Sunday

Jam 11 malam, ada makcik ketuk tingkap bilik datang jual karipap gemuk gemuk.

Perut lapar, aku pandang bungkusan kuaci yang berselerak tepi tilam. Nak kurus la konon makan kuaci malam malam, tapi tak juga mengecil perut ni. Silap silap minggu depan aku bangun pagi dengan tubuh badan seekor hamster. 

Tiba tiba tingkap bilik diketuk kuat. Aku bangun selak langsir, entah siapa ketuk tingkap bilik malam malam begini. Rupa rupanya seorang makcik memakai baju kurung kedah putih dengan selendang kuning sambil mengendong sebakul penuh karipap gemuk gemuk. Dik, karipap dik? tanya makcik tersebut. Aku pandang karipap gemuk gemuk dalam bakul merahnya dengan penuh minat. Aku buka tingkap, ni karipap inti apa ni? Makcik tersebut tersentak, tak takut ke makcik ke nak? Tengok muka makcik ni, tak takut? Aku pandang muka makcik itu, tarik nafas dalam dalam dan berkata, 

Makcik, makcik, makcik. Sebenarnya memang saya perasan yang muka makcik dah reput, malah ada ulat yang bergantungan di pipi makcik. Saya juga perasan yang kaki makcik tak kelihatan. Dan saya juga perasan, yang cerita makcik jual karipap ketuk pintu bilik malam malam ini juga adalah satu cerita hantu yang klise. Saya perasan semua tu, tapi ada beberapa benda yang makcik tak perasan tentang saya. 

Makcik tersebut garu kepala, apa yang makcik tak perasan? 

 Makcik perasan tak dada saya? Dada saya ni makcik, berlubang. Tak ada organ organ yang menjalankan fungsi fungsi vital seperti jantung, paru paru dan hati. Nampak tak? hati pun tak ada makcik. Jadi makcik, secara logiknya, kalau sekarang saya tidak ada hati untuk mengawal aras glukosa dalam darah, menyahtoksik bahan bahan beracun dalam badan dan untuk melayan perkara perkara yang berlaku disekeliling saya, makcik rasa saya ada hati untuk takut kepada makcik? 

 Makcik karipap geleng geleng kepala. Aku tersenyum, terus sambung soal - so ni karipap ni kira macam mana? Seringgit dapat empat ke seringgit dapat tiga?

9 comments:

Cik tikah said...

erm... erm..

greek goddess said...

oi lapo kewww! mane nak carik karipap malam bute area s.alam ni zoul? lapa plak...kahkah

SM said...

makcik tu datang berkenderaan atau cuma terbang bergentayangan?

zombie said...

Hai cik tikah.


Fara, entahlah, karipap sejukbeku tu ada la dalam peti ais dekat rumah. haha

SM, lupa nak tanya. Tapi kalau tengok daripada gaya terapung dia, aku syak dia pakai jetpack.

SM said...

masa hidup, mungkin dia adalah seorang rocket scientist. tapi mati kecewa sebab hasil ciptaan dia kena cilok orang lain, tak sempat nak dipatenkan. so, bila jadi hantu jual keripap je. aku agak la...

hanaahmad said...

boleh seram sejuk membacanya di malam hari ini.

SYARIFF HAIKAL said...

kah kah..kau mmg gila.

drowned angel said...

hai makcik karipap.

SaddLone said...

naif sungguh orangnya..haha