Friday

sedutan cerpen Cinta Ini, Kadang Kadang Tak Ada Logika untuk Agnes.


"Nantilah jumpa, sibuk sikit ni"

SMS itu aku baca dengan satu senyuman kecil. Aku yang bodoh, sebab yakin sangat yang kau - macam aku, juga akan teruja bila dapat peluang untuk berjumpa. Macam malam ini, aku dah sampai depan kediaman kau, dan cuba buat kejutan mesej tanya nak jumpa ke tak dan bila kau balas 'nak!' aku rancang mahu segera cakap 'dah ada dekat depan ni dah pun!'. Kau akan ketawa dan kita boleh makan aiskrim bersama. Tapi betul lah, tadbir mana boleh lawan takdir.

Dan laki laki tolol seperti aku, dalam banyak banyak benda nak beli untuk ceriakan malam kau, aku pilih aiskrim yang akhirnya cuma terbazir mencair dalam raga motor. Selepas ini aku mungkin patut pilih teddy bear coklat atau coklat Cadburry dengan bungkusan kalis air.

Ya, kalis air, sebab malam tadi hujan. Aku redah hujan rintik rintik itu dengan alasan cuma satu, rindu. Rindu senyuman kau yang selalu buat aku khayal dan rasa macam lelaki paling bahagia dalam dunia. Balik tadi, hujan lebat. Aku basah atas motor, redah lebuhraya dengan tubuh yang menggigil sejuk dan hati yang membeku dingin.

Tadi dengan mata yang terpejam pejam hadap lebat rahmat Tuhan itu, aku cuma fikirkan kau. Kenapa kita tak punya keterujaan yang sama? Kemudian lekas lekas aku padam persoalan itu selepas aku sedar aku masih lagi seorang laki laki yang beruntung kerana sekurang kurangnya kau masih mengaku sayangkan aku. Dan untuk itu aku tak patut persoalkan hati kau yang ada pada aku, dan yakin dengan hati aku yang ada pada kau. 

Hujan yang jahat sayang, hujan jahat.


2 comments:

Nong Andy said...

okey.. aku suka ini!!

Illyani Ismail said...

cuma yang beza.

aku perempuan, bawak pacuan 4 roda kembara. redah hujan. 9keping tiket moto gp dibawa bersama. atas dasar rindu.

setia menunggu depan rumah. tapi tidak kunjung tiba.

yela, sekurang2 aku bersyukur, yang dia masih mengaku sayang pada aku. sekurang-kurangnya.