Wednesday

Gadis yang menyayangi aku seperti dia menyayangi Padang Besar.

Aku sayang hang macam lagu jiwang. Hang? tanya aku. Sengaja ditanya soalan itu, mahu bikin suasana romantis. Dia diam buat beberapa lama, wajahnya tenang menghadapi angin laut Kuala Perlis. 

Erm. Aku sayang hang macam aku sayang Padang Besaq. Jauh, tapi aku rajin dok pi shopping tangtu. Balas gadis tersebut, lembut. Giliran aku terdiam, mengerutkan kening dengan dahi yang sedikit berpeluh.

Ke sebab badan aku besaq? aku tanya. Dia geleng kepala, angkat kedua dua bahu sambil menguntumkan sebuah senyuman kecil. Aku ikut tersenyum - biadap, tapi tetap comel. Aku suka hang. Suara aku sedikit tenggelam di tindih bunyi ombak.

Aku pun, suka hang. Dia balas, lalu terjun ke dalam laut Kuala Perlis dan mayatnya ditemui terdampar di muara Sungai Baru sebelum selamat dikebumikan di Tambun Tulang.

Senja tadi aku kembali pinggir pantai, duduk menikmati sotong goreng tepung dan kerang bakar dalam sebuah gerai terbuka di pinggir laut. Mengenangkan gadis itu, yang mengaku sayang tapi tinggalkan aku sorang sorang.

9 comments:

mendatak hijau said...

ramai lagi awek tak terjun lauttt..hahaha

Zoul said...

Hahaha. Mohon awek yang tak terjun laut datang makan sotong goreng tepung sama sama.

Lee Zha said...

:3

pemuzik jalanan said...

Dan sekarang hidup kamu masih dihantui dia. Sampai bila?

Orang dah tak perlu kita, buat apa dikenang lagi.

Yodd™ said...

Bawa bertenang dan makan sepuas-puasnya. Kakaka!

bella lim said...

so... orang Perlis la ni ye. haha. aku pun selalu lepak kuala. tapi nasib aku baik sikit sebab pakwe aku tak terjun laut :) dan kami masih boleh makan sotong goreng tepung kat jeti. terbaik

Azhar Ibrahim said...

Zoul, sotong mahal la weih. Tak mampu la dok makan sotong goreng tepung tepi laut macam makan pop corn ~zzzzz~

Rokiah Wandah said...

kenapa gadis tu sama mcm aku , sayang padang besaq ! best woi shopping haha

SCOVΛΤE-ΛLΙ said...

ada ramai lagi yang duk di kuala perlis tapi tak terjun. nanti hang kelui join makan sotong goreng tepung lagi. baru kena macm tu. haha