asing, dipeluk erat comforter putih tebal dan bersama samanya juga adalah segelas kopi semalam yang telah sejuk. Aku minum kopi tersebut, tapi dia, menuangkan kopinya ke dalam sinki.

Bingkai gambar kecil kami berdua di tepi tilam aku renung lama, lantas menarik aku ke dalam sebuah cebisan memori mengimbas saat kami berkongsi secangkir kopi panas di cafe universiti. Aku bertanya padanya, apakah kopi ini masih layak diminum jika ianya telah sejuk? Kau ketawa, menampakkan baris gigi putih dan sepasang lesung pipit yang memasung pandangan mata. Kata kau, kopi ini kan pernah hangat dan memberi nikmat pada kita, dengan aroma yang menusuk hidung dan rasa panas yang mengusap lidah, tidakkah meninggalkannya terus atas alasan ianya telah sejuk adalah pembaziran yang tidak wajar? Saat itu aku hanya mengangguk gembira sambil memerhatikan senyumannya.

Sekarang, bersama kopi sejuk ini aku hanya mampu berdoa satu hari nanti Tuhan akan temukannya dengan Khalil Gibran, yang akan mengingatkannya untuk memeriksa buku kenangannya kelmarin dan dia akan tahu bahawa dia masih berhutang kepada manusia dan kehidupan. 

Siri bercakap dengan maggi.


Tadi sempat berbual bual dengan maggi panas dalam mangkuk. Aku tanya dia, kenapa hidup aku mesti serabut dengan segala macam masalah. Maggi tersebut hanya tersenyum simpul. Aku tanya lagi kenapa hidup aku dipenuhi tekanan daripada segenap arah, sampai kadang kadang nak bernafas pun payah. Sekali lagi maggi hanya tersenyum simpul.


Aku angkat garpu tinggi dan lekas lekas dia membalas, kehidupan ini sebenarnya macam semangkuk aku juga. Serabut dengan kerinting kerinting kecil macam aku. Tapi kerinting itu lah yang akan kenyangkan kau nanti, keserabutan itu lah yang akan selamatkan kau daripada serabut serabut yang lebih besar di masa depan. Keserabutan beri kau pengalaman, satu pertahanan dalam semua ujian ujian Tuhan.


Sambung maggi lagi, tekanan itu pun macam semangkuk aku, panas. Tapi tekanan adalah benda yang kau mesti lalui dalam hidup, macam panas aku. Tak panas macam mana aku nak masak? Tekanan ini lah yang akan matangkan kau, yang akan jadikan kau seorang dewasa bila kau dah boleh fikir secara rasional tentang semua perkara yang berlaku di sekeliling kau.


Kau tengok aku, serabut dan panas. Tapi kau nak makan juga sampai habis walau perit panas walau susah serabut sebab kau sendiri tahu di penghujungnya nanti kawan, ada nikmat!

Friday

Tak boleh senyum tanpa kau.


Kau tahu pagi tadi aku bangun bangun saja dah ada Barry Manilow duduk bersila dekat sebelah. Aku sendiri tak pasti samada dia betul betul ada atau cuma susuk imaginasi yang lahir dari dalam kepala, tapi yang aku pasti dia tengah gumam lagu Can't Smile Without You. Aku pegang bahunya, cakap Abang, boleh tak abang pergi nyanyi jauh jauh. Suara abang, lagu abang, buat segalanya rasa mellow.


Kau tahu, waktu waktu serius begitu, Barry buat kelakar yang tak patut, dia kata Hei, its funny because mellow rhymes with Manilow. Tapi aku tak ambil hati sangat, sebab aku tahu dia hadir pagi ini sebab kau. Kebiasaannya pagi pagi seperti ini aku akan hantar mesej Good Morning pada kau, dan kau akan balas selepas jam 12, good morning love!



Aku akan balas, hei good morning apa nya, dah pukul 12 lah anak dara, good mornoon!


Selepas itu bunyi ringtone mesej aku, hachum! dan mesej kau masuk; Shut up la, suka hati orang lah nak bangun pukul berapa. 



Dan macam biasa juga aku akan balas; :(



Pagi ini aku tak tahu nak hantar mesej pada siapa, mahu ucap selamat pagi pada siapa dan nak buat lawak bodoh dengan siapa, yang ada cuma aku, bantal putih yang lunyai, tingkap terbuka dengan pemandangan pekan Ipoh yang antik, dan seorang Barry Manilow yang sedang menyanyi,



You came along just like a song
And brighten my day
Who would have believed that you where part of a dream
Now it all seems light years away...

Wednesday

Sepotong pelangi untuk kau.


Sewaktu sedang enak makan burger keju di sebuah gerai kecil dalam renyai hujan semalam, aku terlihat sebaris lengkung pelangi di balik awan. Terus dalam fikiran aku, momen cantik ini aku mesti kongsikan dengan kau.

Aku bangun tinggalkan burger keju di atas meja. Kau tahu kan betapa sukanya aku dengan burger keju, tapi tetap aku biarkannya di situ demi berkongsi pelangi dengan kau, 'burger keju' hati aku. Lalu aku capai tangga dan panjat, potong sebaris lengkung pelangi itu sebelum aku masukkannya ke dalam poket.

Aku turun sahaja di bawah sudah ada beberapa pasangan bercinta merungut marah. Kembalikan pelangi kami! Kata mereka sambil menyumpah seranah aku dengan tangan sedang menggenggam kemas sepotong pelangi dalam poket kiri. Aku tidak mempedulikan mereka, berjalan laju dan melanggar bahu bahu orang orang itu. Tak bolehkah mereka bersabar dan tunggu hujan turun semula lalu minta matahari pinjamkan sedikit cahayanya untuk hasilkan sebaris pelangi baru?

Aku capai telefon bimbit di poket kanan dan hantar satu pesanan ringkas buat kau yang berada di hujung sana, daripada aku di hujung sini,

"jumpa di KL Sentral"

Dengan sepotong pelangi dalam poket kiri, aku bergerak ke sana bersama sekeping wajah berseri seri. Kau pasti akan sukakannya, bisik hati aku. Dan kita pun berjumpa, kau dan aku bertukar senyuman dan sepotong pelangi dalam poket kiri pun bertukar tangan. Kita berpisah, aku dengan rasa bahagia aku, dan kau dengan entah-apa-yang-kau- rasa.

Kemudian kau hilang. Kelam bersama sama dengan sepotong pelangi yang asalnya daripada langit atas sebuah gerai kecil dalam renyai hujan yang kemudiannya aku ambil masukkan dalam poket kiri untuk kau pasangkan dalam hati. Sampai lah pagi ini tiba tiba kau hantarkan satu pesanan ringkas mengenai  kekurangan diri aku di mata kau. Dan ianya cuma berlaku selepas aku potongkan sebaris lengkung pelangi untuk kau, burger keju hati aku.

Petang ini sekali lagi aku duduk di gerai kecil memesan burger keju kesukaan aku, mengenangkan kau sambil merenung langit mendung yang rompong.

Bunohan: Anok Pok Mat ujong kampong mapuh keno tikam.


Petang itu angin bertiup sayu seiring dengan matahari senja yang berlalu. Berita pembunuhan seorang pemuda yang ditikam berkali kali dengan kejam sudah sampai ke telinga hampir setiap penduduk kampung. Semua kanak kanak dipanggil pulang ke rumah, pintu dan tingkap ditutup rapat malah ada yang sengaja memutuskan bekalan elektrik supaya lampu jalan tidak menyala untuk menyembunyikan kedudukan rumah rumah mereka malam nanti. 



Seorang lelaki tua berserban putih berkain pelikat dilihat sedang berjalan perlahan menuju ke sebuah bot tinggal berhampiran pantai. Sebelum memberikan salam, lelaki tua itu sempat melafazkan kalimah syahadah dalam hati, bimbang jika kedatangannya yang berjalan kaki itu berakhir dengan pulangnya dia dalam sebuah van putih bertulisan arab. Setelah salamnya dijawab dia melangkah masuk, melihat seorang lelaki kurus berbaju lusuh sedang berdiri menghadap laut. 


Mengambil nafas dalam dalam, lelaki tua berserban putih itu memberanikan diri bersuara "Mu ado bunying kaba anok Pok Mat ujong kapong tu keno bunuh Ilhe?"

Lelaki bernama Ilham itu tidak memberikan sebarang respon kecuali satu keluhan perlahan. Tepat lah telahan lelaki tua berserban putih itu mengenai siapa yang bertanggungjawab untuk pembunuhan di hujung kampung mereka. Sekali lagi dia mengumpulkan keberanian membuka mulut untuk bertanya,

"Ilhe, Tok Imey maghi ni nok tanyo, bakpo mu bunuh anok Pok Mat tu Ilhe?" Pertanyaan itu hanya dijawab oleh desiran ombak yang menghempas pantai. Selepas beberapa ketika, Ilham melepaskan pandangannya daripada laut, menuju ke arah meja buruk dengan sebuah laptop di atasnya sebelum memusingkan skrin laptop itu ke arah Tok Imam dan berkata,

"Bakpo Tok Imey tanyo? Ni, tengok ni. Ado ko patut dio atar rekueh suh ambo klik aplikeseng timeline remover hok ngarut te."

Tok Imam tersebut menggeleng gelengkan kepalanya. Serbannya dirungkaikan daripada kepala lalu menampakkan kewujudan sekotak rokok Surya di atas rambutnya. Dinyalakannya sebatang dan diletakkan ke bibir, satu hembusan penuh rasa kesal dimuntahkan bibirnya bersama kepulan asap putih. 

"Sungguh ko? Owoh, nate beghuk sungguh lo budok te" kata lelaki tua berkain pelikat dengan serban tersangkut di bahu itu. Dalam diam, Ilham sudah mencapai sebatang rokok Surya milik Tok Imam dengan niat untuk menyertai upacara pembakaran rasa kesal akan ketidakcerdikan arwah pemuda tersebut dalam berfesbuk.


Gadis yang menyayangi aku seperti dia menyayangi Padang Besar.

Aku sayang hang macam lagu jiwang. Hang? tanya aku. Sengaja ditanya soalan itu, mahu bikin suasana romantis. Dia diam buat beberapa lama, wajahnya tenang menghadapi angin laut Kuala Perlis. 

Erm. Aku sayang hang macam aku sayang Padang Besaq. Jauh, tapi aku rajin dok pi shopping tangtu. Balas gadis tersebut, lembut. Giliran aku terdiam, mengerutkan kening dengan dahi yang sedikit berpeluh.

Ke sebab badan aku besaq? aku tanya. Dia geleng kepala, angkat kedua dua bahu sambil menguntumkan sebuah senyuman kecil. Aku ikut tersenyum - biadap, tapi tetap comel. Aku suka hang. Suara aku sedikit tenggelam di tindih bunyi ombak.

Aku pun, suka hang. Dia balas, lalu terjun ke dalam laut Kuala Perlis dan mayatnya ditemui terdampar di muara Sungai Baru sebelum selamat dikebumikan di Tambun Tulang.

Senja tadi aku kembali pinggir pantai, duduk menikmati sotong goreng tepung dan kerang bakar dalam sebuah gerai terbuka di pinggir laut. Mengenangkan gadis itu, yang mengaku sayang tapi tinggalkan aku sorang sorang.

Boboi lapar dan mahu makan nugget tapi disumpah atuk jadi ayam.


Boboi bukannya suka makan nugget sangat pun. 

tapi waktu tengahari tu Boboi lapar sangat dan buka peti sejuk cuma ada belacan, sayur apa-nama-entah dengan beberapa kilo daging lembu keras beku. Pemandangan dalam peti sejuk buat Boboi rasa sebak, macam nak menangis. Terus berkaca mata Boboi sampai lah tiba tiba ada satu cahaya emas bersinar sinar daripada sudut tersembunyi dalam peti sejuk - nugget farm gold. Kedua dua mata Boboi bercahaya macam torchlight. 

Boboi goreng nugget nugget tersebut sambil tersengih seorang diri di dapur. Dia makan nugget nugget tersebut sampai keluar bunyi om nom nom nom sambil cicah sos kimball. Tiba tiba atuk melintas Boboi, tepuk bahu dan kata,

Jangan makan sangat nugget tu, nanti badan jadi serupa badan ayam.

Boboi terus rasa sebak, sekali lagi. Nugget di mulut jatuh dengan penuh dramatik ke dalam pinggan. Dengan air mata yang berlinangan, Boboi berlari lari anak masuk ke dalam bilik, kunci pintu dan duduk memeluk lutut di penjuru bilik. 

Boboi lapar, sebab tu Boboi makan nugget tu. Boboi tak nak jadi badan ayam. Rintih hati Boboi. Tengah tengah Boboi merintih sorang sorang di penjuru bilik, tiba tiba sekali lagi kedua dua belah matanya bercahaya macam torchlight.

Rupa rupanya Boboi, secara tak sengaja telah pasang niat dalam hati nak makan Malik Noor.

Makcik tua berkulit biru bermata sepet sebelah bundar sebelah dengan rambut kerinting berbentuk faux mohawk curi telur saya.

Pagi tadi, terbit saja matahari pagi saya ikut Atuk pergi meniaga dekat Pasar Tani Hari Hari di HB Road. Atuk saya ini meniaga bawang dan barang barang dapur seperti kentang, cili kering, ikan bilis pelbagai saiz, telur ayam dengan gred berbeza beza dan kadang-kadang atuk saya juga akan menjual bawang albino pada harga bawang bawang biasa. 

Sewaktu sedang asyik memerhatikan makwe makwe morning person yang menjadi pilihan hati, saya terpandang seorang makcik separuh umur menyelitkan sebiji telur ayam gred A yang berada atas papan jualan barang dagangan perniagaan Atuk saya ke dalam raga merahnya. Sebelum sempat mata saya berkelip makcik tersebut lenyap dimamah keramaian manusia yang lalu lalang. Disebabkan saya enggan dituduh sebagai seorang lelaki comel yang rasis, maka disini saya perincikan ciri ciri makcik tersebut sebagai wanita separuh usia yang berkulit biru, bermata sebelah sepet sebelah bundar dan berleher jinjang dengan rambut kerinting dibentuk ala faux mohawk. 

Sebagai seorang cucu yang menyayangi atuknya dengan sepenuh hati maka berlari lah saya mencari makcik tersebut melaung laung memanggilnya. Makcik pencuri telur, makcik.. telur saya.. Orang orang sekeliling pun merasa sayu mendengar laungan saya hinggalah seorang gadis penjual kuih menudingkan jarinya ke arah sebuah pokok ketapang berhampiran tapak pasar. Makcik tersebut sedang duduk mengelap peluh sambil tersengih sengih memegang telur saya. Saya tinggalkan gadis penjual kuih tersebut bersama sama sekeping nota yang tertulis nombor telefon dan nama fesbuk saya lalu terus meluru ke arah makcik tersebut. Dengan mata terjegil-jegil merah menyala, mana mungkin makcik tersebut mampu berdiri dengan sempurna membuka langkah seribu. 

 Makcik, jangan lari. Kata saya tenang. Saya duduk bersila di hadapannya, memerhatikan telur ayam yang sebiji di tangan. Makcik, jelaskan kepada saya mengapa makcik lakukan perkara yang terkutuk ini. Kata saya sekali lagi, masih dengan nada dan riak wajah yang tenang. Makcik tersebut menyusun ayatnya dengan sempurna, memberitahu saya sebuah cerita seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia yang mengenakan denda kepada orang ramai yang sebenarnya satu derma kepada seorang perempuan tua yang mencuri ubi kayu disebabkan desakan kehidupannya yang miskin, anak lelakinya yang sakit serta cucunya sedang kelaparan. Tambah makcik itu lagi, begitu lah juga keadaannya. Izinkan dia memiliki telur yang sebiji ini. 

Mata saya berkaca, sebak hati mendengar kata katanya. Awan di langit kelihatan muram, angin pun bertiup sayu. Lalu saya pegang bahu makcik itu dan ambil kembali telur ayam tadi memasukkannya ke dalam poket seluar sendiri. Saya tunduk berbisik kepadanya, 

maaf makcik. Ini Malaysia, mahkamahnya tak serupa. 

Maka berpelukan lah kami berdua menangisi nasib bersama berpijak di tanah yang tidak sekata ini.

Boboi, bawa nasi lemak bilis telur dan nugget kegemaran si buah hati.

Berpeluh peluh Boboi berdiri tepi kantin sekolah. Di tangannya ada sebungkus nasi lemak bilis telur dengan secucuk nugget tiga ketul dalam plastik berasingan. Mata meliar mencari susuk tubuh pencuri hatinya, seorang gadis kecil berlesung pipit dengan rambut lurus berponi. Terngiang ngiang di telinga semalam saat, gadis kecil itu memperkenalkan diri dihadapan seluruh kelas. 

Berdebar debar juga la Boboi tunggu gadis kecil kesayangan keluar kelas. Membayangkan saat saat bahagia mereka bakal makan nasi lemak bilis telur dengan nugget bersama sekejap lagi. Mungkin juga nanti akan ada serpihan cili kecil melekat di bibir gadis kecil dan Boboi dengan tangkasnya akan mengalihkan serpihan cili tersebut dengan sapu tangan yang dicuri daripada poket belakang seluar slack ayahnya. Pasti gadis kecil suka, getus hati kecilnya. 

Sampai lah tiba tiba, gadis kecil melintas di hadapannya, dengan sebungkus nasi lemak bilis telur di tangan, dan nugget ayam Uncle Bob di tangan kiri, manakala tangan kanannya pula ada tangan kiri milik ketua kelas Boboi. Mata Boboi berkaca. Terus duduk tersandar pada tiang kantin, memejamkan mata membayangkan seluruh organ organ dalamannya luruh jatuh ke dalam kolam asid dalam rongga perut. 

Gadis kecil yang melihat kejadian jatuh duduk Boboi tergerak untuk menegurnya. Hai Boboi. Makan apa hari ni? Lalu Boboi, dengan mata terpejam terkenyit kenyit membalas, 

 makan hatiiiiiii.

Sunday

Gadis berkaca mata di Boco, petik gitar pakai hati.

Tadi, di Boco. Aku ada lihat seorang gadis berkaca mata sedang bermain gitar seorang diri di bangku belakang. Terus aku bangun, berdiri di hadapannya dan memintanya mengajarkan aku bermain gitar, cuma untuk sebuah lagu. Dia senyum.

Katanya main gitar ini bukannya seperti belajar matematik, hafal sifir lima terus boleh lulus peperiksaan darjah dua. Main gitar ini, katanya lagi, adalah seperti bermain dengan hati. Katakan lah tali gitar itu adalah hati, dan rangka gitar yang selebihnya adalah tubuh badan kita, maka setiap petikan adalah isi hati kita yang terluah jujur.

Aku senyum lagi, cuba mempamerkan wajah semanis mungkin lalu aku katakan padanya yang aku yakin aku cukup jujur. Melangkah dan berdiri dihadapannya menyampaikan hasrat yang tersirat ini adalah bukti aku ini jujur. Dengan berat hati, dia berikan gitar itu kepada aku, dan kata petiklah, petiklah, petiklah!

Aku petik sekali, tali gitar pertama putus, petikan kedua juga begitu. Sampai petikan ketiga aku berhenti, tali seterusnya putus sendiri tanpa disentuh. Kami berdua masing masing terkejut, kedua dua tangan gadis berkaca mata itu menutup mulutnya. Tenang, tenang sayang, tenang! kata aku.

Gadis itu mengalirkan air matanya, katanya "terpotong potonglah sudah hatiku ini. masakan ia bertenang atau terus terpotong-potong lagi"

Aku tunduk, turut mengalirkan air mata, lalu aku muntah keluarkan hati milik aku sendiri. Dan letakkannya di pada rangka gitar itu. Aku hulurkan kepada gadis berkaca mata,

 petiklah, petiklah, petiklah!

Jam 11 malam, ada makcik ketuk tingkap bilik datang jual karipap gemuk gemuk.

Perut lapar, aku pandang bungkusan kuaci yang berselerak tepi tilam. Nak kurus la konon makan kuaci malam malam, tapi tak juga mengecil perut ni. Silap silap minggu depan aku bangun pagi dengan tubuh badan seekor hamster. 

Tiba tiba tingkap bilik diketuk kuat. Aku bangun selak langsir, entah siapa ketuk tingkap bilik malam malam begini. Rupa rupanya seorang makcik memakai baju kurung kedah putih dengan selendang kuning sambil mengendong sebakul penuh karipap gemuk gemuk. Dik, karipap dik? tanya makcik tersebut. Aku pandang karipap gemuk gemuk dalam bakul merahnya dengan penuh minat. Aku buka tingkap, ni karipap inti apa ni? Makcik tersebut tersentak, tak takut ke makcik ke nak? Tengok muka makcik ni, tak takut? Aku pandang muka makcik itu, tarik nafas dalam dalam dan berkata, 

Makcik, makcik, makcik. Sebenarnya memang saya perasan yang muka makcik dah reput, malah ada ulat yang bergantungan di pipi makcik. Saya juga perasan yang kaki makcik tak kelihatan. Dan saya juga perasan, yang cerita makcik jual karipap ketuk pintu bilik malam malam ini juga adalah satu cerita hantu yang klise. Saya perasan semua tu, tapi ada beberapa benda yang makcik tak perasan tentang saya. 

Makcik tersebut garu kepala, apa yang makcik tak perasan? 

 Makcik perasan tak dada saya? Dada saya ni makcik, berlubang. Tak ada organ organ yang menjalankan fungsi fungsi vital seperti jantung, paru paru dan hati. Nampak tak? hati pun tak ada makcik. Jadi makcik, secara logiknya, kalau sekarang saya tidak ada hati untuk mengawal aras glukosa dalam darah, menyahtoksik bahan bahan beracun dalam badan dan untuk melayan perkara perkara yang berlaku disekeliling saya, makcik rasa saya ada hati untuk takut kepada makcik? 

 Makcik karipap geleng geleng kepala. Aku tersenyum, terus sambung soal - so ni karipap ni kira macam mana? Seringgit dapat empat ke seringgit dapat tiga?

Wednesday

Segan bertanya sesat jalan.



‎"sorry i emo these days" 

Gua perhatikan mesej tu sambil kelip kelip mata. Adalah dalam 5 minit gua tenung lepas tu terus bangun capai tuala, londeh seluar dan masuk dalam bilik air. Gua berdiri bawah shower, biar air membasahi seluruh kepala dan badan sambil pandang tajam dalam cermin. Sumpah serupa filem thriller, cuma tak ada part air tiba tiba jadi warna merah atau ada pembunuh bersiri cacak pisau dekat leher sampai darah memancut mancut kena cermin, tak ada. Yang ada cuma wajah tertanya tanya gua dalam cermin sambil gosok gigi. Tak puas hati, dengan badan basah basah, gua pakai lilit tuala keliling pinggang terus masuk bilik capai henfon. Gua taip mesej, 

 "Sorry, i nak tanya sikit, emo tu apa?" 

 Dia reply, "perempuan". 

Terus, gua bulat kan bibir buat bunyi, 

oooooooo.

Saturday

Cerita biasa tentang petang semalam, aku ada sembang dengan matahari. Kau ada?

Sebenarnya semalam aku ada bersembang dengan matahari, cuma petang ini baru berani nak cerita. Bimbang, nanti pagi semua beratur ambil giliran mahu bersembang.

 Aku laungkan pada dia, tentang betapa tipunya pujangga pujangga nusantara, sematkan harapan pada setiap penantian, selitkan impian dalam celah celah perkataan. Padahal, mereka sendiri pun biasanya mati kesepian, sorang sorang tanpa teman. Palsu belaka semua aksara, disusun indah cuma untuk menutup pandangan mata, tentang realiti hidup yang celaka.

 Matahari hanya diam.

Aku laungkan lagi, tentang betapa tidak wajarnya orang menggunakan namanya untuk mengubati kekecewaan. Kononnya, esok matahari masih bersinar. Tapi kalau turun hujan hitam halang cahaya buat apa? Tambah berantakan dalam dada?

 Matahari masih diam.

Aku teruskan melaung, kali ini aku persoalkan pula janji janji perempuan yang baik untuk laki laki yang baik. Sejujurnya, aku kejar janji itu, berusaha membawa kaki melangkah menjadi sebaik yang diharapkan walaupun berat. Tapi tiba tiba, kaki aku dicantas atas alasan aku tidak cukup baik. Hei! Aku mungkin tidak sempurna, tapi aku berusaha!

 Kali ini matahari balas, aku aku, aku tak tahu! Kau pergi tanya Agnes Monica! Dan senja pun berlabuh lalu matahari langsung hilang. Kelam kelam begini, entah bagaimana aku mahu cari seorang Agnes Monica.

Thursday

Dewa cinta berkain pelikat, bagi waranti 5 tahun tapi tak ingat.


Sinki penuh pinggan di dapur rumah sewa tiba tiba bercahaya. Tertarik sebilah pisau tumpul tapi masih gagah untuk digunakan sekurang kurangnya memotong bawang atau kunyit. Malam ini, ada darah dewa yang akan aku tumpahkan.

Waktu menunjukkan jam 7 petang, saat pintu pintu masjid terbuka dan pintu pintu rumah pula ditutup - kononnya mahu elak setan. Aku buka tingkap dan sliding door biar ternganga luas luas, agar angin senja masuk, biar sang setan merasuk. Meraba segala kemungkinan, memergoki peristiwa peristiwa lampau saat ketawa gadis cantik bermuka baik itu dia tumpahkan di tengah tengah jalan pandangan aku. Bangsat, sekarang juga aku pergi rumah kau.

Pintu rumah flat itu aku ketuk bertalu talu, ada beberapa ekor anai anai jatuh ke lantai sebelum aku pijak pijak dan tonyoh sampai mampus. Seorang dewa berkain pelikat membuka pintu, tersenyum dan mengucapkan selamat petang cinta. Menjemputku masuk tanpa sedikit pun ragu ragu akan niat ku ke situ. Bersila atas lantai, aku katakan padanya hati aku terpatah dua, aku tuntut waranti 5 tahun yang dia berikan pada aku dulu.

Senyum lagi, dia tanya, engkau selingkuh? aku geleng. Engkau berubah hati? aku angkat bahu. Masih sayang dia? Aku angguk laju laju. Babi, banyak tanya. Aku genggam kolar baju polo merah jambu dewa berkain pelikat, aku tanya lagi sekali, waranti 5 tahun aku mana? Dia tergagap gagap, ma ma maa naa aad adda. Mana ada apa? aku tanya lagi, herdik sampai bersembur air liur dekat muka dia. Mana ada waranti dalam bercinta! kali ini lancar pula dia cakap. Rupa rupanya dalam diam tangannya sudah memegang punat telefon, 991, sambung ke talian khas masalah dewa dewa. 

Tak tunggu lama, aku pergi cari busur cinta dia simpan belakang almari televisyen, aku panah kepala dengan rambut samar samar dia guna pisau ajaib aku jumpa dalam sinki senja tadi. 

Maghrib tadi, aku lakukan dua dosa, pertama aku bunuh Q-pid sang dewa cinta. Kedua, aku dah tak percaya cinta. hey hey hey aku tak percaya cintaaaa... aku tak percaya cintaaaaa... Aku tak percaya

C.

I.

N.

T.

A!

Tuesday

Cerita hantu bertajuk Jin Mekdi


Bosan, entah macam mana tiba tiba saja keluar cerita hantu dalam kereta waktu atas highway PLUS nak balik PJ. Mungkin sebab di luar gelap, hujan pula renyai renyai, maka mood seram secara semulajadi tiba tiba datang. Habis semua cerita aku keluarkan daripada poket pengalaman kiri dan kanan. Daripada cerita pocong pakai skirt di bilik guru, sampai lah cerita seorang makwe tanpa tangan yang membuka pintu jamban guna kepala. Tak lupa juga, cerita pasal pengetua MRSM yang bela hantu kopek dalam poket baju melayu. Malangnya semua orang cool, tak ada tunjuk sikit pun tanda tanda sedang takut. Sampai lah bila aku cerita pasal orang kena rasuk dengan jin Mekdi. 

Pada suatu hari, ada seorang lelaki/perempuan yang sedang membaca blog. Tiba tiba mereka terbaca satu cerita mengenai seekor jin Mekdi yang meniup bau bau makanan segera Mekdi ke hidung manusia. Antara bau yang ditiupkan jin Mekdi itu adalah bau Double Cheeseburger yang mempunyai dua keping daging empuk, malah dihimpit pula dengan beberapa lapisan keju kuning yang sedikit cair apabila terkena kepingan daging panas tadi. Tidak ketinggalan, bau fries Mekdi dengan taburan garam secukup rasa di atasnya sebelum dikunyah dan melimpahkan rasa kentang goreng ke dalam mulut. Tanpa disedari, jin Mekdi yang diceritakan dalam cerita tersebut sedang berada di belakang telinga lelaki/perempuan itu. Membisikkan kata kata manis tentang harga makanan segera Mekdi yang sebenarnya tidak lah mahal mana jika mahu dibandingkan dengan sepinggan nasi kandar bersama sama segelas milo ais di restoran mamak 24 jam. Akhirnya, lelaki/perempuan itu tutup blog terus keluar mendapatkan bayangan bayangan makanan segera yang dilayangkan jin Mekdi itu tadi, sebiji Big Mac, French Fries dan aiskrim coklat sundae yang sejuk. 

Habis sahaja cerita aku itu, semua orang terdiam. Semua orang tengok perut. Brader yang bawa kereta ni terus belok masuk persimpangan Ipoh Utara. Makwe yang duduk seat depan tanya aku sambil tangan sibuk gores skrin telefon cari gps,

Mekdi paling dekat sekali dalam Ipoh ni dekat mana? 

Thursday

Beruang tedi Maisarah

Maisarah masih belum mampu melelapkan matanya, berbaring memandang syiling seolah olah telah berjaya menembusi atap rumah melihat bintang bintang yang bertaburan di langit. Sampai bila Maisarah harus menunggu? bisiknya perlahan. Tunggu siapa? tanya satu suara kecil. Maisarah bingkas memandang sekeliling, cuba mencari pemilik pertanyaan tadi. Di tepi katil, ada satu beruang tedi berwarna coklat dengan mata hitam bulat yang bersinar dibias cahaya lampu meja sedang berdiri, tersenyum memandang Maisarah. 

Oh beruang tedi, Maisarah ingatkan siapa tadi, kata Maisarah sambil tersenyum. Diambilnya beruang tedi itu dan diletakkan ke sebelah. Maisarah tunggu siapa? beruang tedi itu mengulang kembali soalannya tadi. Maisarah tengah tunggu orang yang Maisarah sayang, kata Maisarah sambil melepaskan satu keluhan perlahan, seolah olah sudah penat menunggu. Harap harap orang yang Maisarah tunggu itu berbaloi lah untuk ditunggu ya Maisarah, balas beruang tedi itu. Maisarah tidak menjawab, sekadar tersenyum mendoakan kata kata beruang tedi itu . Lama terdiam, masing masing menunggu jika ada di antara mereka yang mahu menyambung perbualan. 

Sampai bila harus menunggu? tanya beruang tedi. Maisarah melontarkan pandangan kosong sebelum mengangkat kedua dua bahunya ke atas. Maisarah, kata beruang tedi perlahan. Penantian itu sebenarnya adalah satu bentuk penyiksaan yang halimunan. Kita mungkin rasa bahagia menanti, apatah lagi apabila sekali sekala kita terlihat sinar harapan dalam penantian itu. Tapi apa yang kita tidak sedar adalah rasa bahagia itu cuma sementara dan selebihnya adalah derita. Akan sampai satu peringkat yang kita sepatutnya sudah terlalu penat untuk menunggu tapi seringkali, rasa lelah itu kita sendiri kaburkan dengan senyum tawa yang dibuat dibuat. Hakikatnya, sama macam beruang tedi, kita cuma sentiasa tersenyum untuk menceriakan hati orang orang sekeliling dan dalam masa yang sama cuba menipu hati kita sendiri. Konon kononya kita benar benar gembira. Sudah lah, tamatkan penantian itu segera, agar kita boleh lekas bahagia. 

Bagaimana? Setelah lama menunggu tiba tiba mahu lupakan macam tu saja? Tak semudah itu. Maisarah mulai sebak. Beruang tedi itu menggosok gosok tangan Maisarah, cuba menenangkan hati gadis itu. Maisarah, bukan lupakan, tapi selesaikan. Letakkan satu garis penghujung kepada penantian itu, berdiri atas garisan itu dan lihat samada yang ditunggu ada disitu atau tidak. Kalau tidak ada, teruskan kehidupan, mulakan perjalanan baru. Hidup ini terlalu singkat untuk kita habiskan dengan menanti sesuatu yang tidak pasti. 

Terus Maisarah peluk beruang tedi erat erat dengan air mata yang berlinangan, membawa mereka ke dalam satu kenangan di sebuah bilik merah jambu sepuluh tahun yang lepas, iaitu pada saat kali terakhir beruang tedi itu dipeluk Maisarah yang berusia 12 tahun yang sedang menangis teresak esak.

"Beruang tedi, Maisarah janji, cuti nanti Maisarah balik dari asrama Maisarah peluk beruang tedi lagi. Tunggu Maisarah tau!"


Sunday

Sebatang lolipop berwarna warni dan sekeping surat dilipat kemas.

Suasana dalam bilik bacaan itu suram, ditambah dengan wajah wajah muram si ibu dan si anak yang tenang mendengar bicara peguam tentang wasiat si ayah yang baru sahaja meninggal dunia akibat penyakit kanser. Peguam itu mengeluarkan sampul besar bersaiz A4 daripada beg hitamnya yang berisi sebatang lolipop berwarna warni dan sekeping surat dilipat kemas. Kata peguam, peninggalan si ayah untuk si ibu cuma lah sebatang lolipop berwarna warni, manakala si anak tidak akan mewarisi apa apa pun melainkan sekeping surat yang ditulis sendiri oleh si ayah. Si anak tadi bingkas bangun daripada tempat duduknya, tidak berpuas hati dengan kata kata peguam itu, lalu merampas surat peninggalan si ayah tersebut. 

"Wahai anak ku,

Sebenarnya 10 tahun lepas aku pernah memberikan ibu kau satu lolipop beracun ketika sedang makan dalam sebuah restoran untuk menamatkan riwayatnya agar aku boleh berbahagia dengan calon pilihan aku sendiri. Cuma aku tak sangka ibu kau begitu bermurah hati mendermakan lolipop itu pada seorang kanak kanak berbaju lusuh yang bertandang dari meja ke meja menjual tisu. Lalu aku rampas kembali lolipop itu daripada tangan kanak kanak itu sebelum semua orang dalam restoran memandang aku dengan tajam. Seorang lelaki hampir hampir bangun dan menghempuk kepala aku dengan sebuah kerusi besi tapi sempat dihalang teman wanitanya yang awal awal lagi telah pun membaling tulang ayam kepada aku sebagai tanda protes. Demi menyelamatkan nyawa aku, kanak kanak itu aku peluk lalu aku umumkan pada khalayak yang mulai hari tu kanak kanak itu akan aku bela nasibnya. 

Dan begitulah ceritanya bagaimana aku terpaksa menjadikan kau anak angkat ku dan menyebabkan kau tidak layak untuk menerima walau satu sen pun harta hartaku. Sekian ayah akhiri surat ini dengan sedikit ketawa ringkas, kah kah kah!

 fakyu, 
ayah angkatmu"

Thursday

Peristiwa awal Januari di Restoran Hakim Seksyen 7

Malam itu, buat pertama kalinya dalam bertahun tahun sejak kali hari pertama ianya dibuka, Restoran Hakim Seksyen 7 tidak dibuka. Gelap, tidak beroperasi sejak pagi. Angin bertiup sepoi sepoi bahasa dengan dedaunan kering berterbangan di lantai jalan. Masyarakat Shah Alam masing masing bingung memikirkan sebab restoran yang tak pernah tutup itu tiba tiba berhenti beroperasi tanpa sebarang notis. Kata budak budak UiTM, persatuan mamak mamak ada buat demo dekat utara Mumbai bagi membantah kenaikan harga serbuk kari import di India. Kata budak budak UNISEL pula, restoran kena sita sebab pekerja restoran tak daftar mengundi. Kata masyarakat tempatan, restoran Hakim musnah teruk, budak budak mencester mengamuk itu hari lepas kalah tiga kosong. Macam macam teori, macam macam spekulasi. 

Awal pagi Isnin itu orang ramai dah mula berkumpul depan restoran, daripada makwe makwe bola, budak budak futsal Padang Jawa sampailah pria pria Indonesia Raya, semua berhimpun dekat port paking belah kanan Restoran Hakim Seksyen 7. Masing masing bawa sepanduk yang tertulis "Kami mahu kuah campur!" , "Mohon ayam madu seketul dua!", "Roti telur kuah banjir" dan bermacam macam lagi sepanduk yang dibuat secara sambil lewa dengan kesalahan ejaan dan tatabahasa macam banner demo budak budak UiTM. 

Tiba tiba seorang lelaki berkulit gelap keluar daripada pintu belakang Restoran Hakim Seksyen 7. Cahaya terik matahari pagi menyerlahkan laluan air mata yang masih basah di pipi lelaki itu dalam samar samar bayang bayang bangunan. Semua yang ada disitu terdiam, memandang dengan penuh rasa ingin tahu apa yang terjadi pada lelaki beruniform biru itu. Dengan suara yang tersekat sekat, lelaki berkulit gelap dalam uniform biru itu berkata dengan sedikit tersenyum,

"Abang abang dan adik adik manis semua, kes liwat tersebut sudah tamat"

Maka riuh rendah lah suasana port parking Restoran Hakim Seksyen 7 mendengar berita tersebut. Hiruk pikuk lah bandar terpinggir Shah Alam yang sebelum ini suram tiada berpenghujung itu. Huru haralah semua restoran 24 jam yang mempunyai tv plasma tergantung di penjuru premis. Masing masing melaungkan perasaan gembira dan bahagia yang tak terhingga. 

 Di bawah pohon rendang di penjuru jalan, seorang lelaki tua sedang bersujud syukur dengan linangan air mata, 

 "Tuhan, terima kasih kerana meringankan beban hamba hamba mu ini yang sudah bosan setiap kali membaca suratkhabar atau menonton buletin utama, asyik mengulang muka dan berita yang sama. Aku mohon agar kau bukakan lah pintu hati media media yang ada, lebihkan lah fokus mereka pada isu isu kritikal yang melanda negara" 

 Doa lelaki itu diaminkan oleh hampir dua ratus orang manusia, sekumpulan kucing liar, tiga kelompok golongan jin qarin, sepasang malaikat bahu kiri dan kanan serta beberapa ekor burung pipit yang terbang rendah.