Saturday

Dia tertinggal hati dia dekat Sri Iskandar, wak.



Dia turun sahaja dari bas di KL Sentral, terus raba poket belakang seluar, poket depan dan semua poket yang ada. Dompet, ada. Telefon bimbit, ada. Kunci rumah, ada. Dia angguk angguk. Tiba tiba dia teringat mahu periksa dada, dia rasa. Eh! Tak ada!

Lepas itu dia tepuk dahi, rupa rupanya tertinggal. Hati dia. Hati dia tertinggal di Sri Iskandar, dijaga oleh seorang makwe kecil yang tengah sibuk jawab periksa nombor nombor. 

Dia ada juga tanya mahu jaga sampai bila? Makwe tu cakap sampai bila bila.

3 comments:

Tasha said...

hati sy pun...tp x sure org tu jaga ke campak longkang

reenapple said...

hati saya tak mahu bagi lagi. Ehehehe, Nak simpan sampai tiba masanya.. ehhh.

nur emilya said...

Hati sy belum smpai masanya lagi. Huhu.
Nicee :)