Friday

Tak boleh senyum tanpa kau.


Kau tahu pagi tadi aku bangun bangun saja dah ada Barry Manilow duduk bersila dekat sebelah. Aku sendiri tak pasti samada dia betul betul ada atau cuma susuk imaginasi yang lahir dari dalam kepala, tapi yang aku pasti dia tengah gumam lagu Can't Smile Without You. Aku pegang bahunya, cakap Abang, boleh tak abang pergi nyanyi jauh jauh. Suara abang, lagu abang, buat segalanya rasa mellow.


Kau tahu, waktu waktu serius begitu, Barry buat kelakar yang tak patut, dia kata Hei, its funny because mellow rhymes with Manilow. Tapi aku tak ambil hati sangat, sebab aku tahu dia hadir pagi ini sebab kau. Kebiasaannya pagi pagi seperti ini aku akan hantar mesej Good Morning pada kau, dan kau akan balas selepas jam 12, good morning love!



Aku akan balas, hei good morning apa nya, dah pukul 12 lah anak dara, good mornoon!


Selepas itu bunyi ringtone mesej aku, hachum! dan mesej kau masuk; Shut up la, suka hati orang lah nak bangun pukul berapa. 



Dan macam biasa juga aku akan balas; :(



Pagi ini aku tak tahu nak hantar mesej pada siapa, mahu ucap selamat pagi pada siapa dan nak buat lawak bodoh dengan siapa, yang ada cuma aku, bantal putih yang lunyai, tingkap terbuka dengan pemandangan pekan Ipoh yang antik, dan seorang Barry Manilow yang sedang menyanyi,



You came along just like a song
And brighten my day
Who would have believed that you where part of a dream
Now it all seems light years away...

3 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

Tak sure samaada awk gaduh atau putus.hehehe.tapi kenangan atau bnda yg kita buat hari-hari tetiba kita dh tak buat boleh buat hati kita hiba kn?kdg2 bnda yang kita suka menjadi kebencian kita..sebab itu kena sekadar suka sederhana je..eh paham tak apa yang saya taip?heheh

Raihana Cantik said...

kite kan ade..

aku said...

Hey, andai masih ada ruang wujudkan balik ruang di hati bunga pujaan anda ;)