Friday

Perihal mimpi bersama Kugy.


Tadi petang aku tertidur dek keletihan. Letih membaca dan berfikir. Bukan sahaja hal kerja tapi hal orang orang sekeliling dan kawan kawan yang telah pergi tanpa sebab yang aku atau mungkin juga dia sendiri tak pasti, malah perkara ini ikut terbawa bawa sekali ke dalam mimpi.

Dalam mimpi ceritanya mengenai kami berempat sekawan. Kenapa empat? Mungkin sebelum terlelap otak aku sempat berpaut pada beberapa isi novel Perahu Kertas yang dibaca, malah salah seorang wataknya turut sama hadir dalam mimpi sebagai salah satu ahli empat sahabat, Kugy Karmachameleon!

Dipendekkan cerita kami berempat bergaduh. Kugy monyoknya paling comel sekali, yang dua watak yang lainnya aku tidak ingat siapa. Memang sudah menjadi kebiasaan aku bila bangun tidur saja mendadak ditimpa amnesia. 

Apa yang aku ingat, perkara terakhir yang berlaku sebelum aku terjaga adalah kami bergaduh, seolah olah dunia persahabatan kami yang sebelumnya tidak wujud, saling bertengkar seperti benar benar membenci dan menarik muka sesungguh hati. Suasana sepi sebentar sampai Kugy tiba tiba memberi satu idea paling bijak pernah aku dengar dan menjadi tujuan utama aku berkongsi mimpi ini. Kata Kugy, 

"Bagaimana kalau kita tinggalkan saja pergaduhan ini dititik hidup kita jam ini, hari ini dan pada tanggal ini, kemudian kita biarkan masa mengasuh kita sampai matang. Dengan hati yang kurang berang dan fikiran yang tenang, kita boleh lawat semula titik ini dan berbincang atau langsung meninggalkannya di belakang. What say you?"

Hal seterusnya aku tidak ingat, mungkin kami sama sama menjerit setuju atau bersikap bodoh tidak ambil peduli. Jika begitu, malam ini aku harus tidur awal dan meminta maaf daripada Kugy.

3 comments:

nitnot said...

Kalau macamtu kau kena mimpi balik lah ke cane ni? err haha.

Motip gambo tu? Gua dok pahe. Nak juling gua tenung. -.- tu perahu kertas ke mende? heh

~* chirpy_chummy *~ said...

Aku mahu buat pengakuan di sini..

Sebenarnya...

Sebenarnya...






Akulah Kugy dalam mimpi kau tu.
Ah,maafkan aku muncul dlm mimpi kau.

Anonymous said...

suka sangat novel PERAHU KERTAS. best best beeest!!!