Sunday

Gadis berkaca mata di Boco, petik gitar pakai hati.

Tadi, di Boco. Aku ada lihat seorang gadis berkaca mata sedang bermain gitar seorang diri di bangku belakang. Terus aku bangun, berdiri di hadapannya dan memintanya mengajarkan aku bermain gitar, cuma untuk sebuah lagu. Dia senyum.

Katanya main gitar ini bukannya seperti belajar matematik, hafal sifir lima terus boleh lulus peperiksaan darjah dua. Main gitar ini, katanya lagi, adalah seperti bermain dengan hati. Katakan lah tali gitar itu adalah hati, dan rangka gitar yang selebihnya adalah tubuh badan kita, maka setiap petikan adalah isi hati kita yang terluah jujur.

Aku senyum lagi, cuba mempamerkan wajah semanis mungkin lalu aku katakan padanya yang aku yakin aku cukup jujur. Melangkah dan berdiri dihadapannya menyampaikan hasrat yang tersirat ini adalah bukti aku ini jujur. Dengan berat hati, dia berikan gitar itu kepada aku, dan kata petiklah, petiklah, petiklah!

Aku petik sekali, tali gitar pertama putus, petikan kedua juga begitu. Sampai petikan ketiga aku berhenti, tali seterusnya putus sendiri tanpa disentuh. Kami berdua masing masing terkejut, kedua dua tangan gadis berkaca mata itu menutup mulutnya. Tenang, tenang sayang, tenang! kata aku.

Gadis itu mengalirkan air matanya, katanya "terpotong potonglah sudah hatiku ini. masakan ia bertenang atau terus terpotong-potong lagi"

Aku tunduk, turut mengalirkan air mata, lalu aku muntah keluarkan hati milik aku sendiri. Dan letakkannya di pada rangka gitar itu. Aku hulurkan kepada gadis berkaca mata,

 petiklah, petiklah, petiklah!

4 comments:

ghost writer said...

dia dah takde hati untuk memetik gitarnya sendiri.

drowned angel said...

kau bagi hatimu dan kau suruh dia petik lagi?

Aween Md Zahir said...

indah !
perempuan rela hatinya dipetik andai teruna pandai memetik. bukan hanya untuk dihiris,hati jadi keping-keping lalu terbang dibawa angin ;p

zaty luvlianncezzz said...

petik hatinya sehalus mungkin ~