Wednesday

Boboi lapar dan mahu makan nugget tapi disumpah atuk jadi ayam.


Boboi bukannya suka makan nugget sangat pun. 

tapi waktu tengahari tu Boboi lapar sangat dan buka peti sejuk cuma ada belacan, sayur apa-nama-entah dengan beberapa kilo daging lembu keras beku. Pemandangan dalam peti sejuk buat Boboi rasa sebak, macam nak menangis. Terus berkaca mata Boboi sampai lah tiba tiba ada satu cahaya emas bersinar sinar daripada sudut tersembunyi dalam peti sejuk - nugget farm gold. Kedua dua mata Boboi bercahaya macam torchlight. 

Boboi goreng nugget nugget tersebut sambil tersengih seorang diri di dapur. Dia makan nugget nugget tersebut sampai keluar bunyi om nom nom nom sambil cicah sos kimball. Tiba tiba atuk melintas Boboi, tepuk bahu dan kata,

Jangan makan sangat nugget tu, nanti badan jadi serupa badan ayam.

Boboi terus rasa sebak, sekali lagi. Nugget di mulut jatuh dengan penuh dramatik ke dalam pinggan. Dengan air mata yang berlinangan, Boboi berlari lari anak masuk ke dalam bilik, kunci pintu dan duduk memeluk lutut di penjuru bilik. 

Boboi lapar, sebab tu Boboi makan nugget tu. Boboi tak nak jadi badan ayam. Rintih hati Boboi. Tengah tengah Boboi merintih sorang sorang di penjuru bilik, tiba tiba sekali lagi kedua dua belah matanya bercahaya macam torchlight.

Rupa rupanya Boboi, secara tak sengaja telah pasang niat dalam hati nak makan Malik Noor.

6 comments:

Aween Md Zahir said...

Boboi ney kanibal ka bro ?

Amalina said...

hahahah!aku tahu, sebab boboi mahu badan seperti malik noor.kalau aku, aku mahu makan adriana lima.

sugar2 kapas strawberry said...

boboi makan org ke? makan malik noor kenyang setahun

Zoul said...

Aween,
Kanibal dan omnivor.

Amalina,
Adriana Lima tu siapa? haha. Pilih la badan orang yang famous sikit.

Sugar2 kapas strawberry,
Kalau tengok gaya pemakanan Boboi, esok pagi tu dah lapor balik.

Eiffel Kawaii said...

yela.yela.aku mengaku, aku tingin nk makang neeelopa.kahkahkah!!

SCOVΛΤE-ΛLΙ said...

hare sungguh boboi. banyak sangat pengaruh tivi. nasib baik tak pasang niat makan nelopa. mampuih. ahaha